Rabu, 25 Julai 2012

AdaMu by Najwa Latif


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Isnin, 9 Julai 2012

burger king...


burger ni petti dia 500g - flavore black papper - harga RM 20. untuk 4 orang girls makan memang sangat cukup n terlebih2.. tapi untuk boys maybe 1-2 orang je kot kalau yang jenis suka makan burger la..:)
lokasinya... seksyen 7 shah alam... dekat dengan UNISEL...paling kecil petti saiz 250 g.. ade tiga flavour daging -balck paper, mushroom and regular. dan dua pilihan roti - whole meal, origano.

rasa boleh bg 4 dari 5 bintang...

apa yang ku cari

semalam dia aku jumpa.. dia datang dengan hati rela dan tangan terbuka.. dengan tidak terdetik apa2 di jiwa.. hanya kawan.. dan hanya setakat itu.. aku jadikan dia seseorang dalam hidupku.. menemani bila perlu dan salahkah jika begitu aku aturkan?

dan bila yang disana menjauhi aku.. dan aku hilang arah sebentar.. dia dengan senyum datang memberi aku ruang untuk berada di hatinya... dan aku cuba memberikan ruang itu walaupun hati masih lagi pada yang di sana,..masih.. tidak sedikit pun berubah... dan bermulalah bab baru dalam novel kehidupan aku... segalanya manis dan membahagiakan.. tidak ada lagi luka dan duka ditinggalkan.. hingga satu ketika sifat cemburunya, sikap tidak matangnya membuatkan aku rasa dia bukan untuk aku.. dan aku mula cuba menguji sejauh mana itu dapat aku terima dalam hidupku... dan yang nyatanya tidak.. bila berulang2 kali perkara yang sama juga berulang... hakikatnya dia sangat baik.. sempurna di mata aku, di mata mereka... Aku bersyukur kerana tuhan temukan kami.. Alhamdulillah.. tapi jauh di sudut hati ini ada sesuatu yang aku yakin dan amat yakini bahawa dia tidak akan dapat menerima kenyataan tentang aku dan kehidupan ku...

menjadi diriku bukanlah seindah yang mereka-mereka khabarkan.. hanya aku, yang di sana dan seorang lagi teman yang tahu.. hati ini bukan boleh di tawan dalam beberapa hari.. kota rom juga tidak di bina dalam masa satu hari...dan semalam saat aku mula menikmati hari2 tenangku setalah melepaskan dia dan yang di sana pergi..muncul pula satu watak lain ..

watak yang sangat menjaga dan memberi perhatian kepada aku... dan aku tidak pula menganggap itu lebih dari yang sepatutnya... watak yang hadir itu juga sama seperti dia.. mengharapkan sesuatu.. bezanya aku tidak memberi ruang dalam hati ini untuk watak itu seperti mana aku berikan peluang kepada dia... 

semakin tertekan... 
aku lari dari masalahku yang penyebabnya apakah aku sendiri atau kerana mereka yang tidak mahu mengerti keputusan ku..? entahlah .. tapi aku tidak punya cara keluar selain terus melarikan diri dan menolak semua kemungkinan ... aku tidak mahu ulangi kesilapan hati lagi... siapalah aku hinggakan mereka terus terus mengharapkan aku.. siapalah aku hinggakan mereka merasakan aku bidadari hidup mereka? aku tak kurang cuma hanya manusia biasa yang punya hati dan ingin bebas bahagia... itu sahaja...

perjuanganku.. perjuangan mereka.. kami tidak sama.. maka aku tidak mampu teruskan.. tapi temanku yang satu itu juga aku tidak tahu apakah perjuangan kami sama.. tapi yang jelasnya aku tahu dia sangat bertanggungjawab pada keluarganya, sangat memahami aku, menjaga aku dan sering menegur aku...mengenali aku dan masa silamku...dan aku bukan mengambil kesempatan terhada kebaikan temanku itu.. tapi aku rasa untuk ketika ini dia yang dapat buat aku senyum,. buat aku tenang seketika...dan aku dan temanku juga menetapkan tidak ada rasa yang lain selagi kami tidak di takdirkan bersama-sama..

