Sabtu, 17 April 2010

tudung .....RM 25

salam... ade sesape yang interested nak beli tudung? harga rm 25 tambah kos penghantaran RM3... saiz XL... kalau ada leh contact violet kat 0139203641....kat bawah ni violet sertakan yang ada dalam stok violet





hijau muda




 hijau tua




 orange




 biru muda





hitam









kalau nak warne lain pun boleh... sms me.. nanti kite buat urusan eh....:)

Isnin, 12 April 2010

peristiwa yang .....

salam semua.. wish all of you in the pink of health. dan yang lebih penting di bawah lindungan Allah..semalam  ahad(11 april 2010) violet keluar pergi town.. hajat dihati ni nak g betulkan atm card yang tak leh digunakan sebab setiap kali nak buat transaction asyik failed ja.. sedih betul..


lebih menyedihkan bila sampai dekat bank tersebut sistem kat bank tu offline... aduh.. berapa lama lagi harus violet tunggu agar card atm violet dapat digunakan.Sebelumnya violet tak berkesempatan sebab lambakan asgment dan discusion dan presentation yang mengambil masa violet dari pukul 10 pagi sampai ke subuh keesokan harinya.. sejak 4 hari lalu... violet hanya tido selepas pukul 7 pagi..dan akan bangun semula kul 10 pagi sekiranya ada kerja yang perlu dibuat... huh.. sangat teruk hari2 tanpa tido pada waktu tido yang betul


ermm. berbalik kepada tajuk asal... masa da nak balik ke kampus tu violet cuma ada lima ringgit ja lagi.. dan kebetulan pulak time2 tulah hp habis bateri .. kalau lah jadi apa2 kat violet time tu Allah ja lah yang tahu..nak dijadikan cerita.. masa tunggu bas tu.. terjumpa dengan seorang hamba Allah ni.. dia sedang melukis dan melakar sesuatu pada mug. cantik tulisan dan lakaran yang dihasilkan tu cantik.. dengan berani violet bertanya: pernah belajar ke buat benda2 ni semua... lelaki tu mengalihkan pandangannya pada violet... lalu dengan senyum dia jawab.. Allah bagi pinjam.. semua yang kita ada ni Allah bagi pnjam..terkedu sekejap.. orang ni nampak je macam tu.. simple ja.. tapi jawapan dia menunjukkan dia ni adalah seseorang.

lepas tu violet tinggalkan lah lelaki tadi dengan karya-karyanya dengan kepala ni memekirkan jawpan yang violet dapat td.. apa sebenarnya yang Allah nak violet belajar dari jawapan lelaki tadi.. tetiba perut ni berlagu keroncong pulak.. tapi violet tak boleh lagi nak makan sebab duit yang ada tu memang untuk tambang bas je nak balik kampus.. dalam hati mohon Ya Allah tolong lah aku...
kemudian masa tengah berjalan nak ke bahagian lain kat stesen bas tu.. sorang makcik ni tahan violet... dia minta tolong violet keluarkan duit gune kad ATM.. makcik ni cakap dia tak tahu guna kad ATM sebab selama ni anak dia yang selalu keluarkan duit untuk dia.. makcik siap bagitahu lagi berapa duit yang dia ada.. maha suci Allah.. kalau lah violet ni jahat.. time tu violet boleh ambil kesempatan kat makcik ni... tapi violet cuma niat nak tolong je makcik tu.. kesian... violet rasa lama dia berdiri dekat mesin  ATM tu nak tengok sapa lah agaknya yang boleh dipercayai untuk membantu dia.

dengan senyum... violet pun bagilah semula kad atm dan duit yan makcik tu minta keluarkan... dan bersalam lah dengan makcik tu sbg tanda hormat.. makcik tu tak semena2 hulurkan not merah... violet tengok ja... pastu makcik tu cakap.. ambiklah nak.. makcik sedekah.. masa tu violet rasa sangat2 bahawa Allah tu maha kaya.. Allah mendengar rintihan hambanya.. Allah tu selalu ada bila kita perlu..

ermm... sepanjang perjalanan dalam basa ke kampus.. dua orang yang violet jumpa tu asyik bermain je dalam kotak fikiran ni... Allah.. hari tu ada sesuatu yang violet belajar... ada dua pengajaran yang tersendiri... dan aku kembali menghitung apa yang telah aku lakukan.. adakah aku mengutamakan hakNya berbanding kerja2ku yang lain.. Allah.. sungguh semalam mengajar aku bahawa Engkau tak pernah sedetik pun membiarkan hambanya dalam kesusahan tanpa jalan keluar.. dan setiap apa yang ada padaku semalam.. dulu, kini dan selamanya adalah pinjaman dariMu dan harus aku pulangkan bila iba masanya....

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...