Isnin, 25 Julai 2016

bila memberi itu lebih dihayati

Ada seorang klien, beliau suka tutornya alunkan ayat Quran, 
Setiap Kali sesi kelas, beliau akan merakam dan Cuba mengikut alunan bacaan tutornya.
Paling seronok ialah, bacaan beliau juga semakin baik dan ada perubahan. Mengaji di Rumah sendiri, santai. Tidak malu untuk bertanya dan tidak terasa apabila ditegur kesilapan bacaannya.
Seronok bukan? Bila kita boleh membantu.

Dalam banyak² perbualan dengan klien.antara Ayat yang menyentuh hati ialah,

"Saya dah lama nak baiki bacaan saya, Alhamdulillah Allah bagi saya jumpa cik puan"

"Saya tak reti mengaji, saya nak mengaji, cikpuan boleh Bantu saya carikan ustazah?"

"Kami suami isteri nak belajar mengaji, Alhamdulillah, terima kasih kerana Bantu dapatkan ustaz untuk kami".

Allah sahaja tahu, apa yang saya rasa bila dapat membantu, ada klien yg menunggu lama sebab tak cukup tenaga pengajar, ada klien yang sanggup susunkan jadual khas semata-mata untuk mengaji atau kelas untuk anak² mereka.

Maka, siapalah saya, untuk tidak memenuhi permintaan mereka, saya tidak lebih hanya perantara memudahkan urusan² mereka. Usaha sehabis daya untuk membantu.Terima kasih untuk semua tutor @AkademiInfitahKuantan dan semua tutor @InspireKotaBaru. Semoga Allah merahmati usaha kalian membantu para klien. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik.

Terima kasih juga kepada semua klien yang memberi kepercayaan kepada kami. Kami berbesar hati dapat membantu, kami mohon maaf jika ada kekurangan dalam perkhidmatan kami.semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada sesi kelas yang telah,sedang dan akan berlangsung.

Terima kasih juga untuk team InfitahInspire yang sentiasa menyokong dan mendorong supaya sama-sama dapat memberi yang terbaik untuk klien.

Coretan rasa, 
Cik Nurul Nadia Naspu
Branch Manager/Sales Executive
Infitah Kuantan & Inspire Kota Bharu

‪#‎teaminfitah‬
‪#‎infitahKuantan‬
‪#‎inspireKotaBharu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...