Selasa, 30 Oktober 2012

Phone version

Holla...now is using android blogger on phone....lg suke hati nk update cerita...ngeee..entry ni suke2 untuk testing je dulu.

Ahad, 21 Oktober 2012

cube jangan serius

dia selalu marah aku.. hahhahaa.. bukan marah apa.. marah sayang.. kata nya aku seorang yang serius.. yeke??? serius sangat ke aku... belum kenal aku betul2 lagi kan.. dah kenal nnt penat nak melayan kerenah aku yang kecoh mecoh tak reti diam ni..  sila sabar ye en hensem... aku sedang membiasakan diri ada kamu.. 

bagi aku.. bermanja2 tu bukan kebiasaan.. apalagi nak gediks.. nak merengek.. its not me la kalau macam tu... bukanlah aku ni hati kering.. tapi aku dah set kepala otak aku ni bahawa aku tak boleh bergediks2 lemah lembut sangat dengan orang yang bukan hak milik aku sah halal yang ada cop jakim tu.. aku mmg camni.. gila2 serius. tapi takde lah sampai serius je manjang masa.. 

ada masa suka suka, masa serius serius, masa main main.. masa melawak melawak, masa nakal aku nakal, masa kerja kerja.. aku bukan jenis peramah tak tentu hala.. dan aku bukan huha2 punya orang... sebab dah terbiasa dengan rules dekat SHAH Pekan dulu.. maka terlahirlah aku yang macam ni... well.. kenali lah aku... jangan judge aku directly apa yang nampak je.. adios..

Isnin, 15 Oktober 2012

sekejap dengan dia

sekejap dengan dia... hati cukup terubat.. takpe lah sekejap pun... sekurang-kurangnya sekejap tu sempat meluahkan rasa dan memberi jalan keluar kepada apa yang terpendam selama ni.. Allah aturkan yang terbaik.. Allah aturkan yang terbaik...

memilih untuk menjaga bukanlah keputusan yang susah untuk dibuat.. yang susahnya adalah untuk merealisasikan keputusan tu.. bisikan2 jahat terus menerus menghasut.. Semoga Allah jaga aku.. semoga Allah jaga dia.. semoga Allah jaga hati2 kami.. semoga

sekejap yang tadi dan kelmarin menuntut pengorbanan rasa.. Allah lindungi aku.. lindungi dia. lindungi kami dari apa yang tidak Engkau redhai... Allah aturkan yang terbaik.. aku pujuk hati begitu.. aku paksa diri menerima itu supaya aku, dia dan apa yang ada di antara kami kekal hingga ke suatu masa yang di takdirkan. andai ini yang terbaik buat aku, dia dan apa yang ada di antara kami aku redha... aku terima seadanya.. 

ikhlaskah aku mengikhlaskan rasa ini..? ikhlaskah aku merelakan pengorbanan ini..? ikhlaskah aku.. semoga aku ikhlas.. semoga dia juga ikhlas dan semoga apa yang ada di antara aku dan dia juga tertaut dengan ikhlasnya hati2 kami mencari redha dan kasih sayang Allah... 

aku tinggalkan dia seketika.. aku ditinggalkan dia seketika.. cukup Allah menjaga aku.. cukup Allah menjaga dia.. semoga sekejap tadi penantiannya akan berakhir dengan bahagia hingga syurga.. 

aku bukan bidadari..tidak sempurna.. aku punya jiwa.. aku punya rasa..

menangislah hati.. biar tenang seketika.. biar lepas beban rasa.. biar lapang mengharungi hidup... andai dia jodoh aku... dan aku jodoh dia.. Allah tidak zalim.. Allah tahu apa yang kami rasa... Allah tahu.. dan Allah aturkan yang terbaik... 

sekejap yang tadi... 
terima kasih kerana faham dan cuba untuk faham..
semoga dia tenang... semoga aku tenang..

sekejap yang tadi akan jadi kenangan...akan jadi permulaan baru... 
tinggal sayang... jaga imanmu.. jaga solatmu.. moga dipertemukan lagi.,.. moga...

