Rabu, 28 Disember 2016

no title

kadang kala aku rasa aku tersalah buat pilihan, tapi aku tak nak mengalah dengan apa yang aku dah pilih. memang banyak dugaan, aku sendiri pun kadang-kadang tak pasti kenapa aku tak boleh nak move on dengan cepat. mungkin ada halangan-halangan dan aku sendiri tak berusaha untuk keluar daripada kelompok keselesaan tu.

tapi aku nak buktikan bahawa aku boleh berjaya dan mampu berjaya, sekurang-kurangnya aku nak ada aset sendiri dan tak menyusahkan orang lain, lari daripada keselesaan hidup dan buat benda yang aku sebenarnya tak berkemahiran pun nak buat adalah cabaran besar. 

tapi kalau aku tak mulakan sesuatu yang baru dalam hidup aku, aku akan tetap selesa dengan apa yang aku ada sekarang. now aku struggle untuk hidup. aku rasa ada lagi orang yang lebih susah daripada aku kot, tengah struggle juga. malah mungkin aku lebih beruntung, sekurang-kurangnya aku ada tempat berteduh, boleh lagi hidup macam biasa walaupun tersepit sedikit.

Alhamdulillah.
tapi aku kira aku masih lagi belum dapat apa yang aku mahu. ada lagi hutang-hutang yang aku belum selesaikan untuk diri aku sendiri dan orang lain juga.,

apa aku nak buat untuk 2017? banyak benda, tapi first aku kene ubah mindset aku dan perangai aku juga. aku kene ubah diri aku dulu sebelum aku boleh ubah apa yang aku ada. doakan aku mampu jadi manusia yang lebih baik eyh. terima kasih atas doa-doa korang semua selama ni. aku hargai sangat-sangat. doakanlah lagi yang baik-baik untuk aku. aku pun akan selalu doakan yang baik-baik untuk korang,

hidup ni, kadang-kadang dilanda ribut, kadang-kadang gersang kering kontang. tanpa redha dan izin Allahdoa-doa dan sokongan manusia lain disekeliling, aku takkan mampu nak bangun melangkah dan angkat muka pun. semua kita saling berkait.

jika aku pernah menyakiti hati korang, maafkanlah aku. aku mungkin tak perasan atau tak tersengaja bercakap kasar, mengabaikan atau tidak memberi perhatian, sebab aku sendiri pun kadang-kadang terabai dan diabaikan. banyak benda nak fikir dan buat. jadi maafkanlah kecuaian aku selaku manusia yang lemah dan tidak sempurna ni. aku cuba untuk jadi yang lebih baik selepas ni. doakan aku eyh. kita sama-sama jadi yang lebih baik, Insyaallah. 

okey, cukup dulu membebel, aku luahkan kat sini sebab aku dah tak larat nak simpan sorang-sorang. ya Allah ada, Allah mendengar, aku tidak menafikan Allah lebih mengetahui, cuma aku berkongsi rasa aku sekarang dengan harapan ada yang sudi mendoakan kebaikan buat aku. sebab doa adalah senjata yang sangat kuat, doa adalah sumber kekuatan. insyaallah sama-sama doakan kebaikan demi kebaikan untuk semua. 

jaga diri, jaga solat, jaga iman.
salam sayang , sayang sungguh-sunguh .

Lazuardy Violet

Sabtu, 3 Disember 2016

Kerana cinta itu

Dengan berat hati
Kelmarin terlerai juga
Berjuraian air mata
Hati beku

Dengan berat hati
Ku tega melafazkan
Selamat tinggal kekasih yang pernah aku dambakan

Dengan berat hati
Aku, pergi. Menjauh Tanpa menoleh lagi

Aku doakan
Hatinya kuat

Aku doakan
Bahagia dan bahagia
Milik aku

Rabu, 30 November 2016

Seminggu yang bisu

Terusik juga hati bila membaca setiap pesanan dia untuk aku,
Hati nekad, diam lebih baik, biarkan sahaja pesanan itu tidak berbalas
Lalu kenapa tidak aku blok sahaja semua akses?
Senyum, biarlah. Aku tidak mahu menambah kesakitan dan kesedihan sedia ada. Aku pernah melalui dan aku tahu betapa sakitnya ditinggalkan dan dikhianati. Maka perlu apa aku lakukan apa yang pernah dia lakukan?
Bukan niat untuk membalas apa-apa, sedikitpun tidak ada niat untuk menyakitkan, Malah ruang yang sedikit itu aku harap memberi dia ketenangan.
Dan aku? Mengapa mesti mengambil tahu? Tidak, aku sekadar melihat. Apakah sudah bahagia dan saling membahagiakan. Jika senyum yang terlihat masih tawar, maka aku faham. Masih ada aku dalam kenangan.
Dan aku akan doakan, semoga padam dan hilang, satu demi satu perasaan dan ingatan itu.
Aku tidak melupakan, aku juga tidak membenci. Aku cuma ingin hidup, dengan hati dan jiwa bahagia. Dengan kasih dan cinta yang tidak menduakan, dengan Setia dan keikhlasan.
Maka, yang pernah ada harus aku lepaskan supaya yang baru dapat aku genggam. Dan aku juga berharap, yang pernah ada turut juga merelakan, kerana bukan aku yang disisi, kerana bukan aku yang dinikahi,
Lepaskanlah,
Aku ingin terbang tinggi

Selasa, 29 November 2016

As the time fly

Banyak perkara berlaku dalam tempoh hampir 3 bulan,
Alhamdulillah, kehidupan semakin baik.
Ya, ada beberapa ujian dan kesusahan.

