Sabtu, 7 Disember 2019

Tahun 2020 dan segala2 diluar pemikiran

Dulu masa sekolah2 selalu digambarkan bahawa 2020 akan ada kreta terbang. Hologram dan sega macam yg diluar jangkaan akal dan pemikiran. Walaupun diakui sekrang dah banyak teknologi yg tak tergambarkan pun 20 tahun yang lalu. Hari ini kita hidup dalam dunia yang jauh terasa dekat yang dekat lebih erat. Segalanya pada layar sentuh. Begitu bahagia lihatnya dalam dunia maya. Namun hakikat dan kenyataannya terlalu banyak yg pahit untuk ditelan. 


Tidak nafi ada je yang maya bahagia yang nyata juga bahagia. Tapi tu lah. Manusia hati ni seolah2 hidup dengan apa yang dilihat dimata sahaja. Hadam dan faham selapis tanpa mengetahui hakikat sebenar realiti cerita.

Doaku selaku manusia mudah lupa. Semoga 2020 membawa sejuta cerita gembira dan bahagia. Menjadikan aku dan kesayangan2 aku lebih mulia dan tinggi darjatnya di sisi Tuhan kita. 

Dilimpahi rezeki yang berkat tiada penghujung agar dapat memberi dan terus memberi. Sungguh bahawa aku ingin cerita 2020 nanti lebih baik dari segala tuang dan sudut. Arca dan abstraknya. Sintak dan semantiknya juga.


Hingga jumpa lagi kesayangan2 semua. Allah ada sentiasa berasama2 kalian. 

LazuardyViolet

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...