Khamis, 11 Julai 2019

Pasca kelahiran

Alhamdulillah  dah habis pun fasa berpantang Irfan Hadi. Dan alhamdulillah juga berpantang kali ni lebih cergas dan sihat berbanding berpantang Rayyan Ardani dulu.

Pengalaman pertama tu mengajar kan. Apa yang boleh. Apa yang tak boleh sebenarnya bergantung pada badan sendiri. Lain orang lain kemampuan. Fulu masa pantang Dani. Sakit tumit x hilang2. Nak menapak sakit yang amat. N berat naik lepas 4 bulan. Tak tau mana silap. Makan ke. Excercise xbuat ke. Or stress. Huhuhu.

Untuk kali ni.sekarang berat dah turun. Alhamdulillah. Tapi belum capai berat ideal. Masih berusaha ke arah tu. Semoga dapat capai berat ideal tu cepat. N dapat kekalkan sampai bila2. InsyaAllah.

Ahad, 7 Julai 2019

Dan hujan yang turun itu membawa pergi kesedihan hatiku

Menggantikan sesak dan sebak dengan dingin seru titisan airnya

Merintik menitis
Basah pada tanah
Dan aku sedar.
Duka dan luka ini perlu.
Tapi perlu ku bangkit semula

Demi semua yang aku cinta

Anak

Anakku
Melihat kau di depan mata
Membesar dengan sempurna.
Ibu cuba segala usaha
Agar anak sentiasa selesa

Anakku
Walau susah derita berair mata
Ibu cuba tidak berduka
Kalaupun ibu sakit
Ibu mahu segera bangkit
Demimu duhai anak.

Anakku
Kelak dewasamu
Jadilah manusia yg punya jiwa
Rendah hati dan sentiasa cakna
Peka pada suasana
Sedia menghulur tenaga

Anakku
Semakin dewasa dirimu
Ibu doa kau sempurna
Sempurna iman dan amal
Sempurna budi dan akhlak
Sempurna tingkah dan perlakuan
Jadi imam buat ibu
Jadi imam buat ummah

Anakku
Kalau tiada ibu disisi
Ketahuilah ibu titipkan kamu padaNya
Tuhan yang sentiasa ada
Tuhan yang sentiasa melindungi
Tuhan yang sentiasa mengawasi
Jadilah dirimu permata pada hati
Jauhari pada jiwa
Pada yang melihatmu
Tenang dan lapang di dada.

Sungguh ibu sayang
Sunggu ibu kasih
Dan kerana itulah
Ibu mahu kamu menjadi anak ibu
Anak yang berbakti
Anak yang baik hati.

Kelak wahai anakku
Andai kamu diuji
Ibu doakan kamu anakku
Segera diberkati dan di naungi
Semoga Allah. Tuhan kita
Perkenan semua doa ibu buat kamu
Agar nanti kamu anakku
Mampu berdiri berdikari biarpun sendiri.

LazuardyViolet

Sabtu, 6 Julai 2019

Long time

Lamanya tak berblog. Alhamdulillah. Ada sedikit ruang untuk blogging semula. Semoga semua sihat dan sentiasa ceria.

Dah 3 tahun berkeluarga. Alhamdulillah. Ada 3 hero. Baba diorang. N dua anak lelaki. Korang? Apa cerita?

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...