Itu pengalaman, Alhamdulillah. Pengalaman yang mengajar until lebih kuat dan berdikari.

Apa yang pasti perjalanan seterusnya, insyaAllah akan lebih mudah.
Semoga Allah bantu, semoga Allah berkati.

Aku dan pakir kereta

Antara beberapa perkara yang aku kadang² lupa ialah pakir kereta.
Selalunya kalau keluar seorang, memang aku akan ada masalah nak ingat kat mana pakir. Dan lepas tu, mulalah tawaf tempat pakir tu, pernah sampai rasa macam nak menangis banyak Kali pusing tempat sama , tapi tak juga jumpat mana letak kereta.

Siapa lagi ada masalah macam aku? Hahaha, entahlah, aku je lot spesis tak ingat letak kereta kat mana ni. Eksperimen yang aku buat ke atas diri aku sendiri untuk cari punca kenapa tak ingat tu membuktikan bahawa: aku tak ingat sebab

1) tak ambik perhatian kawasan yang aku pakir
2) banyak sangat fikir hal kerja
3) tak ambik gambar lokasi pakir
4) fikir nk gi cari barang or ke tempat yang aku nak je,
5) entah, aku pun tak tau,😜

Jadi, semenjak dua menjak ni, aku akan pastikan aku pakir kereta dekat dengan lokasi yang aku nk singgah beli barang atau makan. Kemudian, aku juga mula ambil gambar kat mana aku pakir,

Lepas tu , kalau agak2 macam tak jumpa kereta, aku akan tekan button alarm pada kunci kereta, supaya aku boleh trace kereta berdasarkan bunyi alarm tu. Heee, maaflah kalau kereta aku memekak. Aku cuma nak cari kereta aku je. 😫

Ermm, korang ada cara tak nak ingat kat mana park? Nanti kongsikan ya. Tak baik simpan ILMU sorang², kene kongsi,Baru berkat. Hee..

Baca sampai habis ke? 😝😜😘😍
Mood tengah demam ni, mengada² lebih, Manja pun lebih.doakan aku sihat ya. Tq .korang pun take care tau. Muaah ciked. Sikit je, kang jangkit pulak demam.

Jumpa lagi nnt, sayang korang.
Daaaa.....

With Love,
LazuardyViolet

Khamis, 24 November 2016

dan kamu pun mengerti

entah kenapa jujur itu menyakitkan
ya amat menyakitkan
pada hati yang pernah aku sayang
pada jasad yang pernah aku kasihi

lalu,
kenapa tidak lagi kini?
kerana cerita itu telah berlalu

aku ingin terbang tinggi,
tanpa mahu melihat kebelakang,
tanpa mahu melihat ke bawah

aku ingin pergi jauh berlari
meninggalkan kenangan 
meninggalkan harapan yang tidak mampu aku capai

lalu,
aku nyatakan. walaupun aku terluka
dan kamu juga lebih terluka

siapa yang punya angkara?
bukan siapa-siapa

kerana cinta itu tidak terpaksa dan memaksa
cuma, saat ini tidak ada kisah itu dalam bab sekarang
mungkin dalam bab akan datang ada

tapi sekarang tidak,
maka mengertilah bahawa aku ingin terbang bebas

dan aku pun tidak pasti selama mana aku mahu di awan
akan ada nanti masanya aku turun merendah
bertenggek di dahan 
berteduh di rendang pohon

hiduplah kesayang-kesayangan
hiduplah dalam kehidupan yang sebenar.
aku doakan bahagia kalian

izinkan aku terbang dan bebas.
izinkan aku memilih dan mencintai dia yang aku mahu

izinkan aku kasih pada dia yang akan datang
bukan kamu
bukan kamu
bukan kamu

fahamilah, kasih itu melemaskan aku
menyeksa batin dan jasadku.

kasihanilah aku, aku juga ingin bahagia

dan kamu pun semakin mengerti.
semoga kamu melepaskan aku pergi.

Rabu, 16 November 2016

Tiada Jodoh Antara Kita

Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Di hujung pertemuan..

Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tanganmu...

Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mengganggu..
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya...

Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya..

Walau tidak di sini
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doa kupohonkan
Moga diperkenankan
Dipertemukan suatu masa nanti...
(Suatu masa nanti..oh..oh..)


