Khamis, 30 Julai 2015

perpisahan sementara

selepas tiga tahun berlalu, terlalu banyak kenangan dan pengalaman... ye, tiga tahun bukanlah terlalu lama.. baru tiga tahun...tapi tiga tahun itulah yang penuh dengan warna-warni kasih sayang.

hari itu.. ceritanya cuma tentang kereta.. tp kerana rasa sedih yang terpendam dan kerana rasa mengharap terlalu tinggi.. perbualan itu menjadi perbualan terakhir untuk pertemuan yg sangat sekejap...

sejujurnya bukanlah niat menyakiti atau tidak menghargai.. cuma rasa ingin dipujuk dan diberi keyakinan untuk satunikatan yang lebih pasti..tapi manakan mampu menhan apa yang dirasakan orang, kerana hati bukan bersama.. hati masih lain-lain empunya..

sungguh, kasih sayang tanpa ikatan itu belum cukupmkuat untuk saling mengerti dan memahami....menangislah hati dengan pertemuan yg akhirnya memisahkan... dingin... beku..,

pun begitu... masih ada sesuatu yg bertahan... semoga rasa itu juga yang menyatukan semula... Allah tahu... Allah yang aturkan...

hari ini, tercatat di sini... bahawa aku rindu semua tentang kita... maka aku belajar menerima kekurangan aku dan kesilapan tutur kataku...semoga doaku didengar tuhan.. semoga doa kamu didengar tuhan.. semoga dua hati ini bertaut dengan akad.. bersatu dlm rahmat dan kasih sayang yang tiada terpisah melainkan kematian...

aku sayang kamu... biarlah perpisahan sementara ini menjadikan kita manusia yang lebih baik, yang hatinya terpaut pada kebaikan , jasadnya ringan berbuat amal,

aku cintai kamu keranaNya.. maka aku usahakan untuk hubungan ini baik dan aku faham kesakitan perpisahan ini akan terubat nanti... doa aku... aku minta tuhan berikan aku kekuatan untuk hidup menyimpan rasa yang ada ini.. aku doa urusan kita dimudahkan.... dan aku doa biarlah lelaki yang akan memimpin aku itu ialah kamu....

Ahad, 19 Julai 2015

hari raya ke 27

Selamat menyambut hari raya....violet doakan semuanya sihat... selamat meneruskan amalan kebaikan dan kebajikan... semoga kita semua kekal istiqamah. insyaAllah

raya kali ni.. macam biasa beraya di Terengganu... biasalah kita anak mak abah... jadi ikut mak abah lah.. tahun depan belum tahu...meriahnya raya tahun ni, siap bakar lemang... masak rendng daging rusa tau...

kuih raya.. buat yg simple2 je.. x dan nak gulung tart nenas... nnt2 kita gulung eyh.. sambut raya puasa enam... merangkap puasa ganti .. insyaAllah...,

meriahnya juga raya tahun ni... semua adik beradik berkumpul sekali.. alhamdulillah.. rezeki.

walaupun begitu.. hati tetap doakan untuk saudara2 di kelantan dan tempat2 lain yg jd mangsa banjir tahun lepas... semoga mereka juga diberi sinar dan rezeki yg berganda2 untuk teruskan kehidupan mereka....insyaAllah.

akhir kata, marilah kita raikan syawal ini dengan amalan bermaaf-maafan dan saling menziarahi... bagi yg kene ganti puasa ramadhan baru2 ni.. jom ganti awal2.. untung2 dapat pahala puasa enam hari di bulan syawal yg menyamai puasa setahun tu...

salam sayang untuk semua.... hingga jari bertemu keypad lagi... jaga diri, Assalamualaikum.....

Khamis, 2 Julai 2015

kenapa perlu simpan emas?????

14 Alasan Kenapa Perlu Mulakan Simpanan Emas Fizikal

1)Nilai wang semakin menyusut Nilai emas semakin naik
Kita semua sedia maklum, duit kertas adalah kertas. secara fizikalnya nilainya adalah kertas. Nilainya fizikalnya hanyalah helaian kertas yang bercetak. Duit kertas dijadikan mata wang dan diberikan nilai oleh Bank Negara untuk urusan jual beli. Nilai duit ini boleh ditarik pada bila-bila masa oleh bank dan pemerintah jika dirasakan perlu. Jika anda masih lagi ingat akan kisah duit syiling seringgit yang pernah ditarik penggunaannya di pasaran pada suatu masa dahulu anda akan faham maksud saya. Walaupun syiling tersebut merupakan logam tetapi nilainya berdasarkan kandungan logam tersebut. Masih lagi tidak boleh menandingi nilai emas..Berbeza sekali dengan emas nilai emas tetap naik walau apapun yang berlaku kepada ekonomi dunia. Malah harga emas akan naik jika US dollar menurun kerana harga emas itu sentiasa berlawanan dengan US dollar.

