Ahad, 4 Oktober 2020

cerita kedai eco RM2.10

Lamanya tak menjengah blog ni. Rindu nak menaip lama2 panjang2. Anak2 kalau nampak mommy menaip lama2, mereka pun nak menaip sama.

Ni sementara anak2 tidur. Marilah memulakan cerita dan kongsi rasa. Mana tahu ada yang boleh dijadikan panduan dan iktibar. 

Hari ni nak kongsi tentang kedai ecoshop. Haah. Kedai yang bila kau masuk dalamnya memang rambang mata dan sesedap oren tangan kau je ambik barang masuk bakul. 

Yelah sebab barang2 kat situ harga RM2.10/4.20 je. Dapat kualiti yang baik macam kau beli barang harga RM7-RM10 satu. Ermm.. sebab violet ni dah jadi mak2. Maka barang2 yang di cari kat kedai eco ni selalunya barang keperluan anak2 dan barang rumah.

Banyak tau benda yang berbaloi beli kat kedai eco ni contohnya

Hanger baju kanak2 - 1 bundel ada 10pcs
Stokin suami g kerja - 1 pack ada yang 1pasang n ada yang 1 pack 2 pasang.
Tuala mandi baby - corak comel3
Botol susu kanak2- BPA free. Pelbagai saiz
Bekas tipuware- ada yg 1 rm2.10 ada yang bundle 3pcs/6pcs rm2.10. 
Barang hiasan/dulang/bakul hantaran 
Barang berkebun
Senduk/bekas air

N macam2 makanan n minuman repackaging ada.bawang2 pun ada tau. 

Jadi untuk sesiapa yang bujang ke yang mak2 ayah2 ke. Boleh cari keperluan dapur sikit2 kat sini. Terutamanya masa sesak2 nafas. Walaupun kalau nak dikirakan semula. Rugi beli banyak2 kat sini sbb kuantiti nya akan jadi lebih mahal harga banding beli kuantiti sama kat luar. Untuk belian sedikit masa2 terdesak worth it lah. 

Satu lagi yang sangat2 suka kat kedai ECo ni. Bahagian peralatan sekolah. Alat tulis, buku2 nota n buku2 tambahan untuk latihan kat rumah. Kualitinya memuaskanlah walaupun harga RM2.10. Bolehlah buat isi masa lapang anak2 sekolah. Mak2 yang nak ajar anak sendiri kat rumah pun boleh cari buku2 asas kat sini. Nak beli alat tulis pun tak ralat kalau anak p sekolah n terhilang. 

Bukanlah nak kata takpe anak hilangkan barang2 tu. Tp tak lah rasa ralat sangat beli mahal2 pastu ilang. Ajar anak hargai barang diorang dan simpan elok2 walaupun murah. Tau. 

Ape lagi ye yang best. Ohhh lampin pakai buang, tisu basah, sabun mandi n bedak baby n bende berkaitan dengan baby pun ada pilihan brand anakku dan brand babyboo by eco shop. Dulu diapers dia memang violet tak minat lah. Sekarang ni dah okey. Repack satu brand diapers tu. N ada brand babyboo by ecoshop juga. Material lampin pakai buang ni, elok lah. Satu pack tu ada 5pcs. Boleh lah klau tetiba lampin ank hbs tengah jalan2. Cari kat kedai ecohop ni. Tp saiz yang ada s-m je kot. Tak de nmpk saiz besar. 

Apa lagi eyh yg best? Haa.. part getah rambut, sepit rambut lawa2. Beg2 nak isi barang baby ke nk bawa g pasar ke. Banyak pilihan. Semua RM2.10. Yang mana kalau kat kedai lain harganya cecah 5-6ringgit juga 1 item.

Ape lagi eyh best?
Korang pergilah melawat dan shopping sendiri. Violet kongsi yang violet suka je. 

Dan posting ni hanya sesuai untuk kita2 yang suka berjimat tapi dapat barang yang kualitinya baik. Zaman2 sesak nafas duit tak berapa nak kepok2 ni. Haruslah jimat n bijak berbelanja.

Jangan pulak kau masuk kedai eco tu kau bantai beli benda2 tak perlu sampai beratus habisnya. πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜€πŸ˜ƒ 

K. Cukup dulu cerita yang ni. Nantilah ade masa violet share bajet item baby untuk rakyat jelata yang nak jimat tapi nk beli macam2 untuk baby. 

Hingga jumpa lagi nanti. 
Salam sayang
LazuardyViolet

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...