Jumaat, 28 Oktober 2016

Oh Mudahnya Tajwid Seremban


Anda KELIRU Dengan PELBAGAI Hukum Tajwid??
Sudah BERTAHUN-TAHUN belajar Tajwid, namun masih LUPA nama hukum??
Anda seorang pengajar Al-Quran, tapi TIADA MODUL yang BERKESAN??
.
Kini anda tak perlu SUSAH...
Kami akan bantu anda dalam BENGKEL
"OH Mudahnya Tajwid -Mengaji hanya Menggunakan Simbol"
.
Antara yang dipelajari :
8 Simbol Bacaan Dengung
5 Simbol Bacaan Tidak Dengung
Tanda2 Bacaan Mad 2 Harkat
8 Huruf Istimewa
Simbol Hamzah Wasl
.......DAN BANYAK LAGI!!
.
 ISTIMEWA untuk REMAJA & DEWASA! 
Warga SEREMBAN  & yang berdekatan
.
"Wowww, sgt best ni. Bila buat?? Kat mana??"
.
.MELEWAR EVENT HALL
Lavender Height Senawang

.
"Wah, dekat jeee, mesti join ni. Bagaimana nak daftar?"
.
.
Mudah sahaja, hanya
SMS/WhatsApp 'OMT_Nama Penuh_IC' ke 019- 677 7316 dengan segera.
.

.
Ye sms or pm terus ke

019- 677 7316
019- 677 7316
019- 677 7316

Kami tak boleh jamin tempat anda jika lambat mendaftar
.
.
Share supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.
Ramai kawan-kawan anda yang masih tercari-cari bantuan untuk mengaji dengan baik.
.
.
#ohmudahnyatajwid
#infitah

Oh Mudahnya Tajwid Johor


Anda KELIRU Dengan PELBAGAI Hukum Tajwid??
Sudah BERTAHUN-TAHUN belajar Tajwid, namun masih LUPA nama hukum??
Anda seorang pengajar Al-Quran, tapi TIADA MODUL yang BERKESAN??
.
Kini anda tak perlu SUSAH...
Kami akan bantu anda dalam BENGKEL
"OH Mudahnya Tajwid -Mengaji hanya Menggunakan Simbol"
.
Antara yang dipelajari :
8 Simbol Bacaan Dengung
5 Simbol Bacaan Tidak Dengung
Tanda2 Bacaan Mad 2 Harkat
8 Huruf Istimewa
Simbol Hamzah Wasl
.......DAN BANYAK LAGI!!
.
 ISTIMEWA untuk REMAJA & DEWASA! 
Warga Johor Bahru dan yang berdekatan
.
"Wowww, sgt best ni. Bila buat?? Kat mana??"
.
.
12 November 2016 (Sabtu)
Sinaran Ilmu Learning & consultancy
Taman Sri Putri,Skudai, Johor.
.
.
"Wah, dekat jeee, mesti join ni. Bagaimana nak daftar?"
.
.
Mudah sahaja, hanya
SMS/WhatsApp 'OMT_Nama Penuh_IC' ke 011-2068 62206 dengan segera.
.
.
Ye sms or pm terus ke

011-2068 6220
011-2068 6220
011-2068 6220

Kami tak boleh jamin tempat anda jika lambat mendaftar
.
.
Share supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.
Ramai kawan-kawan anda yang masih tercari-cari bantuan untuk mengaji dengan baik.
.
.
#ohmudahnyatajwid
#infitah

Oh Mudahnya Tajwid Ipoh

Anda KELIRU Dengan PELBAGAI Hukum Tajwid??
Sudah BERTAHUN-TAHUN belajar Tajwid, namun masih LUPA nama hukum??
Anda seorang pengajar Al-Quran, tapi TIADA MODUL yang BERKESAN??
.
Kini anda tak perlu SUSAH...
Kami akan bantu anda dalam BENGKEL
"OH Mudahnya Tajwid -Mengaji hanya Menggunakan Simbol"
.
Antara yang dipelajari :
8 Simbol Bacaan Dengung
5 Simbol Bacaan Tidak Dengung
Tanda2 Bacaan Mad 2 Harkat
8 Huruf Istimewa
Simbol Hamzah Wasl
.......DAN BANYAK LAGI!!
.
 ISTIMEWA untuk REMAJA & DEWASA! 
Warga MANJUNG & IPOH yang berdekatan
.
"Wowww, sgt best ni. Bila buat?? Kat mana??"
.
.
5 November 2016 (Sabtu)
Masjid Nurul Hidayah, Masjid Daerah Manjung

.
6 November 2016(Ahad)
Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Negeri Perak

.
.
"Wah, dekat jeee, mesti join ni. Bagaimana nak daftar?"
.
.
Mudah sahaja, hanya
SMS/WhatsApp 'OMT_Nama Penuh_IC' ke 013-537 9747 dengan segera.
.

.
Ye sms or pm terus ke
013-537 9747
013-537 9747
013-537 9747
Kami tak boleh jamin tempat anda jika lambat mendaftar
.
.
Share supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.
Ramai kawan-kawan anda yang masih tercari-cari bantuan untuk mengaji dengan baik.
.
.
#ohmudahnyatajwid
#infitah

Jumaat, 21 Oktober 2016

Biarkan aku

Nekad
Aku berlalu
Pergi
Menjauh

Nekad
Aku diam
Bisu
Menyepi

Nekad
Bersungguh-sungguh
Aku padamkan

Biarkan aku
Kerana luka itu
Aku begini

Apa lagi mahu mu?
Kecapilah bahagia
Biarkan aku.

