Ahad, 27 September 2015

Ahad, 6 September 2015

Mak abah segalanya

Mak Abah adalah dua insan yang sangat penting..... Tampa mereka siapalah Aku adanya... Kasih yg dicurahkan tanpa jemu Dan ditatang selalu sebenarnya penawar luka Dan duka...

Hari no, nampak kegembiraan mak abah... Ketara, kami anak2 meraikan... Human lab keraian yang besar pun... Sekadar makan2 bersama2...namun keceriaan yang tergambar diwajah mak Abah memberikan suatu ketenangan Dan kelegaan dijiwa Aku....

Alhamdulillah... Terima kasih Allah...,

Jumaat, 4 September 2015

Yang sama usia dengan kematangan

Semalam berbual dengan rakan Maya yang tidak pernah dikenali paras rupanya.. Malah wujudnya juga hanya tahu berdasarkan gambar Dan suara. Entahkan alien atau manusia..

Logiknya manusia, kerana ada ketikanya semasa perbualan dia minta untuk ulang Dan bincangkan topik yang kami pilih ...

Pada usia yang sama, nyata pendapat Dan pandangan kami berbeza ...
Mungkin kematangan Dan pengalaman kerja yang dia ada menjadikan dia begitu..

Dalam satu satu hal, dia teliti Dan Setia mendengar, malah ada saja bait bicara yang dibeyulkan jika dirasakan tidak untuk dibualkan ..Dan kenapa itu yang aku hiraukan...ya Aku hiraukan itu kerana dia tau yang mana lebih tinggi priorities Dan mana yang tidak penting..

Seperti biasa.... Aku yang nakal mengusik, kadangkala, perbualan yang panjang antara kami, memberi aku kelegaan mental...

Alhamdulillah, Allah hadirkan insan yang baik mengelilingi...

Pesan terakhirnya malam tadi.... Kita dah tua, tiada Masa untuk kenal lama lama... Kalau suka, serasi... Teruskan sahaja...

Dan Aku yang mengerti.. Aku cuma senyum...

Selasa, 1 September 2015

Kamu yang datang

Kadang kala Allah datangkan seseorang kepada kita untuk dijadikan peringatan. Allah tidak mentakdirkan sesuatu untuk sia-sia. Malah Allah tahu, sesungguhnya ketika seseorang itu datang, kita sedang memerlukan sokongan Dan kata-kata semangat....maka apa lagi yg kita mahukan bilamana Allah hadirkan mereka Tampa kita mintà

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...