2)Perlaburan yang selamat
Emas merupakan perlaburan yang selamat. Jika anda melaburkan duit anda di ASB, Tabung haji, KWSP, Unit Trust dividen setahun sekitar 5~12% setahun berbanding emas purata 15% ~ 30% setahun. Lagipun anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap perlaburan emas anda. Kerana emas anda sendiri yang pegang, anda sendiri yang menentukan untung dan rugi perlaburan anda. Berbeza dengan simpanan  ASB, Tabung haji, KWSP dan Unit Trust dimana perlaburan anda pihak ketiga yang bertanggungjawab menentukan untung dan rugi perlaburan anda. Inilah yang membuatkan perlaburan anda berisiko tinggi untuk rugi dan lenyap.

3)Mudah dicairkan
Emas merupakan aset yang paling senang untuk dicairkan, jika anda memerlukan sebarang tunai untuk sebarang urusan atau kecemasan anda boleh memilih untuk memajakkan emas anda tanpa perlu menjual emas anda. Memajak emas di Ar-rahnu bukan sahaja memberikan kemudahan pinjaman tetapi mengekalkan emas sebagai milik anda tanpa perlu menjual emas tersebut. Di Malaysia terdapat beratus perkhidmatan pajakan konvesional dan juga yang berasaskan konsep gadaian Ar-rahnu. Ar-rahnu yang paling banyak dan popular buat masa ini Ar-rahnu bank rakyat, Ar-rahnu pos dan Ar-rahnu koperasi.

4)Emas tidak boleh dimanupulasikan
Jika wang kertas nilainya sentiasa berubah-rubah, lambakkan wang kertas juga makin bertambah dan ini merupakan satu penyumbang kepada inflasi yang dikenali sebagai “Inflasi cetakan wang berlebihan”. Duit kertas senang dimanupulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Berbeza dengan emas, emas tidak boleh dicipta oleh manusia. dalam sejarah peradaban manusia membuktikan tidak pernah mana-mana ahli sains berjaya mencipta emas. Ahli sains hanya berjaya mencipta belian tetapi hal itu tidak berlaku pada emas. Ini menunjukkan emas tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan oleh manusia untuk kepentingan sendiri.

5)Emas sebagai perlindung kekayaan
Dari zaman dulu lagi sudah menjadi lumrah sesiapa yang memiliki emas adalah orang yang kaya dan orang itulah yang akan berkuasa, tidak jauh bezanya dengan zaman sekarang cuma sekarang emas digunakan untuk mengekalkan nilai/menambahkan nilai kekayaan seseorang. Jika anda memiliki duit kertas yang banyak minta cepat-cepatlah tukarkan duit tersebut kepada simpanan yang lebih selamat iaitu emas fizikal. Harta anda tidak akan menyusut sedikitpun sekiranya anda tukarkan nilai kekayaan anda kepada emas malah makin bertambah dan selamat.

6)Portfolio simpanan dan sumber pendapatan
Purata pulangan emas setahun sekitar 15% ~ 30% setahun menunjukkan bahawa emas terbaik dan boleh dijadikan sebagai simpanan disamping mampu untuk memberikan anda pendapatan sekiranya perlaburan anda tersebut disertakan dengan ilmu yang betul. Di Malaysia sahaja telah membuktikan bahawa emas merupakan perniagaan dan perlaburan yang menguntungkan. Antara syarikat yang menawarkan peluang perniagaan yang hebat adalah Harimau Mint Gold
 

7)Perlindungan dan Keselamatan
Simpanan emas selamat dan tidak menyusut seperti duit kertas, simpan emas berat emas tetap kekal dan nilai emas makin naik. Jika anda simpan emas duduk diam sekalipun dalam jangka masa panjang anda tetap akan mendapat untung walaupun agak mengambil masa. Terdapat perbagai kisah di mana penyimpan emas menggunakan emas untuk perkahwinan dan juga pendidikan anak-anak. Yang bagusnya mereka simpan emas bukan dengan niat menjadikan emas sebagai perlaburan dan simpanan tetapi untuk perhiasan semata-mata. Akhirnya emas itu boleh digunakan sebagai alternatif jika berlaku sebarang desakan kewangan.

8)Perlaburan Emas menguntungkan dan Risiko rendah
Jika anda melabur dalam emas peratus kerugian anda boleh diminimumkan serendah mungkin. Dalam jangka masa panjang anda tidak perlu risau kehilangan dan kerugian. Terdapat juga harga emas menurun dari kebiasaaan tetapi jika dilihat dari purata harga emas, harga emas sentiasa naik setiap tahun. Turun naik harga emas sebenarnya membolehkan para trader di dalam dunia ini memperdagangkan emas untuk meraih keuntungan yang lumayan.

 
9)Emas adalah mudah alih (portable)
Emas sangat portable (mudah alih) jika dibandingan dengan aset lain seperti rumah dah tanah. Jika berlaku bercana dan perperangan emas adalah bekalan untuk memulakan hidup baru. Emas sentiasa mempunyai permintaan tidak kira dimana pun dalam dunia. Emas tidak pernah gagal memberi manfaat kepada penyimpannya.

