Jumaat, 15 Ogos 2014

Jangan taksub dengan Cawan

Jangan taksub cawan hingga kopi tumpah
TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 11 Ogos 2014.
Aku bersama rakan alumniku yang dikira berjaya dalam kerjaya balik melawat ustaz kesayangan kita di universiti.

Ustaz Abu Khari menghampiri umur persaraan. Tingginya 52, seorang peramah dan terkenal dengan rendah dirinya.

Perbualan bersama Ustaz Abu Khari membawa balik kembali seribu satu nostalgia.

Di tengah-tengah, perbualan bertukar arus kepada rintihan mengenai tekanan di tempat kerja dan kehidupan. Kami semua, walaupun dikira berjaya, tetap menghadapi kesukaran mengerumudi tekanan kerja dan hidup seharian.

Waktu itu, Ustaz Abu Khari bangun dan ke dapur untuk menyediakan air kepada kami. Air kopi kesukaannya dibancuh di dalam satu teko dan pelbagai jenis cawan disediakan untuk kami – porselin, plastik, kaca, kristal, yang biasa, yang mahal, yang unik rekabentuknya – dan menyuruh kami untuk menghidangnya sendiri.

Kami semua mengambil giliran masing-masing untuk mengambil air kopi yang dihidangkan. Ada secawan terlebih.

“Jika anta semua perasaan, semua cawan yang elok dan mahal semua diambil, yang tinggal hanyalah cawan yang biasa. Adalah normal bagi anta semua nak yang terbaik untuk diri sendiri, tapi itulah juga punca kepada segala tekanan dan masalah anta semua.

Kita tahu cawan tidak akan mengenakkan lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada di situasi tertentu ia memendamkan apa yang kita minum.

Apa yang diperlukan anta semua ialah kopi, dan bukan cawan, tapi secara sedar, anta semua berebut untuk cawan yang terbaik, dan selepas itu, anta semua saling melihat cawan yang ada pada orang lain.

Sekarang, bayangkan kehidupan ialah kopi, kerja, duit dan pangkat di dunia sebagai cawan - mereka cumalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan. Tapi jenis cawan tidak akan mengubah, mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada. Kadangkala kerana cawan, kita lupa untuk menikmat kopi yang dibuat Allah ini. Ana tukang bancuh saja,” kata Ustaz Abu Khari.

Kami semua terpegun dan tersentak. Dengan seteko kopi, Ustaz Abu Khari menjawab segala persoalan di minda kami.

“Orang yang gembira dan bahagia tidak memiliki segalanya. Mereka cuma memanfaatkan apa yang ada,” tambah Ustaz Abu Khari lagi sebelum kami meminta izin untuk beredar.

Kami semua tersenyum.

Wahai anakku,
Dalam hidup ini, jangan taksub pada cawan sehingga tertumpah kopi. Jangan pula terlalu fokus pada kopi tapi terlupa ia perlukan cawan untuk diminum.

Hingga jari bertemu keyboard lg...jaga iman..jaga solat..

Salam Sayang
Lazuardy Violet

Rezeki itu Allah bagi

Habis je belajar, semua orang sibuk fikir nak kerja apa, cukup ke kalau gaji sikit je nak hidup.. gaji pertama nak beli macam-macam yang dulu simpan pendam je dalam hati nak beli... dalam kepala dah berkira-kira, dah berangan nak kerja di mana, lokasi kerja, skop kerja dan macam-macam...

tapi kita perlu sedar bahawa semua itu Allah dah tentukan,. tapi bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik dan cukup untuk keperluan kita... rezeki itu Allah yang bagi.. jangan sesekali pernah meletakkan sesuatu perkara yang kita perolehi itu sebab kejayaan kita dalam pelajaran, sebab kita ada bakat tertentu atau apa sahaja yang bersandarkan kepada diri kita. kerana yang menentukan semua itu adalah Allah.

tidak kiralah apa jawatan kita sekarang, tidak kira lah berapa gaji kita sekarang, dan tidak kiralah dimana kita bekerja, dekat dari keluarga mahupun jauh dari keluarga, semua itu ketentuan Allaa... tapi jangan pula kerana bergantung sepenuhnya dengan ketentuan Allah, kita sanggup gadaikan maruah agama, sanggup ketepikan keluarga sanggup bergelumang dosa.. pilihlah kerja yang dibenarkan dalam agama, yang bersesuaian dengan syariat. jangan terlalu memilih hingga menyebabkan pengangguran dan akhirnya membawa kepada masalah dan bebanan kepada orang lain terutamya keluarga..