Khamis, 6 Oktober 2016

Kerja di pejabat

Alhamdulillah
Dah ada office
Dah ada ruang kerja yang lebih kondusif

But its not that yang mengujakan
Yang mengujakan adalah setiap pagi kami akan berhalaqah tadarus Quran, sama-sama semak Dan tasmik bacaan. Ohsem kan.  Kita mulakan kerja dengan mengaji, waktu zohor Dan asar, usahakan untuk sama-sama berjemaah. I love it.

Suasana kerja yang tidak stress, tapi kerja kene gerak juga.Alhamdulillah, Allah bagi kerja yang baik, rakan sekerja yang baik, Dan suasana kerja yang baik.

Seronok, tapi kerja tetap kerja.
I love my job.

Dah jom buka puasa.
Hii

Salam 5 muharam 1438
Catatan 6 October 7.05 malam.

Khamis, 22 September 2016

Misi berjaya

Arrived, alhamdulillah,
5 jam. Rekod paling lama drive setakat ni
Had kelajuan 80km/jam
3 kali stop-sandar, lurus kaki tangan semua.
Bnyk kali juga berhenti tepi, betulkan duduk(back pain)
1 kali singgah hantar barang

Cabaran selesai, walaupun sebenarnya nampak dan masih terngiang2 bunyi kereta eksiden hari tu, non stop doa dan zikir, non stop juga mengunyah dan sedut air, jalan tak panas, redup ja.

Cuma fizikal,mental n emosi masih terganggu. Hari ini, paksa diri memandu jarak jauh semula, paksa juga supaya tak down terlalu lama. Alhamdulillah, misi selesai.
Tq mak dan family yang mendoakan, tq juga pada yg sentiasa bagi support.

Ya, inilah kehidupan, bila ada tembok menghalang, tembok itu perlu dipecahkan,  bukan lompat atau panjat tembok tu, tapi pecahkan. Dan, ya akan luka sedikit atau cedera di mana2, tak apalah, janji perjalanan dapat diteruskan dan luka serta duka itu insyaAllah akan baik dan sembuh. Dan nnt parut yg tinggal adalah harga manisnya kejayaan dan kebahagian. :-)

Rabu, 21 September 2016

Aku dan buku

Kegilaan pada buku ada kalanya menyebabkan Aku menghabiskan beratus ringgit hanya untuk buku. Bagi Aku, buku adalah Sumber ilmu,sumber inspirasi, sumber ilham Dan kekuatan.

Banyak perkara yang boleh dipelajari dengan membaca, namun apabila ada perkara yang tidak difahami, masih perlu berguru.

Tadi memindahkan buku daripada Rumah emak ke Rumah Abah, Allahu,banyak sangat buku yang menarik tentang wanita Dan Islam, tarbiyatul aulad, kisah sejarah Islam, tamadun, sejarah, kesihatan Dan panduan solat, pengurusan Wang Dan lain-lain. Dah rasa macam perpustakaan dah macam.

Sambil kemas, sambil belek, baca, rasa nak baca semua. Tapi, sebab esok mak kerja, Dan Aku juga perlu balik ke Seremban semula, lalu Aku segerakan mengemas, sempat kidnap beberapa buah buku untuk bahan bacaan ringan (ada juga yang berat) dekat Seremban. InsyaAllah , kalau berkesempatan nanti Aku kongsikan ya.

Membaca jambatan ilmu, malah perintah yang pertama diwahyukan juga ialah Iqra' yakni bacalah.

Maka, membaca merupakan medium penting dalam penguasaan sesuatu perkara. Bacalah bahan yang baik, supaya otak digest perkara yang baik, Dan membentuk akhlak yang baik. InsyaAllah.

Selamat malam, Dan semoga kita jumpa lagi entry akan datang.
Hingga jari jumpa keypad lagi.

Dengan rasa kasih,
LazuardyViolet

Jumaat, 16 September 2016

Penghibur Hati Paling Agung

malam ini, kasih, teringat ku padamu
kau yg baik hati
tersenyum dan menghibur;

hati hati yg telah lama hancur
warna-warni yg semakin kabur.

jalan terus, kasih, tutupkan telingamu
janganlah bersedih
aku di belakang mu
hingga akhir hujungnya nafasku
kau penghibur hati paling agung.

halus tulus
karya agung
simpatimu
tak tertanggung

cahayamu memanggil namaku
menyuluh hati kecil aku

Jar of Hearts


I know I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And I've learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

And it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
Tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?

Who do you think you are?

Who do you think you are?

Jakun

Khamis, 8 September 2016

Anything for you

If there were a single sacred rose
On a mountain top that grows
Where nobody ever dares to go
For you I'd climb that mountain high
I would reach up to the sky
If that rose was your desire
Don't you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
I would do anything
Would do anything
Anything for you
For you, I would sail the seven seas
Walk the deserts in between
Just to bring you anything you need
Nothing could ever be too much
Anything to show my love
Cos it gives me strength enough
Don't you
Don't you
Don't you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you
For you I would take on any trial
And I would walk on through the fire
You give me strength enough to face it all
You make me feel invincible
Cos I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you
These things are nothing to
All the things you do for me
You are my dream come true
A love I never knew you see
I'd take on a mountain high
Just to see you smile for me
You make me want to be
The very best that I can be
I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

Sabtu, 3 September 2016

Melepaskan cinta

Melepaskan cinta yang satu ini, kesakitannya lambat benar pulih.
Pun jua, hati kupaksa jadi kering. Merelakan. Tiada yang perlu diragukan, tiada yang perlu disesalkan, kesedihan demi kesedihan. Tiada lagi air mata
Hanya senyum dan senyum,
nafas Ku hela.

