Ahad, 30 September 2012

sakit itu penghapus dosa

mengiring serba tak kena..
telentang juga tetap sakit..
Allah, kenapa dengan aku...


mengeluh panjang bukan habit aku.. aku tak suka nak mengeluh.. kerana keluhan tidak meredakan rasa tak best, tapi makin buat mood jadi teruk.. makin sakit... pun begitu aku juga manusia biasa tetap juga kesakitan itu mencuit rasa.. 

pujuk hati.. takpe.. sakit tu penghapus dosa kecil.. sakit tu mengajar diri untuk lebih menghargai nikmat hidup sebelum ini... Allah kuatkan semangat aku..meminta dalam doa yang tak putus-putus.. mengharap pada yang Maha Satu.. kerana hanya dia yang tahu kesakitan ini dan Dia Maha penyembuh... 


Sabtu, 29 September 2012

HILANG

untuk ke sekian kalinya 
entah kali ke berapa
entah kenapa rasa ke"HILANG"an

apa yang hilang?
apa yang menghilang?
atau apakah ia sengaja dihilangkan?
atau apakah takdirnya begitu..
HILANG... dan rasa itu ..
buat aku makin keliru..

terus hidup seperti biasa,
terus melangkah seperti biasa..
tetap jua dia ku kenang
kerana apa?
kerana budi.. kerana rasa itu
kerana apa?
kerana kasih sayang...limpah ruah

tapi itu cerita dulu..
cerita yang terpaksa dihilangkan dari pandangan dan kenangan
cerita yang perlu dilupakan..
cerita sejuta rasa seribu makna...
andai aku mampu ..
andai aku mampu..
aku ingin bebas dari belenggu kenangan
aku ingin bebas dari mengenangkan..
aku ingin bebas dari tekanan dan bebanan

cerita sekarang,
cerita cita-cita dan perjuangan
cerita baru yang aku lakarkan
cerita baru yang penuh harapan...

aku harap tidak akan lagi ada yang HILANG
aku harap tidak ada lagi rasa yang perlu diHILANGkan
aku harap tidak ada lagi hati yang akan terpaksa mengenangkan aku dalam jiwanya
aku harap aku dapat berbakti dan tidak meninggalkan apa-apa kenangan buat sesiapa..

biar hadirku HILANG di bawa hembus angin
biar hadirku HILANG di bawa kitaran masa
biar rasa HILANG yang aku tanggung ini tidak mereka rasakan
biar rasa HILANG yang ku tanggung ini tidak mendatangi kehidupan mereka malah sesiapa..

hiduplah aku yang baru!!!..
sudah lelah berbekam rasa..
sudah mengah... sudah penat di cengkam duka ..
hiduplah aku yang baru..
biar HILANG semua yang telah berlaku dan biar berlalu
semua yang dulu...

hari ini.. akan jadi semalam..
dan esok yang datang akan jadi sekarang
akan aku mulakan untuk sesuatu yang aku harapkan
takkan hilang lagi... 

Jumaat, 28 September 2012

Have Faith In What We Do


Segugus anggur di pagi hari

Assalamualaikum .. semoga dirahmati Allah selalu... dah sarapan? mam ape? nasi lemak? ke roti canai? ke apa?  pagi ni violet breakfirst dengan segugus anggur.. waah.. dah macam org inggeris kan.. kekekeke.. sebenarnya violet malas nak masak... anggur tu dah siap basuh.. tinggal nak mam je.. serius sedap.. manis je.. Anggur ada khasiat yang banyak tau.. ada anti oksidan, ada nutrient yang boleh cegah penyakit jantung, kanser dan ostreoporosis. kismis- yang di  buat dari anggur yang di jemur merupakan pemanis neutral yang mengandungi vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Anggur juga baik untuk sistem penghadaman... sape2 yang ade masalah nak buang air tu boleh amalkan makan anggur..

untuk maklumat lanjut sila baca dekat sweetladybird dan  lovesihat... k, nak sambung mam anggur.. omnomnomnom....

meow.. sedapnye..
p/s - ni antry tengah sarapan....

sangat banyak kene membaca

sangat banyak kene baca... tapi semangat sangat takde.. Ya Allah.. berilah kekuatan untuk meneruskan perjuangan... Aku perlu berusaha lebih jitu... aku perlu lebih cekal ... 



