Selasa, 22 Jun 2010

fakta2 yg kita tak wajib pun tahu...

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jikakesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali 


3. Bunyi yangdikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. 


4.Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune . 


5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak, 


6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.


7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
 

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan 


9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km 


10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi. 


11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 


12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita. 


13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan 


14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi. 


15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan
 
boleh memancutkan darah sejauh 9 meter. 

16.Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza. 


17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. 


18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu 


19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah 


20.Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri. 

benda yang tak BEST!!!

www.FunAndFunOnly.org

www.FunAndFunOnly.org

www.FunAndFunOnly.org

www.FunAndFunOnly.org

www.FunAndFunOnly.org
www.FunAndFunOnly.org



www.FunAndFunOnly.org




Rabu, 16 Jun 2010

pengurus yang bijak atau pegawai yang bodoh??

seorang pegawai ladang baru telah ditukarkan dari felda l ke felda 2.. pada hari pertama beliau melaporkan dirinya.. pengurus felda 2telah memberikan tugasan kepadanya... dengan yakin dia pun menyatakan bahawa tugasan tu akan sia dalam masa satu hari..

pengurus:"saya nak awk tanam 10 batang anak pokok kelapa sawit ni dalam 5 barisan, setiap barisan perlu    ada 4 batang anak pokok"

pegawai: "oh.. tak de masalah tu tuan.. sy boleh buat satu hari ja.."

tapi apabila kembali ke tempatnya.. pegawai tadi mengulang semula arahan yang diberikan dan mula menggaru kepalanya yang tak gatal.. kot celah mana lah nk tanam sepuluh pokok dalam 5 baris n setiap baris ada 4 batang pokok...

hahaha.. tu lah overconfident sangat td.. sekarang.. dia nk minta tolong kengkawan yang baca entry ni selesaikan masalah dia.. siapa dapat selesaikan ... nnt violet belanja korang makan aiskrim.. wahahahaha...selamat berfikir...

Ahad, 13 Jun 2010

cikgu dan pelajar


Pada suatu hari  di sebuah sekolah,seorang pelajar bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru kelas sedang mengajar mengenai kasih sayang

Pelajar: cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?macam mana juga kasih sayang tu nak berkekalan?

Cikgu: ok..kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang ,kamu berjalan di atas rumput,di hadapan kamu, kamu pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali. Kamu petik rumput yang paling cantik tu dan bawa balik ke kelas.

Apabila pelajar tadi kembali ke kelas.tiada sehelai rumput pun di tangannya. Lalu gurunya pun bertanya, “kenapa tiada rumput di pilih?”

Pelajar: tadi masa saya berjalan ,saya carilah rumput yang paling cantik,memang ada banyak yang cantik,tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik lagi tanpa menoleh lagi ke belakang.tapi sampai dihujung padang pun,saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin diantara yang di belakang saya tadi,ada rumput yang cantik.

Tapi cikgu dah cakap tak boleh toleh kebelakang lagi.. jadi  tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu:ya ,itulah jawapannya,maknanya apabila kita telah  berjumpa dengan seseorang yang kita sayang ,janganlah kita mencari yang lebih baik daripada itu.kita patut hargai orang yang ada dihadapan kita sebaik-baiknya janganlah kita menoleh lagi ke belakang kerana yang berlaku tetap dah berlaku.semoga yang berlalu tak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput td…

-----------------------------------------the end--------------------------------------------

p/s violet setuju juga dengan cerita ni.. tapi sifat manusia kan suka kepada sesuatu yang terbaik.. tak pernah reti nak bersyukur dengan apa yang ada.. huhuu..bukan semua.. tapi sebahagian besar manusi bersifat begitu… violet? Mungkin ya.. mungkin juga tidak.. korang? Tepuk dada Tanya iman eh….

Jumaat, 11 Jun 2010

salam buat kekasih..

salam buat semua.. violet lately selalu teringatkan dia.. sangat2. kadang2 violet rasa sedih sangat bila teringat perkara2 yang pernah violet dan dia buat sama2.. dia antara yang baik ..sangat baik pada violet.. cuma jodoh kami tak panjang.. violet suka lagu salam buat kekasih ni.. violet rasa lagu ni kene pada diri violet sendiri...bukan niat nak sakitkan hati sesiapa dan bukan niat nak bangkitkan kemarahan atau menambahkan kebencian pada sesiapa.. lagu ni cuma salah satu cara violet pujuk hati violet sendiri... bukan mudah nak lupa orang yang pernah buat baik pada kita.. dalam doa2 violet.. violet minta Allah gantikan seorang bidadari yang lebih baik untuk dia..dan Allah kuatkan hati violet untuk menghargai apa yang violet ada sekarang.. terima kasih Ya Allah.. sesungguhnya rahmatMu terlalu banyak hingga tak terhitung untuk aku kenangkan..ntuk dia.. maafkan aku..maafkan aku..maafkan aku.. semoga hidup kamu lebih tenang tanpa aku...

