Selasa, 26 Mei 2015

Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat?


Jika kita ingin lihat samada kita bakal menjadi seseorang yang berjaya dalam jangkamasa panjang, cuba perhatikan adakah kita mempunyai rutin pagi yang bagus, sihat dan produktif.

Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya terutamanya adalah jutawan ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold The Ferrari" serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.

Di dalam forum tersebut yang saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billlionare dan philantrophist serta business leader.

Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenalpasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari? Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangkamasa panjang.

Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :-

1/ Bangun awal pagi seawal 4pagi dan paling lambat 5pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)

2/ Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)

3/ Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi)/ Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi)/ Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4/ Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh

5/ Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6/ Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7/ Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik

8/ Minum pagi/ sarapan

9/ Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10/ Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.

Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi cuma di perkemaskan over the years dan di sesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

*Ingat :-

1/ jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2/ jika anda bekerja, adjust rutin ini.

3/ kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden.

Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.

Kongsikan dengan 9 orang lain yang anda kasihi jika ianya bermanfaat.

Love

Azizan Osman

KEKASIH AWAL DAN AKHIR

Lagu ini maksudnya tersirat.. bukan hanya memuji cinta manusia.. baca, dan cubalah faha!kan... liriknya sangat indah....

Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga terlupa
Pada paras lupa

Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terlepaslah... rahsia

Sekian lama terpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu...
oh oh...

Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih zahir dan batin
Setelah ku sedari
Cintamu yang abadi

Takku harap takku peduli
Walau bulan jatuh kebumi
Dan hadir bidadari
Tak kumimpikan lagi

Kerana kau lebih mengerti
Kerana kau lebih mengerti

kalau nk layan lagu ni.. boleh layari laman youtube... cari "kekasih awal dan akhir by jamal abdillah"

minggu peperiksaan

sekarang ni minggu peperiksaan pertengahan tahun, minggu ni pula, minggu terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun bagi penggal pertama...

maka, sangat seronoklah pelajar berusaha untuk menghafal semua maklumat, nota dan rumus untuk menjawab soalan peperiksaan..

emm.. biasalah kan.... tp susah payah tu akan diganti dengan rasa seronok yg amat dengan cuti dua minggu....

macam mana aku study dulu bila nak hadapi peperiksaan? ini tips dan trik yg selalu aku praktik dulu...

1) solat dhuha, tahajud, baca yasin ( mohon Allah mudahkan)
2) ulangkaji nita dan latihan
3) jawab soalan-soalan yang ada dlm buku teks/rujukan (sbb cikgu/pensyarah suka recycle soalan)
4) jawab soalan peperiksaan lepas2/tahun-tahun sebelum
5) tanya cikgu kalau tak faham/takleh jawab
6) bila dah faham, ajarkan/kongsi dengan kawan dan dengar pula pendapat/jawapan kawan ttg sesuatu soalan atau tajuj yang dibincangkan...

heee... tips dan triks ini sangat berguna masa PT3, SPM, asasi dan kadang2 berkesannjuga masa dekat universiti...

apa yang penting ialah berkongsi maklumat/ilmu....jangan kedekut ilmu tau... ketahuilah bahawa berkongsi ilmu itu sangat bagus dan pahalanya berganda2 apabila ilmunyg diajarkan kepada seseorang itu dimanfaatkan dan diajarkan pula kepada orang lain...

hingga jari bertemu keybord lagi....

salam sayang....

💞violet💞

Selasa, 19 Mei 2015

kenang aku dalam doa

kerinduan itu bertandang
pada jiwa yang memujuk
pada jasad yang melindung

kasih,
jiwa ini rindu

kasih,
jiwa ini mengharap
meratap dan mendambakan

tiada yang menenangkan
tiada yang mendamaikan

hanya aku
jiwaku
terpujuk sendiri

kerana aku tahu
aku ada tuhan


derita, jiwa yang menahan
sakit, jasad yang menanggung

kalau esok umur panjang
jumpa

kalau esok nafas tiada
kenang aku dalam doa.

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...