Selasa, 25 September 2012

I am with you

I am with you 
even you are far away from me. 
But your love is in my heart.
I am with you. 
You are in my mind and heart 
and I will not forget you.
I miss you,
even when I am with you.
I am with you even you are far away from me. 
But your love is in my heart.
I am with you. 
You are in my mind and heart and 
I will not forget you.
I miss you, 
even when I am with you.
O’ my love, I need you. 
My eyes deserve you. 
If the whole universe is around me, 
I still need you.

silent mode

mesej dari dia..--- saya rasa kita jauh.. saya tak suka rasa macam ni. tak suka fikir bukan-bukan.----

rindu itu datang sendiri, bukan di buat-buat. rasa itu datang sendiri bukan di reka-reka.. rindu di mulut dan rindu di hati adalah berbeza... berbeza rasa berbeza deria.. mulut melafaz adakalanya tidak dari hati. sekadar melafaz mengisi relung rasa agar tertaut lebih kemas. tapi bila hati yang merasa, bila hati yang melafaz.. ia tidak menipu, ikhlas..

kadang2 manis rindu tu hilang bila selalu di lafaz setiap masa pada penerima yang bukan haknya... manis sayang itu hilang bila ungkapan sayang itu terluah pada penerima yang bukan haknya... 

sabarlah hati... kuatlah jiwa... andai dia untuk aku maka tidak ada yang akan memisahkan aku dan dia.. andai bukan takdirku bersamanya.. semoga aku tabah... Allah tahu apa yang lebih baik untuk aku ... untuk dia dan kisah kami...

Silent mode is activated - merajukkah aku??? tidak..hanya mahu melihat dan tahu siapa aku baginya...

Isnin, 24 September 2012

Layan arabic songs by Amr Diab

Aku rindu masa di unisza.. masa dengan kawan .. they teach me listen to arabic's songs...first macam tak zuk sangat la layan arabic songs sebab tak faham bahasanya sangat. tp bahasa arab kan bahasa quran.. somehow akan terlayan juga.. betullah bunyi gitar gendang ni buat feeling tu lain.. hehehehe.. antara yang di layan time tu lagu yang Amr Diab nyanyikan.. lirik memang jiwang habis... hehehehe korang boleh tgk translation lirik lagu2 amr diab kat sini. ni antara yang suka dengar dulu.. Tamalli Maak...


hari tanpa akses internet

sebab takde internet.. semua kerja tergendala.. blog tak update... nota tak leh download...=) sangat stress....

Jumaat, 21 September 2012

Dia dan lagu-lagunya

semalam... pulang dari aktiviti seharian..Anis kepenatan..tapi kerana tekanan emosi.. Anis keluar dengan kak rohaini... menapak ke PKNS... seronok betul jalan tepi tasik.. teringin nak naik kayak tapi takde kawan yang sudi meneman.. kak rohaini takut naik kayak sebab pernah terbalik. Anis tak, Anis dulu aktif kokurikulum, aktif dengan aktiviti lasak. Anis rindu nak masuk hutan, daki gunung jerai.. berkayak dilaut dan flying fox.. huh... tak padan dengan perempuan.. bukan suka aktivi perempuan.. suka yang lasak-lasak..

bagi Anis lasak tu cabaran yang akan buat kita rasa bersemangat untuk melakukannya.. lasak mengajar erti kental dan cekal.. kita takkan tahu kita mampu daki bukit hinggalah kita sampai puncak.. serius gunung jerai memberi inspirasi yang tak terhingga buat Anis.. pengalaman mendaki gunung jerai sampai melecet kaki... sampai hilang suara sebab sejuk sangat... rasa seluk tangan dalam air mendidih yang tak melecurkan .. sungguh.. Maka nikmat tuhan kamu yang mana kah yang kamu dustakan..Anis teringat Amar. Amar ke Tioman.. jeles Anis dengan Amar.. dapat tengok laut.. dapat scuba.. dapat bermain dengan ikan.. dapat mendengar bunyi ombak.. 

kata Amar, suatu masa nanti mereka akan ke sana... Anis senyum.. faham. terima Kasih Amar, terima kasih kerana memahami.. terima kasih kerana tidak memaksa.. 

semalam Amar meluah rasa... Amar selalu begitu..dia tidak pandai bicara terus.. dia selalu dengan lagu-lagunya... dia selalu dengan puisi dan madahnya... itu yang buat Anis tidak mengiakan apa yang di rasa.. Amar periang.. dia jarang serius dalam membicarakan sesuatu.. Amar dan kegilaanya.. dan semalam dia menyanyi.. meluahkan apa yang ada dijiwa.. mamai katanya... dan Anis tidak mudah untuk percaya... cukup menjadi pengubat jiwa seketika sahaja.. bukan tidak menerima apa yang di kata.. tapi berwaspada.. lidah tidak bertulang.. dan kata2 selalunya manis...

terima kasih Amar, biar begini sementara.. kerana kita masih punya cita-cita.. dan cinta.. nanti bila masanya sesuai.. cinta itu datang sendiri...

bila ku pandang kau
hati aku tenang
jiwa ku lapang
bahagia..

luka di jari

dah 3 hari luka dijari.. alhamdulillah semakin baik. betul la kata mak.. sapu minyakgamat sekejap je luka tu baik.. berkhasiat betul lah gamat tu kan.. nak tau rahsia gamat? meh baca kat sini.. kome maleh nak cerite.. kome pun nak try gak lah petua cik kak tu bgi.. kot2 jadi jelite lak lepas ni kan.. huhuhuhuh... sekarang pun dah jelita.. haih..(perasan")

ape pun... apa yang Allah cipta tu ade kelebihan masing2 yang kita belum habis teroka untuk tahu.. maka jangan sombing kalau dah ade degree.. ilmu Allah tu luas.. sekian...

