Sabtu, 20 Julai 2013

setahun yang berlalu

berlalu masa dengan pelbagai cerita...
 teringat dahulu hilang tujuan kerana dia...
 tapi tuhan tidak kejam..
 tuhan datangkan seseorang.....

 tuhan sungguh baik..

setahun berlalu
antara dendam dan kasih
antara cinta dan air mata

siapa milik hati
siapa racun jiwa

tuhan beri ruang
teguk rasa manis
lupa derita seketika

tuhan beri cinta
cemburu merosak bahagia
perpisahan dua hati

hadir entah bila
kasih dalam jiwa
mula satu cerita
dia aku damba

setahun berlalu....
jiwa masih setia
tiada cemburu
tiada derita

manis, pahit kongsi bersama
jiwa jadi satu
jasad entahkan bila

harap kasih kekal
cinta sampai syurga...

setahun telah berlalu..
mula cerita baru...
simpan kenangan lalu,
biar kita saja yang tahu

tunggu lafaz suci
datang menghalal diri
jiwa teruja
hati mengira
segeralah kemari
segeralah memiliki.....

dan setahun yang lain ...
semoga lebih bermakna,
bahagia selamanya

Jumaat, 19 Julai 2013

terlerai kemelut jiwa

dan semalam yang berlalu tanpa sedar memberi seribu makna... tuhan tunjukkan siapa dia sebenarnya.. bukan siapa dia dengan cara yang tidak seharusnya... tapi dengan kerelaan hatinya sendiri menceritakan semuanya.... apa, siapa dan mengapa cerita2 itu disimpan begitu lama hingga semalam... terima kasih tuhan kerana memberi peluang untuk aku tahu cerita sebenarnya sebelum aku terus berani dengan langkah dan niat hati...

bagi ku, apa yang diceritakan itu kisah silamnya... cukuplah dia dihukum dengan rasa bersalahnya sendiri, siapa pula aku untuk menambah beban jiwanya yang selama ini telah menghalang dia dari bebas menghirup udara atas kesalahannya yang lalu.... dia yang ada sekarang adalah dia yang baru.... aku lihat dia sehabis mungkin berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik.. biarpun belum pasti ada jodoh antara aku dan dia...

dia juga meleraikan kemelut dijiwanya.. katanya dia cuba untuk meletakkan aku ditempat yang sewajarnya... cuma kadangkala dia tewas dengan jarak dan kekangan masa yang ada antara kami... bagi aku... jarak dan masa bukanlah penghalang.. apa sahaja boleh terjadi ... dan aku tidak pula kecewa atau terkilan dengan apa yang dinyatakan kerana dari mula aku tahu.... apa yang ada di antara jiwa2 kami sebatas teman mesra... langkah seterusnya itu ketentuan takdir... bohonglah kalau aku langsung tidak sayang padanya... ya sayang... tapi sekadarnya sahaja.. malah dia juga berulang kali menyatakan hal yang sama.... itu sudah cukup untuk buat aku senyum sementara ini... siapalah aku untuk mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.... dan apa pula dayaku untuk memaksa jiwa dan perasaannya untuk menerima kehadiran aku sedang hatinya masih pada yang lain.....

memahami, memberi, mengasihi dan mengerti..... aku senang dengan apa yang kumiliki sekarang.. aku bahagia begini..tuhan tidak kejam padaku.. malah tuhan memberi apa yang aku perlu.... semoga hati ini tidak lagi menangis untuk sesuatu yang tidak pasti... tuhan tahu apa yang ada di jiwa aku... tuhan juga tahu apa yang ada di jiwanya dia.... malah rasa yang ada ini juga takdir tuhan... bukan sehari menyulam rasa... bukan setahun... maka bukan sesuatu yang sukar untuk aku hadapi dan jalani ujian kali ini... Andai ini yang ditakdirkan... maka terlerailah kemelut jiwaku.. terlerai jua beban jiwanya..... semoga dia lebih selesa untuk berterus terang dalam banyak hal lagi selepas ini... dia sangat tabah... dan dia juga mengajar aku untuk menjadi tabah...

