Selasa, 19 Mei 2015

kenang aku dalam doa

kerinduan itu bertandang
pada jiwa yang memujuk
pada jasad yang melindung

kasih,
jiwa ini rindu

kasih,
jiwa ini mengharap
meratap dan mendambakan

tiada yang menenangkan
tiada yang mendamaikan

hanya aku
jiwaku
terpujuk sendiri

kerana aku tahu
aku ada tuhan


derita, jiwa yang menahan
sakit, jasad yang menanggung

kalau esok umur panjang
jumpa

kalau esok nafas tiada
kenang aku dalam doa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

rindu

 Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...