Ahad, 13 Jun 2010

cikgu dan pelajar


Pada suatu hari  di sebuah sekolah,seorang pelajar bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru kelas sedang mengajar mengenai kasih sayang

Pelajar: cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?macam mana juga kasih sayang tu nak berkekalan?

Cikgu: ok..kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang ,kamu berjalan di atas rumput,di hadapan kamu, kamu pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali. Kamu petik rumput yang paling cantik tu dan bawa balik ke kelas.

Apabila pelajar tadi kembali ke kelas.tiada sehelai rumput pun di tangannya. Lalu gurunya pun bertanya, “kenapa tiada rumput di pilih?”

Pelajar: tadi masa saya berjalan ,saya carilah rumput yang paling cantik,memang ada banyak yang cantik,tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik lagi tanpa menoleh lagi ke belakang.tapi sampai dihujung padang pun,saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin diantara yang di belakang saya tadi,ada rumput yang cantik.

Tapi cikgu dah cakap tak boleh toleh kebelakang lagi.. jadi  tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu:ya ,itulah jawapannya,maknanya apabila kita telah  berjumpa dengan seseorang yang kita sayang ,janganlah kita mencari yang lebih baik daripada itu.kita patut hargai orang yang ada dihadapan kita sebaik-baiknya janganlah kita menoleh lagi ke belakang kerana yang berlaku tetap dah berlaku.semoga yang berlalu tak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput td…

-----------------------------------------the end--------------------------------------------

p/s violet setuju juga dengan cerita ni.. tapi sifat manusia kan suka kepada sesuatu yang terbaik.. tak pernah reti nak bersyukur dengan apa yang ada.. huhuu..bukan semua.. tapi sebahagian besar manusi bersifat begitu… violet? Mungkin ya.. mungkin juga tidak.. korang? Tepuk dada Tanya iman eh….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...