yakinlah, Allah tidak zalim.. cepat atau lambat kita dapat bekerja, mahal atau murah gaji yang dibayar... semua itu tentunya ada hikmah, kerana Allah tahu apa yang kita perlu...

selamat berusaha untuk terus berjaya .. berjaya dunia, berjaya akhirat juga...


hingga jari bertemu keynord lagi,jaga diri, jaga solat, 

Salam Sayang,

Lazuardy Violet,

Khamis, 14 Ogos 2014

cerita hari ini

kadangkala kita tak perasan ada kata-kata kita yang menyebabkan orang sekeliling kita terasa. kadang-kadang kita rasa sesuatu perkara atau isu itu kecil tapi bagi sesetengah orang isu itu mungkin besar dan mengganggu emosi mereka.

maka berhati-hatilah kita dalam berkata-kata. Macam orang tua dulu-dulu kata, cakap siang pandang-pandang. cakap malam dengar-dengar. begitulah kita sepatutnya.. bukan sesuka hati sahaja nak bercakap macam-macam kan....

memang susah nak ubah diri jadi lebih baik.. mujahadah itu memang pahit sebab syurga itu manis.. maka marilah kita sama-sama usaha jaga percakapan kita... jaga pergaulan kita .. jaga akhlak dan perlaku kita.. bukan kerana kita nak menangkan hati manusia, tapi kerana kita nak dapatkan redha Allah.. redha Allah lebih utama.. bila Allah redha, semua makhluk yang lain akan juga redha.. tapi bila manusia dan makhluk sahaja yang redha belum tentu Allah juga redha....



hingga jari bertemu keybord lagi... jaga diri, jaga solat...

salam sayang ,

Lazuardy Violet

Selasa, 12 Ogos 2014

SITU - FYNN JAMAL


Jauh kau pergi beribu batu
Ku harap lancar perjalananmu
Jangan dilupa asal-usulmu

Cuba kau renung ke dalam mataku
Moga kau tembus pintu hatiku
Bukti cintaku ada di situ

Selama-lamanya
Walau dah terputus jalannya
Kau pergi
Ku di sini tetap ada ikut sama

Teguh kau pegang janjimu dulu
Di tanah orang tunduk selalu
Jangan dibuang budi ajarmu

Bila kau rindu hangat kasihku
Pejamkan saja harap bertemu
Jauh pun mana aku di situ

Selama-lamanya
Walau dah terputus jalannya
Kau pergi
Ku di sini tetap ada ikut sama

Ahad, 10 Ogos 2014

TAHU- FYNN JAMAL

Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi

Haruss
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetol-betolnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama


Sabtu, 9 Ogos 2014

multitasking girl

now working at HR department... not really a department lah...
 job's scopes... manage students fees record and report..
.mailing report and information...
closing daily fees report and cash flow(in and out)...
installing software for other staffs.... not only that... i need to "pasang" PC , printers and setup wireless connection for them...ermm...
have to prepare salary documents, pay slip and payment voucher,
sending outstanding fees report,
sending reminder via bulk sms service and
updating outsources info received vi email to PIC...

lalala... looks like kerja2 budak suruhan je kan.. indeed.. but i love doing these... entah lah.. tak rasa stress pun... kerja sambil nyanyi nyanyo... working while zikir.......best tau... environment kat tempat kerja sekarang menggalakkan satff buat ibadah ringan secara berjemaah.. dhuha, zikir dan lain2... masing2 memberi ingatan untuk sama2 buat..

cuma yang sedikit tak menarik bila kene tugasan yang kira-kira duit, kene keluar selesaikan urusan2 berkait dengan duit... yang tu memang kene buat dalam keadaan tenang jiwa dan hati... kene sabar dan sangat berhati-hati.....

selain tu... ade juga mengajar matematik dan English... banyak betul buat kan... ermm sebenarnya tak banyak pun... kadang-kadang masuk office duk diam-dia je.. baca buku... tak pun g jalan-jalan edar resit yuran pelajar..

apapun kerja.. kerja kerana Allah.. niatkan ibadah... semoga Allah redha...