Pertemuan yang kelmarin, sengaja Ku uji. Mana bukti kata², sampai bila lagi harus disembunyikan apa yang tersirat. Jiwa mendesak ingin tahu.

Ya, tindakan diluar kawalan, Tanpa berfikir panjang, kereta mulusur laju, mencari destinasi, dan akhirnya dia meluahkan , membuat tafsiran sendiri. Bahawa Aku tidak percaya, bahawa Aku mengundang kecaman dan ancaman.

Terdiam, tiada kata. Jiwa terjentik. Itukah sayang? Setakat itu? Dan dimana letaknya Aku? Lalu Ku hela nafas, perlahan², rindu yang ada terlerai, hati menangis. Salah mungkin tindakan Aku,

Tapi pilihan apa yang Aku ada?
Tiada jawapan yang tepat untuk Aku,
Yang ada hanya harapan dan janji

Aku tahu ada usaha, Aku melihat ada Setia
Pun hati ini tetap kecewa, kesakitan itu lukanya masih terasa
Puas Ku DOA, Ku minta tuhan sembuhkan
Telah ada kesembuhan, tapi masih belum sepenuhnya, parut luka
Adakala berdarah semula

Aku lari, jauh, Aku diam, teguh
Aku sepi, Aku pergi dan menjauh.
Aku doakan kebahagian demi kebahagian
Aku doakan kemudahan , aku doakan kekuatan demi sebuah kehidupan.

Memiliki adalah rahmat
Mencintai adalah pengorbanan
Kasih sayang yang bukan sedikit,
Semoga hati ini seteguh karang.
Rahsia tuhan, jodoh dan ketentuan.

Bertabahlah duhai hati,
Senyumlah dalam setiap keperitan dan kesedihan
Sedang ada sesuatu yang tuhan susunkan,
Nikmatilah cinta yang Baru
Hargai kasih yang tertumpah
Belajarlah melupakan
Lepaskan yang berlalu
Genggamlah yang didepan mata.

Dan kerana cinta itu
Aku, merelakan

Dan kerana aku juga berhak bahagia
Aku pilih untuk bercinta, Setia dan sentiasa ada dengan
Dia, yang tuhan takdirkan untuk aku.

Catatan cinta
LazuardyViolet

Selasa, 30 Ogos 2016

Kegilaan atau kecintaan

Memikirkan sesuatu, apa agaknya jalan cerita yang seterusnya?
Kecintaan atau kegilaan?

Isnin, 29 Ogos 2016

KAn ku doa

Kan Ku doa pada Tuhan
Agar kita bersama
Kan Ku doa pada Tuhan
Kau milikku, Ku milikmu
Kan Ku doa pada Tuhan
Cinta ini abadi
Kan Ku doa pada Tuhan
Kasih ini untuk mu
Kan Ku doa pada tuhan
Setia Aku untukmu

Sabtu, 27 Ogos 2016

Kerja aku

Saya mungkin lama kat kuantan, sape nak jumpa urusan bisnes dan kerja,
Bagitau awal² ya. Kita set masa, insyaAllah.

Tetiba mcm penuh je jadual harian, kau kerja apa sebenarnya?

tutor tusyen 😍😊☺😁
Haah tutor tusyen dan supply tutor tusyen

Seronok ke jadi tutor?
😊 hanya yang merasai tahu seronoknya tu macam mana

So kayalah?
Hahahaha, nak kaya macam mana tu? Tokey balak pun kalau kau spesis tak reti menyimpan , belanje sesuka hati kau, kayap jugak.

Alhamdulillah, berkecukupan dan ada lebihan untuk simpanan.

Tak percaya? Sila percaya
Saya suka kerja saya,
Anda suka kerja anda?

Buatlah kerja apa pun Yang baik dan halal, niatkan kerja kita untuk ibadah, untuk memberi manfaat kepada orang lain, rajinkan memberi, hargai potensi dan yakin dengan diri sendiri. Kita akan rasa kepuasan pada apa yang kita usahakan. InsyaAllah.

Salam sayang
Lazuardyviolet.

Khamis, 11 Ogos 2016

Allah tahu sayang,Allah tahu.

Assalamualaikum
sihat? rindu violet?
violet pun rindu.
rindu sangat,

perjalanan seminggu ditempat baru sangat menarik dan Alhamdulillah, semua masih berjalan lancar.
seminggu jauh dari keselesaan dan kesenangan, hati terdetik sayu, terjentik rasa menghargai setiap yang ada betapa kerdilnya aku, melihat diri sendiri . kehidupan kini tak lebih daripada kasih sayang dan rahmat Allah. siapalah aku dimata tuhan? jika tiada Tuhan? mampukan aku bertahan sehingga hari ini.