10)Emas Kekal jika dibandingkan dengan hartanah
Emas tidak boleh dimusnahkan. Aset lain seperti rumah akan usang dan akan rosak jika tidak dijaga dengan betul. Emas pula tidak akan terhakis walaupun terbenam dalam dasar laut sekalipun. Telah wujud di negara barat dimana ada sekumpulan pakar ditugaskan hanya untuk menjejak emas yang telah karam dibawa oleh kapal-kapal besar semasa perperangan pada zaman sebelumnya. Emas juga tidak bertindak balas dengan kebanyakkan bahan kimia yang ada di dunia dan juga merupakan pengalir elektrik terbaik sekali.
 

11)Emas hak peribadi
Tiada siapa yang tahu sekiranya anda menyimpan emas, tiada siapa yang tahu berapa banyak emas yang anda ada. Jika anda menyimpan duit di dalam bank, mereka akan tahu berapa jumlah duit anda ada. Jika anda membeli saham, mereka akan tahu berapa banyak share saham yang anda ada. Ini memberi maksud simpanan emas anda amat peribadi. Simpanan konvesional sangat berisiko daripada diceroboh. Jika ada sesiapa yang mempuyai niat jahat ingin menggunakan maklumat anda senang-senang saja mereka dapat. BNM dan LHDN sangat suka jika anda mempunyai banyak simpanan dan saham dalam bentuk tunai atau buku cepat-cepat mereka datang. Lepas itu menjawablah jadinya. Sebaliknya jika anda simpan emas siapa yang tahu? hanya anda sahaja yang tahu berapa banyak emas yang anda ada.
 

12)Emas sebagai perhiasan
Tidak boleh dinafikan emas merupakan kesukaan dan kegilaan kaum wanita. Emas telah digunakan sebagai bahan perhiasan ribuan tahun dahulu. Kaum wanita nampak teserlah kecantikannya jika dihiasi dengan keindahan emas. Emas sebagai perhiasan menjadi perniagaan utama kebanyakkan kedai-kedai emas yang berada di seluruh dunia, ini menunjukkan bahawa emas sebagai barang perhiasan mendapat permintaan yang tinggi..Kini Emas bukan sahaja sebagai barang perhiasan malah aset yang paling baik untuk disimpan dan perlaburan.
 

13)Buat masa sekarang emas masih senang dan mampu untuk dimiliki
Alasan ke-13 ini akan saya tarik bila-bila masa jika emas bukan lagi mampu milik. Pernah dinyatakan harga emas akan naik sehingga rm500/g pada tahun 2020. Rasanya masih mampukan kita sebagai rakyat biasa memiliki emas pada ketika itu? sekarang anda masih lagi mampu untuk membeli emas pada harga yang masih rendah jadi jangan lepaskan peluang ini. Tidak perlu beli emas dalam kuantiti yang banyak sekaligus memadailah 1g emas sebulan atau jika anda mempunyai lebihan duit bolehlah anda beli 1 dinar setiap bulan sebagai simpanan untuk diri anda.Bertindak sebelum terlambat.

 
14)Emas untuk bangunkan negara, agama dan keluarga.
Semua negara di dunia ini mempunyai simpanan emas sendiri sebagai simpanan dan “back-up” plan. Bagitu juga dengan agama mengalakkan penganutnya membuat simpanan emas. Menyimpan emas mempunyai berkat, emas juga boleh digunakan sebagai persediaan pergi Haji, untuk pendidikan anak-anak, modal perniagaan, perkhawinan dan bermacam-macam lagi. Sebab itulah anda kena faham menyimpan emas anda terpaksa kaya kerana nilai yang ada pada emas itu sentiasa kekal walaupun puluhan, ratusan tahun sekalipun.. SIMPAN EMAS ANDA AKAN TERPAKSA KAYA!

Dan lagi jika anda masih percaya wang kertas yang ada pada anda sekarang adalah bernilai cuba perhatikan dan buat sedikit kajian anda tentang wang kertas. Anda akan merasa terkejut dengan sejarah wang kertas. Telah terbukti wang kertas adalah GAGAL!

Kegagalan Sistem mata wang kertas yang pernah berlaku di negara-negara berikut:-

Kerajaan Perancis (1715)
Republik Weimer Jerman -(1922-1923)
Hungary (1945-1946)
Chile (1971-1981)
Peru (1988-1991)
Angola (1991 – 1999)
Yugoslavia (1992-1995)
Belarus (1994-2002)
Kerajaan Mexico – pada tahun (1994)
Kerajaan Argentina – pada tahun (2001)
Zimbabwe (2000-2009)
Cycrus (2012~2013)
Greece (2015)
Malaysia ?????

To save your family buy gold,
To help our nation buy gold,
To follow your relegion, use gold

Dapatkan syiling emas harimau mint gold

www.harimaumintgold.my/hm00457
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable

- See more at: http://www.harimaumintgold.my/portal/14-alasan-kenapa-perlu-mulakan-simpanan-emas-fizikal/#sthash.CxKIzDi4.dpuf

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...