hingga jari bertemu keyboard ...jaga diri, jaga ima, jaga solat

salam kasih sayang
LazuardyViolet

Jumaat, 8 Ogos 2014

aku dan mereka

kadangkala aku terfikir,
siapa aku dihati mereka,
siapa aku bagi mereka,
siapa aku dalam senarai kenalan mereka

teman? kawan? kekasih?
entah.. sendiri tidak mengerti...

dicari apabila memerlukan
dicari apbila dahaga
dicari apabila ketandusan

lalu aku ini apa sebenarnya
teman jiwa sunyi?
atau teman suka duka

bencikah aku kepada mereka?
tidak... tiada hak untuk membenci
cuma keliru letaknya diri

lalu aku putuskan
aku hanya mahu setia...
tidak lagi ada yang lain...

mereka dan manis kata-kata
mereka dan janji-janji mereka
mereka dan kemanjaan
mereka dan kekusutan jiwa...



biar mereka dengan jiwa mereka
aku dengan jiwa aku
biar mereka dengan janji mereka
aku dengan setia pada yang SATU
biar mereka dengan kemanjaan mereka
aku tetap keras jiwa dan rasa
biar mereka dengan kekusutan mereka,
kerana aku telah puas berbicara

doaku.. agar mereka diberi hidayah
doaku agar mereka ditemani bidadari yang mereka harapkan
doaku agar mereka kembali setia,
setia pada yang SATU
setia pada pencipta

Semoga mereka faham mengapa aku menjauh
semoga mereka faham kenapa aku bisu
semoga mereka melepaskan aku hidup bebas dalam hidupku....


syawal 10,1436H
Lazuardy Violet

Khamis, 7 Ogos 2014

bila hati sudah sayang

semoga sahabat semua dalam keadaan sihat dan tenang jiwa... untuk kali ini cerita tentang hati sikit... ermm sikit ke? panjang juga kot...

bila hati sudah sayang... susah juga kan... yang baik nampak sangat baik.. yang buruk pun nampak baik.. yang salah dipejamkan mata.. yang betul dipuji-puja sangat.... masalah juga begitu...

sepatutnya bila hati sudah sayang, yang salah diberi teguran untuk dibetulkan... yang baik di beri peringatan dan galakan supaya istiqamah dengan kebaikan... jadilah seperti saidina Umar al-Khattab... beliau tidak menyatakan kepalsuan... yang baik beliau benarkan, yang batil tetap salah....

sayang macam mana pun kita pada seseorang, perlu kita tahu sayang itu bukan bermakna mengiakan segala perbuatan dan membenarkan segala kesalahan..bukan... jangan jadi dayus.. dan jangan pula terlalu mengongkong.. berkasih sayang lah dengan hikmah dan bijaksana....

kenapa ye isu ini yang disebut kali ini?
sebab banyak kali .. banyak sangat tengok dan baca adik-adik yang muda mudi ini yang sedang sibuk berkasih sayang ni seolah-olah tidak melihat dunia realiti. mereka seperti dipukau dengan pasangan masing-masing.. seolah-olah dipukau rasa sayang yang baru bercambah itu... yang betul hanyalah pasangan mereka... dah tak pandang dah mak ayah adik beradik yang lain.... nasihat orang lain tak nak dengar apetah lagi nak ikut....

perlu diingatkan.. kasih sayang yang paling utama adalah rasa kasih kepada Allah dan rasulNya.. rasa kasih untuk keluarga.. rasa kasih dan cinta pada agama... dalam apa juga keadaan letaklah kasih sayang dan rasa cinta kita pada Allah dan rasulNya dahulu... buatlah apa yang Alah dan rasulnya suruh... InsyaAllah, nanti Allah akan datangkan seseorang untuk jaga kita.. seseorang yang rasa cintanya tiada berbelah bagi dan rasa cintanya membawa kita ke syurga...

maka.. pilihlah untuk mujahadah walaupun ia sangat pahit dan sukar... memang sukar pun .. kerana syurga itu hanya buat orang-orang yang berjaya dalam mujahadah.... :) bukan tak boleh bercinta... bercintalah dan berkasih sayang lah kerana Allah... tapi jagalah batasan pergaulan... jagalah batasan tutur kata dan jagalah diri kita.... Islam itu sangat indah dengan adab dan tatacara... maka kenapa kita nak susahkan diri dengan perkara-perkara jelik....