dia, mengingatkan aku... setiap kali buntu... tuhan ada mendengar... cari tuhan dahulu sebelum cari dia.... dan aku... seolah2 diketuk rasa malu sendiri... mengapa aku yang begini dan dia yang begitu... tetapi dia yang selalu mengingatkan aku... sedarlah aku... tuhan datangkan hikmah dalam pelbagai cara yang tak disangka-sangka.... dia melihat aku bukan seperti mereka melihat aku... dia melihat aku yang lain.. maka dia mampu menjerkah, marah dan menegur bila perlu... kerana dia tahu aku siapa.. maka dia menerima kurang yang aku ada.... terlerai kemelut jiwa... moga hujungnya kekal bahagia... doakan aku..doakan dia... doakan kami... agar jalan ini jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku, dia dan kami..... 

setiap detik-ramadhan version


Setiap detik aku yang lupa akan nama-Mu 
Yang selalu lari dari jalan-Mu 
Tak pernah menjalankan perintah-Mu 

Setiap waktu aku yang lupa ayat-ayat-Mu 
Tak pernah pedulikan larangan-Mu 
Dan selalu berlumur dengan dosa 

Tapi mengapa saat ku terjatuh 
Kau masih menemaniku dan ku bertaubat 

Setiap waktu aku yang lupa ayat-ayat-Mu 
Tak pernah pedulikan larangan-Mu 
Dan selalu berlumur dengan dosa 

Tapi mengapa saat ku berpeluh 
Engkau masih menjagaku 
Dan ku berjanji tuntunlah diriku kembali kepada-Mu 

Setiap detik dosa yang ku jalani 
Setiap detik takut yang ku hadapi 
Setiap detik hampa yang ku dapati 
Setiap detik apa terus begini 

Ya Allah dengarlah rintihan hati ini 
Yang ku panjatkan seraya ku bernyanyi 
Dan ku bertaubat sebelum ku terlambat 
Diakhir hidupku kembali pada-Mu 

Setiap detik dosa yang ku jalani 
Setiap detik takut yang ku hadapi 
Setiap detik hampa yang ku dapati 
Setiap detik apa terus begini 

Ya Allah dengarlah rintihan hati ini 
yang ku panjatkan seraya ku bernyanyi 
Dan ku bertaubat sebelum ku terlambat 
Diakhir hidupku kembali pada-Mu 

Dan ku bertaubat sebelum ku terlambat 
Diakhir hidupku kembali pada-Mu 
Diakhir hidupku kembali pada-Mu 
Diakhir hidupku kembali pada-Mu

Selasa, 2 Julai 2013

Dia yang selalu dalam ingatan

sedang aku perlukan semangat untuk menyiapkan kerja dan tugasan semester akhir.. mata tertancap pada satu pesanan di laman sosial.. weee, skema ngat bahasa nie... ermm.. mesej tu dari seorang teman .. teman yang jauh tapi sentiasa dalam ingatan... sangat memahami dan sentiasa cuba untuk memberi yang paling baik... yang rela sakit dan setia buat aku senyum.... tapi jarak memisahkan kami...

dia kawan yang sangat baik ... sangat baik... aku pun tak tahu kenapa aku tak pilih dia.. tapi yang pastinya... hanya dia dan ammar yang berjaya menggetarkan jiwa,,,,,,

kemalangan.... dan kisah selanjutnya

petang tu... kepenatan buat kerja kat rumah.. aku perlu keluar dari rumah.. jadi aku dengan suka hati dan ceria ajak housemate keluar makan..... kat mana... kat kedai makan la ofcourse... takkan lah kat pasar malam pulak kan....nak dijadikan cerita.... aku reverse kereta.. macam biasalah.... reverse kereta, mestila slow motion je kan... tapi tetibe... dush.... bunyi mcm langgar somtin... walhal sebelum tu aku memang da tengok da... tak de kereta kat belakang kereta aku.. aku pun matikan kereta..... keluar dari kereta tetibe owner kereta lagi satu sound aku... awak tak nampak ke kereta saya?