Alhamdulillah.
perlahan-lahan, semua yang lalu hilang. hati semakin kuat, diam semakin sepi.
pada siapa aku mengadu, pada Dia tuhan yang maha tahu.

doaku setiap sujudku,
Allah hadiahkan seorang suami
yang baik imannya, akhlaknya, agamanya
Doaku setiap sujudku, disejahterakan kehidupanku dan semua yang aku kasihi,
diberikan kesihatan untukku dan orang yang aku kasihi
doaku dalam setiap sujudku,
bahagiakanlah semua jiwa dan hati yang mengasi dan menyayangi aku

sungguh tiada yang mampu aku balas pada setiap jiwa yang memberikan perhatian dan kasih sayang.
aku memilih untuk tidak memilih.
kelelahan setia dan kesedihan menahan luka menjadikan aku sepi, tertutup hati untuk membuka hati pada perkara yang tidak pasti. kerana manisnya kata-kata dan manis janji-janji tidak memberi bahagia, malah aku yang tersakiti, malah lebih tersakiti.
maka cukup untuk aku mendoakan kebaikan . agar aku juga menerima kebaikan.

aku tidak berubah
aku masih aku yang sama
cuma aku lebih memilih menjaga diri dan hatiku sendiri.
aku bahagia
aku gembira, ceritanya kerana hati aku
tidak lagi pada jiwa dan hati orang yang aku mahu lihat kebahagiaannya.

setia dan sabar kini,
hanya untuk yang pasti.
bila?
insyaAllah bila masanya tiba.
Siapa?
seseorang yang sentiasa dalam doa
insyaAllah, jika bukan di sini. akan ada di sana

Allah tahu sayang,
Allah tahu.

Ahad, 7 Ogos 2016

Bila waktu berlalu

Dan perjalanan Ku tempuh
Suka, duka,
Tangis dan tawa
Tercoret diwajah , Ku ukir senyum
Paling indah

Esok,
Jika Aku melangkah pergi
Maafkan Aku
Kerana tempatku bukan disitu
Aku singgah
Aku bercerita
Aku melihat,
Aku menikmati
Pada apa yang dipinjamkan
Seketika

Bila aku sedar,
Semua itu bukan milikku,
Hati, jiwa dan rasa,
Maka aku diam,
Dan aku pergi

Semoga yang akan datang lebih baik
Semoga yang Ku tinggalkan lebih menghargai
Aku bukan bidadari
Aku manusia biasa
Pada zahirnya, aku juga mahu bahagia
Dan aku tinggalkan mimpi
Biar yang nyata mengambil ganti
Hidup ini,
Jika bukan cerita kita,
Maka aku mengerti, aku harus pergi.

Demi tuhan yang maha mengetahui,
Luka itu masih berbaki
Izinkan aku pergi
Mencari bahagiaku sendiri,

Selasa, 26 Julai 2016

Misi membaca

Let's start with light topic first.
Buku ni dah lama beli, tapi tak berkesempaan nak baca betul²
Adalah masa belek² 2-3 Kali, fokus pada certain topik je.

Hari ni, kita mula baca kulit ke kulit ya,
Belajar kenapa lelaki tak mendengar dan perempuan tak pandai baca peta.

Lots of discussion in this book, the author use simple examples, mostly related to our daily life events and routines.

Bahan bacaan yang baik untuk kita belajar memahami orang sekeliling kita. Ini version bahasa melayu, version asal in English,

Antara subtopik dalam buku ni;
1.Spesis sama tapi berlainan dunia
2.Semuanya masuk akal
3.kesemuanya dalam kepala
4.bertutur dan mendengar
5.Lelaki tetap lelaki tapi tidak selalunya.
6. Menuju Masa hadapan yang berbeza.

Nanti, violet kongsikan input yang ada. 😊
Korang baca apa? Jom kongsi

Membaca menambah ilmu,
Rajin-rajin lah baca ya!

Daaa..
With Love,
LazuardyViolet

Isnin, 25 Julai 2016

bila memberi itu lebih dihayati

Ada seorang klien, beliau suka tutornya alunkan ayat Quran, 
Setiap Kali sesi kelas, beliau akan merakam dan Cuba mengikut alunan bacaan tutornya.
Paling seronok ialah, bacaan beliau juga semakin baik dan ada perubahan. Mengaji di Rumah sendiri, santai. Tidak malu untuk bertanya dan tidak terasa apabila ditegur kesilapan bacaannya.
Seronok bukan? Bila kita boleh membantu.

Dalam banyak² perbualan dengan klien.antara Ayat yang menyentuh hati ialah,

"Saya dah lama nak baiki bacaan saya, Alhamdulillah Allah bagi saya jumpa cik puan"

"Saya tak reti mengaji, saya nak mengaji, cikpuan boleh Bantu saya carikan ustazah?"

"Kami suami isteri nak belajar mengaji, Alhamdulillah, terima kasih kerana Bantu dapatkan ustaz untuk kami".

Allah sahaja tahu, apa yang saya rasa bila dapat membantu, ada klien yg menunggu lama sebab tak cukup tenaga pengajar, ada klien yang sanggup susunkan jadual khas semata-mata untuk mengaji atau kelas untuk anak² mereka.

Maka, siapalah saya, untuk tidak memenuhi permintaan mereka, saya tidak lebih hanya perantara memudahkan urusan² mereka. Usaha sehabis daya untuk membantu.Terima kasih untuk semua tutor @AkademiInfitahKuantan dan semua tutor @InspireKotaBaru. Semoga Allah merahmati usaha kalian membantu para klien. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik.

