Rabu, 6 Ogos 2014

boikot

boikot... boikot.. boikot.. tidak membeli, tidak menggunakan... tp perlu diketahui apa tujuan kita memboikot sesuatu atau seseorang... secara umumnya tujuan memboikot.. or memulaukan ini adalah untuk menyebabkan kerugian atau memberi kesedaran kepada pihak atau produk yang diboikot .

isu memboikot produk keluaran israil dan syarikat2 yang menjadi sumber pendapatan kepada israel bukanlah isu baru... sejak 6-7 tahun dulu lagi... cuma isu ini menjadi sangat heboh dan sangat diwar2kan sebulan dua ini... tujuannya untuk menyekat kemaraan tentera zionis dan menjatuhkan ekonomi mereka..

namun sejauh mana urusan boikot memboikot ini akan berjalan .. dan berapa lama akan berterusan.. bagi kita masyarat Islam, mungkin kita ada iman untuk cekal memboikot dan berusaha mendapatkan alternatif product yang lain walaupun harganya sedikit lebih mahal berbanding produk yang menjana income kepada israel ni...

perlu diketahui... boikot produk bukan lah sebab produk tu haram je ... kalau benda halal ia tetap halal... tp boikot tu dibuat sebab kita tak nak jadi penyumbang dana kewangan kepada israel... maka jangan lah kerana nak boikot produk kita dengan ekstreamnye kata burger McD.. ayam KFC tu haram... kecuali lah yang jelas2 kita tahu mmg ada campuran bahan haram macam DNA babi dalam makanan itu macam kes cadbury hari tu....

seterusnya... buat anda perokok tegar.. inilah masa untuk anda berjihad ... jihad dengan diri sendiri yang mmg tak boleh kalau sehari tak merokok.... anda mesti dah tahu kan.. berapa banyak perokok menyumbang dana kepada israel? ke tak tahu? anda semua perokok2 ni menyumbang 80 bilion sehari kepada isreal... bukan lapan puluh sen tau... 80bilion...masih  nak jadi penyumbang tegarkah?

untuk isu harga produk melayu muslim or produk halal yang mahal... memanglah mahal sebab kos untuk pemprosesan bahan mengikut kualiti JAKIM yang betul2 telus dan menepati syarak dan dijamin kehalalannya mahal... bahan mentahnya juga dari sumber yang memang sohih halal dan memang mahal.. satu cara untuk turunkan kos tersebut ialah apabila kita muslim atau anda yang tidak muslim yang berminat dengan produk muslim dan halal ni membeli dalam kuantiti yang banyak dan berterusan...

apabila produk jual habis dan permintaan meningkat, maka kilang dapat membeli bahan mentah dengan kuantiti yang banyak dan tentunya harga pembelian dalam kiraan belian borong atau pukal... maka mereka dapat memberi nilai harga barang yang lebih murah kepada pelanggan... kalau pun harga mereka tidak diturunkan.. ketahuilah, barang yang berkuaiti memang harganya mahal kan... contoh mudah handbeg prada, louis vuton dan beberapa lagi jenama lain.... paling murah pun 100 lebih ..tp takde pula orang pertikai mahal kan.. siap boleh beli dua tiga beg... maka apalah sangat kalau harga mee keluaran bukan bumiputera harga 2.00 dan keluaran muslim harga 2.50.. beza lima puluh sen je...lagi pun .. peniaga muslim bayar zakat pendapatan dan perniagaan dan tentunya duit zakat itu mengalir kepada golongan asnaf zakat... secara tidak langsung kita menyumbang kepada perkembangan ekonomi Islam malaysia dan juga membantu golongan asnaf tersebut...

maka... yang mana lebih baik? beli dengan harga murah dari bukan bumiputera dan tidak dapat dijamin kehalalannya atau bayar dengan harga sedikit mahal untuk produk muslim yang dijamin kehalalannya...

bukalah minda kita... tepuk dada tanya iman... bukan ikut sedap tekak dan nafsu semata-mata....

k lah... panjang pulak ngomel... nanti kita sembang lagi tentang isu boikot memboikot ini...

hingga jari bertemu keyboard lagi... jaga diri, jaga iman, jaga solat......




Salam kasih sayang....
Lazuardyviolet




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...