aku pun cepat2 lah say sorry... memang saya tak nampak kereta makcik.... dan berlakulah dialog2 seterusnya.... aku dah menggeletar tak yah cakap la.. matilah aku kalau kene bayar ribu2 kat makcik nie....

tapi nak tak nak memang kene bayar juga la... walaupun aku rasa aku tak bersalah.. tapi undang-ungdang kata orang yang reverse tu salah... walaupun logiknya makcik tu boleh hon kereta aku kalau agak aku nak langgar dia... adoi... tapi tak pelah.. nak jadi cerita lak kan...

so hari ni, aku dengan baik hati tolong makcik ni... rupanya makcik ni lady J... kesian lak dia, kereta dia masuk bengkel ,dia dan anak2 dia tak boleh ke mana2...kesian lak kalau aku biar je dia..dah la dia mmg bergantung dengan upah urut dan bekam org dari rumah ke rumah je...takpelah.. aku ikhlas tolong makcik ni.... 

so, makcik ni tak habis2 duk kata.. kamu ni baik.. makcik tak sampai hati nak marah2 kamu... tapi tu lah... kalau makcik ni berduit makcik tak bagi kamu bayar kereta mak cik yang kat bengkel tu... aku senyum je.. dah memang salah aku... terpaksa la.. InsyaAllah nanti Allah gantikan rezeki lain.. tapi kereta aku, tak repair lagi lah.. nanti aku repair time dapat gaji....nk repair dua2 kopak la aku...

makcik ni siap tilik2 aku.. bukan tilik .. tapi dia urut orang so dia tau la peredaran darah semua... dia kata aku ni banyak fikir.. aku ye kan je.. memang aku banyak fikir... macam2 dalam kepala.... dan untuk kesekian kalinya aku disahkan ada masalah jantung.... hurmmm.. nak buat camne? aku ni bukan tak jaga makan... dah jaga sangat da ni... 

ermm.. betulla kata dia dulu... jaga makan dari awal.. patutla dia marah sangat kalau aku tak makan.. now aku dah tau kesannya pada tubuh aku... dulu masa degree memang ikut suke nak makan apa... lantak je.... memang tak jaga langsung la diri sendiri... now dah nk kawen baru sebok nak jaga.... memang teruk la aku nak kene berpantang larang ..... suppliment kene ambik... dan macam2 lah... tapi ada masa penat sangat aku tak buat pun ...

mak cik ni pun kata... kamu ni lembut.... sejuk je... aku dalam hati.. biar betul makcik ni... aku ni dah lah huru hara.... tapi Alhamdulillah, aku bersyukur sebab apa aku sekarang adalah hasil didikan mak abah aku.... kalau orang melihat yang baik pada aku.. itu mencerminkan mak abah aku.. Alhamdulillah.... sekurang-kuranagnya aku tidak malukan mak abah aku ... 

makcik ni kata aku ni murah rezeki...dia tanya aku...kamu ni mesti tak pernah susah kan?duit mesti tak pernah putus.. ade je....tak banyak pun sikit.. mesti ada...aku senyum... memang pun.. aku memang tak pernah takde duit langsung... koman2 pun ade la seringgit.... tu pun aku boleh beli telor, balik masak...tak pun beli meggi....alhamdulillah.. aku bersyukur sangat....

ape pun.. setiap yang berlaku pasti ada hikmah... kemalangan tu kifarah untuk aku... semoga Allah berkati aku, ampuni dosa aku... dan semoga semua doa2 baik makcik ni untuk aku Allah makbulkan.... amin ..:) 


k.... hingga jari bertemu keyboard lagi,,,,, 


p/s tolong bagi ikan kat atas tu makan eyh... thanks you all...:::::

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...