lamaran itu terpaksa aku tolak.. dari dia dan dari watak yang ada... aku menolak bukan kerena mereka tidak sempurna untuk aku.. tapi aku menolak kerana aku tahu aku tidak akan mampu membahagiakan mereka kerana hati aku tidak sedia untuk mereka.. aku buka seluasnya untuk berkawan.... tapi untuk bercinta tidak... aku pilih temanku untuk aku semai kasih... biarpun aku tahu nanti belum pasti kami bersama-sama.. aku pilih dia untuk ketika ini kerana hanya dengan dia yang mampu aku telus... tiada yang aku selindungkan kerana kami tahu siapa diri kami dan apa kekurangan kami masing-masing... kerana temanku sekarang ini sama seperti di sana dulu.. itu juga mungkin...dua jiwa berbeza tapi cara mereka terhadap aku seakan sama...:) dan kerana itu aku pilih temanku.. bukan dia, bukan juga watak yang muncul itu..

maka apa yang aku cari lagi? aku mencari kehidupan yang lebih bermakna.... temanku, untuk ketika in belum dapat memberi makna sepenuhnya buat aku.. aku mahukan lebih dari rasa kasih.. aku mahukan lebih dari pembuktian kata dan rasa cinta.. aku mahu hati ini kasih ini dan zahirku memberi makna untuk ibu, ibu, ibu dan ayahku.. keluargaku.. dan seseorang nanti yang ditakdirkan menjadi raja hati ku...

yang aku cari bukan yang ingin dipimpin, tapi yang aku cari yang bersedia untuk memimpin.. yang aku cari bukan yang ingin berubah kerana aku jadi penyebab.. tapi yang aku cari yang ingin berubah kerana diri nya sendiri tahu perubahan yang baik itu perlu bukan kerana aku.. yang aku cari bukan cinta hanya di sini.. tapi yang aku cari cintaku nanti akan jadikan aku bidadari syurga untuk si suami yang berbakti...yang aku cari bukan yang menjanjikan setia bersama selamanya.. tapi yang aku cari dia yang sanggup menjaga aku, menemani kehidupanku dengan agama.. agama.. dan agama... dan kasih sayang dan meninggalkan aku dengan benih2 perjuangan dan semangat hidup tanpa mengenang kembali silamku.. silam kisah kami...

Allah.. hanya ENGKAU tuhan yang tahu segala sesuatu.. tunjukkan dia jalan keluar yang terbaik.. Allah.. hadirkan wanita yang lebih baik dari aku untuk watak yang hadir itu.. dan Allah.. aku mohon andai temanku itu untukku.. maka dekatkanlah hati kami dan permudahkanlah urusan kami membina mahligai cinta kami... perbaikilah agamanya.. perbaikilah agamaku.... jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur dan beriman kepadaMu saat susah dan senang kehidupan kami.....

Rabu, 4 Julai 2012

New day begin

alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Allah bagi ruang dan peluang untuk aku terus bersemangat mengharungi hidup..alhamdulillah.. hari nie.. aku mulakan langkah baru... mulakan warna warni baru dalam lembaran baru kehidupan aku.. Alhamdulillah...=)


Selasa, 3 Julai 2012

I still believe

somehow this songs make me feel like i'm still hoping for another chance with him... if  and only it could happen befaore 19th July 2012.. and i'll be the happiest girl ever.. but still nothing to hope..:) in the process of vanish it away.. hopefully i can be much more stronger than before...


You look in my eyes
And I get emotional inside
I know it's crazy
But you still can touch my heart
And after all this time
You'd think that 
I wouldn't feel the same
But time melts into nothing
And nothing's changed

I still believe
Someday you and me
Will find ourselves in love again
I had a dream
Someday you and me
Will find ourselves in love again

Each day of my life
I'm filled with all the joy

I could find
You know that I
I'm not the desperate type
If there's one spark of hope
Left in my grasp
I'll hold it with both hands
It's worth the risk of burning
To have a second chance

No, no, no, no, no, no I need you baby
I still believe that we can be together
If we believe that true love never has to end
Then we must know that we will love again.



sumber: http://www.lyrics007.com/

Ahad, 1 Julai 2012

memandu ke Sunway

semalam balik dari kelas housemate violet ajak g sunway.. perancangan asal nak g dengan bas.. tapi akak rumah violet suruh drive.. so dengan bismillah violet pun berusaha untuk drive... dan alhamdulillah berjaya.. tapi ada sesuatu yang violet tetapkan.... Allah nak violet berdikari.. Alhamdulillah dah boleh drive luar dari kawasan yang biasa..:) salah masuk simpang, u trun dan tak jumpa cari jalan untuk keluar dari tempat parking sebab salah tengok sign bord tu perkara biasa lah kan... =p huhuhuhu... ape pun petang yang sangat menyeronokkan....

dari seksyen 2 -> federal highway -> subang -> sunway
sunway -> federal highway ->seksyen 2 Shah Alam

Alhamdulillah.. terima kasih Allah atas nikmat dan kurniaanMu... Alhamdulillah

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧡 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...