Salam Untuk Kekasih -

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisih luka ini
Kekasih… sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Ahad, 6 Jun 2010

Lirik Lagu ST12 – KebesaranMu


Kau tempatku mengadu hati

memberi segala hidup

dunia dan seisinya milik-Mu

mencintai-Mu sejati

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

reff:

Allahu Akbar Maha Besar

memuja-Mu begitu indah

selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

repeat reff [3x]
kebesaran-Mu Tuhan

Jumaat, 4 Jun 2010

semuanya kerana Allah

salam buat semua yang aku sayang ..esp sahabat2 yang selalu bg sokongan dan selalu ada bersama tak kira susah dan senang...kali ni violet nak cerita pasal friendship.. cerita masa violet sekolah dulu... cerita masa kat matrik dan cerita masa kat u... semua yang violet jadikan kawan violet sayang kerana Allah.. violet cintakan sahabat2 violet kerana Allah dan violet membenci beberapa orang juga kerana Allah... violet tahu tak semua orang suka violet..tak semua orang selesa dengan violet.. tapi seboleh mungkin violet nak jadi kawan  yang baik kepada kawan2 violet.. nak jadi orang yang baik pada semua orang... sebab berkasih sayang tu tuntutan...berkasih sayang kerana Allah boleh dapat rahmat Allah masa hari perhitungan nanti.. maka itu lah..violet nak berkawan dengan ramai orang dan berkasih sayang dengan mereka kerana Allah..

Islam ini indah..apa sahaja yang dilakukan bila niatnya kerana Allah adalah ibadah.. dan setiap ibadah tentunya ada ganjaran pahala..maka...bila berkawan,berteman,bersahabat dan niatnya kerana Allah..maka ia akan jadi lebih indah dan membahagiakan disamping dapat pahala kerana menjalinkan silaturahim.. tapi kene ingat setiap perkara ada batas2nya..

dulu masa sek rendah..kawan2 violet ramai lelaki.. violet main..gaduh.. belajar dan selalu dengar cerita mereka.. violet berkawan dengan budak yang bermasalah.. violet berkawan dengan pelajar yang pandai.. violet belajar tentang susah hidup dengan kawan yang bermasalah..violet belajar nak jadi pandai dengan kawan yang pandai.. seronok berkawan dengan macam2 orang..macam2 boleh belajar.. tapi kawan yang baik akan menjadikan kita seorang yang baik juga.. dan kawan yang tak baik tu juga akan jadikan kita tak baik jika kita tak mampu nak kawal dan jaga diri kita.. sebaiknya bila kita berkawan dengan orang yang bermasalah.. kita mampu tolong kawan kita tu... kalau dia buat salah kita tegur.. kita tolong pulihkan.. bukan kita pulak yang jadi orang pertama nak hentam dia.. nak kutuk dia..

"dia seorang sangat aktif.. suka main.. suka mengusik kawan dan sangat suka muzik..kdg2 dia suka bercerita dan akulah yang akan jadi pendengarnya.. bukan hanya aku.. tapi ada lagi beberapa kawan lain yang sekepala dengan kami,..dari hal belajar..main.. hari sukan..gosip kawan dan ada sikit2 tentang family..semuanya dikongsi bersama...bila berkawan dengan lelaki ni.. ada banyaklah mulut2 orang yang duk mengata.. dan aku macam buat tak tahu ja apa orang kata.. yang penting aku tahu jaga diri...bila semakin besar. aku mula faham kenapa orang 2 ni sibuk sangat duk mengata.. dan aku pun dah belajar banyak tentang batas2 pergaulan.. maka aku tidak lagi berkawan dengan lelaki macam masa kecil2 dulu.. bukanlah tak berkawan langsung.. tapi boleh kira dengan jari ada berapa ja kawan lelaki yang aku betul2 baik dengan diorang.. boleh share story dan belajar sama2....masa dekat matrik.. aku kenal dengan beberapa orang muslimah yang sangat best.. mereka ni sanggup berkorban apa ja demi sahabat.. mereka ni selalu mengingatkan bila aku leka.. dan mereka ni lah juga orang2 yang selalu ada time aku sakit atau tak de duit nak makan....