Sabtu, 13 Oktober 2012

bukan bidadari

Rasa sayang ini menjadikan aku tidak memberi 
segala yang dikehendaki oleh jiwa yang meminta...

rasa sayang yang ada ini 
tidak menyebabkan aku leka 
dengan rasa bahagia yang ada ...

rasa sayang yang ada ini 
aku simpan baik-baik untuk masa yang ditentukan..

aku berusaha menjaga hati..
aku berusaha menjaga apa yang aku anuti. agamaku
aku berusaha menjaga diri.. maruahku..

andai aku untuk kamu
itu aturan takdir tuhan..
aku terima dengan hati terbuka..

andai kamu untuk aku
itu aturan takdir tuhan..
aku terima dengan hati dan jiwa..

sabarlah..
tautkan hati-hati ini dengan doa yang berpanjangan

sabarlah
serahkan aku dalam jagaan tuhan
aku serahkan kamu dalam jagaan tuhan

ikhlas, jujur...
aku sayang kamu..

ikhlas , jujur
aku mengharapkan kamu..

dan ikhlas, jujur
aku.. bukan bidadari
tapi aku damba jadi bidadari buat kamu..

cc to :http://admya.blogspot.com for the photo bukan bidadari...

wordless 3-dont look back


Rabu, 10 Oktober 2012

wordless2

credit to : lelakisemalam for this photo...

a bar of chocolate to reduce pressure -Hyperhidrosis

aku tak tahu kenapa aku rasa berdebar sangat ni.. ke sebab hormon perempuan terlebih hari ? tangan dan kaki aku aku sejuk.. nak kate sujuk sebab hujan tak pun.. sejuk aircond.. tak la sesejuk ni.. otak aku cuba sedaya upaya nak bagi tenang... tapi masih lagi berdebar2.. kenapa ni... aku dulu selalu gak camni dan aku mmg seorang hyperhidrosis.. 

disebabkan rasa tak tenang sangat ni.. aku beli coklat almond (vanhoutan n vochell).. dengan harapan endorfin dalam coklat dan magnesium dalam almond boleh bantu reducekan rasa stress aku ni.. bagi jiwa tenang..

sumber 10 mknan yang boleh reduce stress boleh baca kat sini
maklumat hyperhidrosis ambik kat sini

Selasa, 9 Oktober 2012

Pen kesukaan aku

dulu masa kat uniszasuke gune pen Gsoft.. dia punya warna chantek... tapi sekarang suke gune pen murah je jenama Aihfio-  china mari.. tp suka sbb suka n gsoft mahal 20 sen dari pen ni.. kekekeke..


 ni favorite pen masa kat UNISZA
tp ni bukan gambar pen yang aku guna.. sekadar hiasan..

wordless 1


Isnin, 8 Oktober 2012

Jangan Benci Aku

Jangan benci aku..

aku bukan bidadari 
bukan jua seorang mariam
aku manusia biasa
manusia naif yang tidak lepas dari kesalahan..

jangan benci aku
bukan niat aku melukai hati sesiapa
bukan niat aku memberi rasa kepada sesiapa
bukan salah aku kalau aku rasa cinta
dan bukan salah aku kalau aku rasa tak bahagia

hati ini milik tuhan..
hati ini berbolak balik
aku berusaha setia
aku berusaha buat raih rasa bahagia
aku berusaha menambat jiwa
aku berusaha mencapai cinta

jangan benci aku
bila setia hanya seketika
jangan benci aku 
bila bahagia hanya sementara
jangan benci aku
bila jiwa tidak bersama
jangan benci aku 
bila hati tidak lagi cinta

Tuhan,
Aku hambaMu
Ampun kan aku 
Ampunkan aku jika aku menyakiti mereka 
Ampunkan aku Tuhan

Kau,
Aku manusia biasa
Maafkan aku..
Aku bukan sesiapa
Aku cuma ingin bahagia

bahagia  yang ku cari bukan hanya di sini.. tapi juga di sana..
jangan benci aku....


Menangis

semalam Anis menangis.. untuk pertama kali setelah 5 bulan berlalu... Anis teringatkan Asraf.. Anis rasa bersalah dengan Amar.. dan Anis juga rasa bersalah dengan Fakar.. Anis tahu mereka adalah antara yang sangat baik dengan Anis.. Anis tahu mereka antara lelaki yang pernah Anis sayang dan masih sayang... cuma untuk meletakkan Asraf dan Fakar dalam hati bukanlah pilihan Anis.. pun juga Amar.. 

Anis rasa seolah2 dia tidak mampu untuk setia.. tidak mampu untuk beri kesetiaan pada seorang lelaki yang bukan suaminya... pun begitu Anis tetap merasakan itu adalah haknya kerana dia tahu bahawa taat dan setia itu hanya untuk suaminya nanti.. bukan sekarang.. dia menangis kerana dia rasa dia telah mengabaikan KEKASIH yang lebih agung.. KEKASIH yang tak pernah sesaat pun mengabaikan dia.. Maka itu rasa bersalahnya semakin kuat.. tangisan itu... meleraikan rasa bersalahnya.. moga TUHAN ampun kan dia.... moga..