Terima kasih juga kepada semua klien yang memberi kepercayaan kepada kami. Kami berbesar hati dapat membantu, kami mohon maaf jika ada kekurangan dalam perkhidmatan kami.semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada sesi kelas yang telah,sedang dan akan berlangsung.

Terima kasih juga untuk team InfitahInspire yang sentiasa menyokong dan mendorong supaya sama-sama dapat memberi yang terbaik untuk klien.

Coretan rasa, 
Cik Nurul Nadia Naspu
Branch Manager/Sales Executive
Infitah Kuantan & Inspire Kota Bharu

‪#‎teaminfitah‬
‪#‎infitahKuantan‬
‪#‎inspireKotaBharu

Surat-surat cinta

Ramadhan yang lalu,
Tiada sehari pun yang berlalu
Tanpa kubaca,
Tanpa jemu, lembar demi lembar Ku selak
Gigih Ku hadap, Ku baca dan Ku ulang -ulang membacanya

Ramadhan telah belalu
Semangat Ku juga
Mana pergi kegigihan dan keseronokkan meraih rindu?
Hilang?

Lalu, terdiam Aku,
Menguis lantai dihujung kaki
Ku Tanya diriku,
Apakah hilang sudah rindu
Ku Tanya hatiku
Kemana pergi rindu itu?

Lalu, hati berbaur rasa
Dan mata berkaca kaca
Gerimis di pipi

Tuhanku
Kemana hilang rinduku?

Tuhanku,
Tetapkanlah hatiku dalam iman.
Berikan Aku kekuatan demi membaca semua surat cintaMu
Berikan Aku natijah yang baik kerana membacanya
Dan jadikanlah Aku, manusia yg sentiasa basah lidahnya
Mengalunkan ayat-ayatMu.

Ya muqallibal qulub
Thabbit qulubana
Ala deeniq

Jumaat, 22 Julai 2016

Tukang cat dan kerja-kerja mengecat

Assalamualaikum, 
rindu, dah lama tak mengarang.korang rindu tak?
sihat? semoga sihat. dah lama duk peram je blog nie daripada silent readers, ermm
dah tak nak peram dah ,violet open untuk kongsi apa yang baik supaya lebih ramai yang dapat manfaat. InsyaAllah.post entry yang lama-lama tu, violet tak padam, biar jadi pengajaran dan peringatan untuk violet dan sesiapa yang terasa nak ambil pengajaran. tapi jangan tanya pulak siapa manusia-manusia dalam cerita-cerita violet tu ya. cerita tu violet dah closed.

berbalik kepada tajuk, kenapa tukang cat ? violet beli rumah ke?  emm, bukan. sebenarnya bukan nak cat rumah. bukan juga nak cat bangunan. Tukang cat adalah kiasan bagi orang yang datang dalam kehidupan dan mewarnai kehidupan violet biarpun violet tak pernah kenal dan tak pernah jumpa, waima tak pernah pun bercakap. kalau jumpa pun mungkin kebetulan.

tukang cat ialah orang yang ada memberi sokongan saat violet perlu dan beraura positif. tukang cat tu lelaki ke? oh, tak semestinya lelaki, ada juga perempuan, dalam dunia kan ada lelaki dan perempuan, dan pembawakan kedua-dua gender ni berbeza. sikap keterbukaan dan cara pendekatan dua-dua gender ini pun berbeza, maka perlu meraikan kedua-duanya. tidak boleh cenderung kepada satu gender sahaja, kita belajar untuk positif daripada persekitaran. jika kita sangat choosy dan hanya memilih untuk satu gender yang sama dengan kita sahaja, mungkin ada yang akan terlepas pandang atau mungkin akan ada cerita berat sebelah.

apapun, semuanya Allah yang tentukan. Allah datangkan orang yang baik-baik dan Allah berikan yang baik-baik. InsyaAllah.

cukup lah untuk permulaan cerita "come back" ni. sebab ramai macam tertanya-tanya siapa tukang cat tu kan... siap kata calon suami bagai.. hahahhaa..tapi dalam ramai-ramai tu adalah seorang dua manusia yang faham apa yang violet sampaikan. cerdik betul. ermm.. 

jom, sama-sama mulakan cerita baru ini dengan warna-warni pelangi. Insyaallah kita sama-sama berusaha untuk jadi baik dan jadi yang terbaik.. kita sama-sama baiki apa yang kurang, dan kita sama-sama usaha untuk memberi manfaat kepada yang perlu. InsyaAllah.

hingga jari bertemu keypad lagi,
jaga iman, jaga solat, jaga hati, jaga kesihatan.

salam sayang,
LazuardyViolet

Khamis, 21 Julai 2016

Siapa LazuardyViolet

seorang wanita muslimah yang bercita-cita menjadi guru dan telah pun menjadi seorang guru. menguruskan Cawangan Infitah Kuantan, Inspire Kota Bharu dan Inspire Johor Baru. dilahirkan dalam kelurga sederhana dan membesar dengan didikan emak dan abah.