pernah sekali time tu memang kebanyakan antara kami ni dah kering sangat da.. kami beli roti blueberry yang panjang tu.. share 10 orang... kadang2 beli nasi ayam sebungkus makan 4 orang.. masa tu rasa sangat ukhwah tu indah.. rasa sangat bahawa manisnya bersahabat kerana Allah.. dengan satu ikatan dan fikrah yang sama... kami tido sama2 stay up sama2... bangun qiam sama2 puasa dan berbuka sama2.. makan saling bersuap..(sesama perempuan ja ) ..soalat berjemaah dan bertadarus bersama2.. sangat best.. bila ada antara kami yang ada masalah... kami tak segan untuk bercerita.. atau megadu.. seperti tiada rahsia antara kami.. Allah hu akbar.. andaikan masa itu dapat diundur lagi.. aku ingin kembali kepada waktu itu.. bersama2 sahabat2 yang aku cintai ...

bila dah jejakkan kaki ke universiti...suasana dah berubah..macam2 yang aku tak dapat terima pada awalnya.. kejutan budaya.. hari2 menangis rindukan sahabat2 yang dulu.. alhamdulillah Allah temukan aku dengan kawan yang baik dan classmate yang juga baik.. aku mula belajar untuk terima suasana baru.. tapi bukanlah aku ikut apa yang salah.. sahabat2 di u juga banyak membantu.. alhamdulillah... aku bersyukur kerana Allah datangkan kawan2 yang baik kepadaku..."

bila semakin meningkat usia.. perasaan ingin disayangi dan dicinta mula mekar dalam diri... aku juga sama macam orang lain.. ada rasa nak disayangi dan menyayangi.. aku suka dia.. ya aku tewas dengan perasaan cinta pada manusia ini.. dan hari2 yang berlalu terasa indah.. tapi lama2 aku mula rasa hilang sesuatu.. aku rasa hilang rindu padaNya.. aku mula rasa hati ku kosong.. aku mula rasa jauh denganNya.. lalu aku.. kembali  menilai setiap yang telah berlaku kepadaku.. apa yang aku cari dan apa yang aku mahu... lalu aku tahu puncanya... dan akhirnya dia aku lepaskan dari rasa kasih dan sayang kerana sayangku padanya menjauhkan aku dari penciptaku... aku sayangkan dia.. sepenuh hati.. namun aku tak mahu menggantikan cinta dan sayangku pada Allah dengan cinta dia.. walaupun aku tahu dia sangat sayangkan aku.. tapi aku mengharapkan satu ikatan cinta yang lebih baik.. bukan hanya manis dengan ucapan2 dan bertanya khabar dan berkongsi cerita.. aku mahukan hubungan yang halal dan baik.. maka aku nyatakan padanya aku sayangkan dia tapi aku lebih sayangkan Allah dan aku takut jika sayangku padanya di dunia ini hanya akan menjadikan aku dan dia musuh diakhirat kelak.. dan aku takut sayang ku padanya hari ni akan menjadikan kami penghuni neraka ..nauzubillah..

mungkin ada yang akan kata aku ni tak moden terlalu ikut hukum.. lantaklah.... yang aku tahu hukum tetap hukum.. haram tetap haram.. yang tak baik tetap tak baik.. memang dalam dunia yang serba maju sekarang ni susah nak bermujahadah.. tapi inilah yang perlu dibuat.. sebab nabi saw sendiri pernah bersabda pada sahabat2 baginda bahawa ummat akhir zaman ni pahalanya lebih besar kerana ummat akhir zaman ini terlalu banyak cabaran.. hinggakan sahabat2 jeles.. lalu baginda jawab mereka... bahawa mereka yang beriman akan mendapat syurga... dan janji Allah itu pasti... akhirnya aku tinggalkan dia kerana Allah.. aku mendambakan sesuatu yang lebih baik daripada Allah...biarlah apa pun orang nak kata aku.. tapi aku yakin ini adalah yang terbaik untuk aku dan juga dia.. andai ada lagi jodohku dengannya.. maka aku harapkan kami ditemukan dalam suasana yang lebih baik....."

ketahuilah sahabatku  semua bahawa aku amat bersyukur kerana Allah hadiahkan aku dengan kamu... ketahuilah sahabatku semua.. aku berharap kamu akan hulurkan tanganmu jika suatu hari aku jatuh tersungkur dan kamu tariklah aku kembali kepada jalan yang benar jika satu hari aku tersasar jauh dari apa yang kita sama2 perjuangkan dan apa yang telah kita janjikan dulu.. nasihatilah aku dan janganlah sesekali kamu membenci aku jika aku  tersilap bicara atau tersalah tingkah... sesungguhnya aku ini manusia.. hamba Allah yang lemah... andai ada silapku maafkanlah...

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧡 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...