hingga jari bertemu keybord lagi...jaga diri, jaga iman, jaga solat

salam kasih sayang
LazuardyViolet

Rabu, 6 Ogos 2014

boikot

boikot... boikot.. boikot.. tidak membeli, tidak menggunakan... tp perlu diketahui apa tujuan kita memboikot sesuatu atau seseorang... secara umumnya tujuan memboikot.. or memulaukan ini adalah untuk menyebabkan kerugian atau memberi kesedaran kepada pihak atau produk yang diboikot .

isu memboikot produk keluaran israil dan syarikat2 yang menjadi sumber pendapatan kepada israel bukanlah isu baru... sejak 6-7 tahun dulu lagi... cuma isu ini menjadi sangat heboh dan sangat diwar2kan sebulan dua ini... tujuannya untuk menyekat kemaraan tentera zionis dan menjatuhkan ekonomi mereka..

namun sejauh mana urusan boikot memboikot ini akan berjalan .. dan berapa lama akan berterusan.. bagi kita masyarat Islam, mungkin kita ada iman untuk cekal memboikot dan berusaha mendapatkan alternatif product yang lain walaupun harganya sedikit lebih mahal berbanding produk yang menjana income kepada israel ni...

perlu diketahui... boikot produk bukan lah sebab produk tu haram je ... kalau benda halal ia tetap halal... tp boikot tu dibuat sebab kita tak nak jadi penyumbang dana kewangan kepada israel... maka jangan lah kerana nak boikot produk kita dengan ekstreamnye kata burger McD.. ayam KFC tu haram... kecuali lah yang jelas2 kita tahu mmg ada campuran bahan haram macam DNA babi dalam makanan itu macam kes cadbury hari tu....

seterusnya... buat anda perokok tegar.. inilah masa untuk anda berjihad ... jihad dengan diri sendiri yang mmg tak boleh kalau sehari tak merokok.... anda mesti dah tahu kan.. berapa banyak perokok menyumbang dana kepada israel? ke tak tahu? anda semua perokok2 ni menyumbang 80 bilion sehari kepada isreal... bukan lapan puluh sen tau... 80bilion...masih  nak jadi penyumbang tegarkah?

untuk isu harga produk melayu muslim or produk halal yang mahal... memanglah mahal sebab kos untuk pemprosesan bahan mengikut kualiti JAKIM yang betul2 telus dan menepati syarak dan dijamin kehalalannya mahal... bahan mentahnya juga dari sumber yang memang sohih halal dan memang mahal.. satu cara untuk turunkan kos tersebut ialah apabila kita muslim atau anda yang tidak muslim yang berminat dengan produk muslim dan halal ni membeli dalam kuantiti yang banyak dan berterusan...

apabila produk jual habis dan permintaan meningkat, maka kilang dapat membeli bahan mentah dengan kuantiti yang banyak dan tentunya harga pembelian dalam kiraan belian borong atau pukal... maka mereka dapat memberi nilai harga barang yang lebih murah kepada pelanggan... kalau pun harga mereka tidak diturunkan.. ketahuilah, barang yang berkuaiti memang harganya mahal kan... contoh mudah handbeg prada, louis vuton dan beberapa lagi jenama lain.... paling murah pun 100 lebih ..tp takde pula orang pertikai mahal kan.. siap boleh beli dua tiga beg... maka apalah sangat kalau harga mee keluaran bukan bumiputera harga 2.00 dan keluaran muslim harga 2.50.. beza lima puluh sen je...lagi pun .. peniaga muslim bayar zakat pendapatan dan perniagaan dan tentunya duit zakat itu mengalir kepada golongan asnaf zakat... secara tidak langsung kita menyumbang kepada perkembangan ekonomi Islam malaysia dan juga membantu golongan asnaf tersebut...

maka... yang mana lebih baik? beli dengan harga murah dari bukan bumiputera dan tidak dapat dijamin kehalalannya atau bayar dengan harga sedikit mahal untuk produk muslim yang dijamin kehalalannya...

bukalah minda kita... tepuk dada tanya iman... bukan ikut sedap tekak dan nafsu semata-mata....

k lah... panjang pulak ngomel... nanti kita sembang lagi tentang isu boikot memboikot ini...

hingga jari bertemu keyboard lagi... jaga diri, jaga iman, jaga solat......




Salam kasih sayang....
Lazuardyviolet




Isnin, 4 Ogos 2014

dadali...disaat aku sendiri

Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku

Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

Ooh jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

(rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku)

Ooh rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧡 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...