******************************************************************************

Ahad, 7 Oktober 2012

dia

dia insan pertama yang bertakhta
dia insan pertama yang ku cinta
dia pernah membuatku bahagia
dia yang mengajarku tentang erti rindu

kini terkilan sungguh rasa hati
dia tak pernah lagi temui
hilang dari pandangan hidup ini
membawa luka pedih tak terperi

tiada ku duga
permulaan yang jernih
menjadi keruh dengan tiba-tiba

bisa rintangan antara ku dan dia
cinta terhalang oleh orang tua

.... bait lirik lagu fauziah latif.. kenangan ku dengan dia.... dulu..

tunjukkan aku
tunjukkan aku
apabisa cinta kamu
seperti mana aku dicinta kamu
aku disayang kamu

atau kamu selalu indah buat diriku
beda dari diriku 
aku pun tak menahu..

soalan tersendu 
balas hambar bisu
tuhan tunjuk sesuatu apa diakah itu...

....lirik lagu boneca... sekarang apa yang ku rasa... begitu mudahlah menggantikan seseorang dengan seseorang yang lain? begitukah? huhuhuhu... aku nak apa ni sebenarnya.. aku tak faham atau aku sengaja menysahkan diri buat tak faham

Selasa, 2 Oktober 2012

unexpected calls

blacberry anis bergetar.. memang sengaja anis tukarkan mode blackberry kepada silent .. Anis tak sihat. anis malas nak melayan mesej atau panggilan dari orang yang dirasakan tak perlu dilayan untuk sementara.. Anis hanya menunggu panggilan dan mesej dari Amar. Dah lama sangat rasanya tak berhubung dengan Amar. walhal baru seminggu. Amar sibuk dengan pertukaran tempat baru. Mulai oktober ni Amar da mula menjalani latihan industri. Anis doa Amar berjaya tamatkan latihan industri Amar dengan jayanya. InsyaAllah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Anis sihat?" soal Asraf
"Baru baik demam, suara pun serak lagi.." jawab Anis riang.
rindunya pada kawan yang seorang itu. Anis dengan Asraf cuma kawan baik. tak lebih dari tu. Anis terima keputusan Asraf dulu dengan hati terbuka.. Anis selesa macam sekarang. dan Anis tahu itu lebih baik.

"Anis, 8 oktober ni Asraf konvo.. "
"waaa, tahniah... sesi pagi ke petang?"
"sesi petang... tapi tak lepak lama pun kat KL... kene balik JB cepat ade kerja"
"oowww.. tak apa lah... tahniah tau.. lepas ni dah boleh demand gaji dah.. dah ade certificate.."
"Anis, terima kasih...terima kasih sebab ade dengan saya masa belajar dulu, terima kasih ajar saya macam.. tolong saya, ade dengan saya masa saya susah time belajar dulu" -Asraf bersuara dalam tangis..

runtun hati Anis... sekian lama ,semalam lepas hampir 6 bulan. sekali lagi Asraf menangis... Ya Allah kkuatkan hati aku untuk tidak mengenang kisah kami...doa Anis tak putus...Anis tau Asraf ... Anis faham kenapa Asraf rasa macam tu. faham sangat.

"oit.. tak cool arr nangis... rilek la.. Anis pun banyak susahkan Asraf dulu.. banyak sangat Asraf tolong Anis... tak termampu nak balas tau.."

"tak.. Anis tak pernah susahkan saya.. saya suka buat tu semua untuk Anis.. cuma keadaan tak memihak pada kita... " luah Asraf.

"alaa.. tak mau la ingat cerita lama... benda dah berlalu pun kan.. hadapi dengan tenang... akan datang kita tak tahu kan..." balas Anis tenang.

"Anis, doakan kita berjaya eyh... dan doakan saya tau.." -pinta Asraf 

"hari-hari pun doa... jaga solat k, jaga solat. maaflah, saya tak ada pesanan lain selain tu.. jaga solat tau..."

"takpe Anis, terima kasih sebab selalu ingat kan saya, saya akan ingat pesan Anis sampai bila-bila"

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

perbualan itu membuatkan hati Anis berbunga ceria.. Alhamdulillah. Allah kuatkan hati Anis untuk terima lelaki bernama Asraf sebagai kawan. Alhamdulillah..

saat ini rindu tak terucap buat Amar.. Allah, jagalah hati ku.. Allah jagalah Amar.....


Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧡 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...