ada kalanya sangat periang, ada ketikanya tegas dan garang, aku seorang pemerhati, aku lebih banyak diam dan aku riuh pada orang yang ku kenali rapat dan akrab. bukan sombong, cuma ambil masa untuk ramah.

nak tahu apa yang aku selalu buat, bacalah blog ni selalu. aku suka kongsi dan insyaallah aku akan kongsi apa yang baik untuk dikongsi.

ambillah yang baik2 daripada perkongsian itu, yang tidak baik sila campak ke laut.

terima kasih kerana menjadia sebahagian daripada kehidupan aku,, biarpun aku dan kamu tidak pernah bersua, satu masa nanti mungkin. InsyaAllah. kita sama-sama doakan yang baik-baik untuk semua ya. semoga yang baik-baik juga datang kepada kita.

selamat membaca,

salam sayang,
LazuardyViolet.

Sabtu, 18 Jun 2016

Terjemahan hati by ST12

Ku tak kan pernah berpaling
Bila ku tanpa dirimu
Ucap janji kan kujalani 
Setiaku hanya untukmu

Ku takkan pernah menangis
Ku takkan pernah merintih
Walau kau tinggalkan diriku
Sendiri menahan rindu

Tuhan tolonglah aku sedang bimbang
Resah gelisah menyatu menggetarkan jiwa
Tuhan dengarkanlah Jeritan kata hatiku
Galau tak menentu simpulkan bahasa kalbu

Tuhan tolonglah aku sedang bimbang
Resah gelisah menyatu menggetarkan jiwa
Tuhan dengarkanlah Jeritan kata hatiku
Kalau tak menentu simpulkan bahasa kalbu

Tuhan tolonglah aku sedang bimbang
Resah gelisah menyatu menggetarkan jiwa
Tuhan dengarkanlah Jeritan kata hatiku
galau tak menentu simpulkan bahasa kalbu

Tuhan tolonglah aku sedang bimbang
Resah gelisah menyatu menggetarkan jiwa
Tuhan dengarkanlah Jeritan kata hatiku
Galau tak menentu simpulkan bahasa kalbu

Sabtu, 28 Mei 2016

Aku dan perjalanan

Sangat suka berjalan,
Memandu Dan melihat ciptaan tuhan
Sungguh
Satu kepuasan... Musafir melihat dunia..

Rabu, 25 Mei 2016

Terakhir

Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu mnyendiri dan trasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku 
Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mngusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mngenangkan mu
Apakah salahku
Kau buatku begini
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku
Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali mnguasai diriku ini
Oh tuhan
Kumahu yg terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini
Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku

Kaulah dia


Ku tak mampu
Menahan rasa hati ini
Yang semakin hari
Semakin mencintai padamu yang satu
Pujaan hatiku

Kaulah cahaya
Kaulah udara
Kaulah dunia
Kaulah nyawa
Kaulah kekasih 
Hidup matiku
Dia ku cinta
Kaulah dia

Kan ku tunggu
Selamanya untuk sedetik
Rasa kasih suci
Membelai sanubari
Hanya kau ku perlu
Pujaan hatiku

Kaulah cahaya
Kaulah udara
Kaulah dunia
Kaulah nyawa
Kaulah kekasih 
Hidup matiku
Dia ku cinta
Kaulah dia

Kasih janjilah padaku
Sumpah setiamu sepanjang hayatku
Kala hati dalam suka
Hati dalam duka 
Kita bersama

Kaulah cahaya
Kaulah udara
Kaulah dunia
Kaulah nyawa
Kaulah kekasih 
Hidup matiku
Dia ku cinta
Kaulah dia

Kaulah kekasih 
Hidup matiku
Dia ku cinta
Kaulah dia
Kaulah dia

dekat tapi Jauh by 14

Tidak pernah ku merasa
Tak tentu arah batinku menyiksa
Sejak ketemu dirimu
Degup jantungku makin laju

Aku tak suka berpura
Sekiranya mahu akan ku kejar
Tetapi teragak juga
Andai terjatuh air muka

Kamu di depan mataku
Dekat tapi jauh
Jauh dari dakapanku
Namun teringin ku mengenali
Mengenali hati

Aku cuba menghampiri
Dekat tapi jauh
Jauh dari pantauanmu
Harus ku mencuba lebih lagi
Mengenali kasih
Dekat tapi jauh

Tak mahu dalam hatiku
Terburu-buru tidak menentu
Mungkin ku beriya-iya
Tapi kau hiraukan saja

Kamu di depan mataku
Dekat tapi jauh
Jauh dari dakapanku
Namun teringin ku mengenali
Mengenali hati

Aku cuba menghampiri
Dekat tapi jauh
Jauh dari pantauanmu
Harus ku mencuba lebih lagi
Mengenali kasih
Dekat tapi jauh

Na na na na na
Dekat tapi jauh

Na na na na na
Dekat tapi jauh

Na na na na na
Dekat tapi jauh

Kamu dekat tapi jauh
Jauh dari dakapanku
Namun teringin ku mengenali
Mengenali hati
Aku cuba menghampiri
Dekat tapi jauh
Jauh dari pantauanmu
Harus ku mencuba lebih lagi
Mengenali kasih
Dekat tapi jauh

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧡 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...