lagi pasal gamat dan minyak gamatboleh baca dekat sini juga

Khamis, 20 September 2012

Hang out with roomate

disebabkan rasa tak seronok dengan satu benda.. tadi lepas kelas... keluar jap dengan roomate... sangat best la.. dia buat suasana ceria ja... thanks akak... next time lepak sama-sama lagi ke...:)

Selasa, 18 September 2012

semalam yang sekejap

"Amar, boleh keluar sekejap tak... ? nak jumpa sekejap boleh?"
Anis sangat teruja. masa yang ada sekejap ni nak jumpa Amar, dah lama tak jumpa Amar.
"Boleh, jumpa kat tempat biasa k."
"ok.. tapi Anis ada masa sekejap je..."
"Takpe nis, bukan selalu dapat jumpa kan... jumpa nanti"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

perbualan petang itu terisi dengan macam-macam cerita, hal pelajaran, kerja, keluarga , soal hati dan juga perasaan. Anis selesa dengan Amar, dia tidak pernah mendesak Anis, malah tidak mengawal hidup Anis. Dia hanya selalu memberi ingatan agar selalu beringat. jangan sakiti hati sesiapa. jaga dia baik-baik dan belajr sungguh-sungguh. itulah Amar. Amar juga pesan jangan samakan sesiapa yang Anis suka dengan Asraf. jangan sekali-kali mencari pengganti Asraf yang sama macam Asraf kerana itu tidak mungkin. terima apa adanya sesiapa pun yang nanti akan ganti tempat Asraf. jika Amar mengganti,, terima Amar seadanya Amar bukan membandingkan Amar dengan Asraf. 

Anis tahu tak sewajarnya dia membandingkan sesiapapun dengan Asraf, ya Asraf memang lelaki yang paling memahami Anis, tapi Asraf bukan untuk Anis. dan Anis telah melepaskan Asraf pergi maka Anis perlu buang segala kenangan yang ada agar hidupnya lebih tenang...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Fakar nak call... Anis jadi pelik kenapa nak call.. nak cakap apa lagi .. kenapa mesti ungkit lagi cerita lama.. kenapa? Anis penat dengan benda-benda mendesak macam ni. jodoh maut ajal pertemuan dan perpisahan itu bukan  suka-suka berlaku. 

"berhenti berharap Fakar. teruskan hidup kau dengan kerja dan kehidupan baru. jangan fikir aku ... jangan tunggu aku untuk peluang kedua, takkan ada lagi ruang untuk kedua kali selepas yang berlaku dulu" 
"maafkan aku Fakar, aku tak mampu membuka hati untuk terima kau menggantikan Asraf....maafkan aku.. cukup lah sebagai kawan. itu pun bila rasa di hati kau untuk aku tiada. maafkan aku. ini memang kejam. tapi tuduhan kau dulu lebih kejam, cara kau dan cara aku tak sama dan aku bukan yang terbaik untuk orang sebaik kau.." Anis tidak ungkapkan ini pada Fakar, itu hanya terluah di hati...

"Ya Allah kuatkan hati aku, hati Fakar. Gantikan aku dengan yang lebih baik untuk Fakar... jangan biarkan dia terus menanti sesuatu yang tak pasti..."

Rabu, 12 September 2012

Adam dan Hawa OST

Lagu Muara Hati nyanyian duet di antara Hafiz AF dan Dato Siti Nurhaliza merupakan salah satu lagu yang menghiasi dalam babak drama Adam & Hawa yang mula ditayangkan pada 27 Ogos 2012 jam 10 malam di saluran Astro Mustika HD (134) setiap Isnin hingga Khamis. korang yang takde astro boleh layan cerita ni dekat sini. ada macam2 cerita kat situ.. selamat layan.. aku suka tengok nie sebab dah pernah baca novel nya..story drama dengan novel macam sama.sebab tu suka.. hehehehe


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..


credit to enciknakal for the lyric n admya for the photo

Blog update

Pagi semua.. hahaha pagi lah sangat kan.. kekekekeke... Assalamualaikum.. semoga korang sihat.. korang tu macam ramai je readers blog ni kan.. huhuhuhu.. tak kisah lah. blog ni public bukan private and invited readers je boleh baca.. sesapa rasa nak singgah dan nak baca sila kan.. 

Since last monday hari2 update.. ngeee .. sebenarnya mengisi masa lapang yang ada masa bekerja dekat Ezy Resources ni..internet access almost 14 hours maka dengan bahagianya mengupdate blog. most entry pasal life aku.. and a created continuous novel. hahaha novel ke? some sort of novel lah kot..

tapi esok dah start kuliah.. kelas aku khamis, jumaat dan sabtu. best kan.. 3 hari je kelas. lepas tu sibuk buat assgment and thesis.. huhuhu. selamat menyibukkan diri ye cik violet, selamat kembali belajar. selamat berusaha dengan cekal untuk dapat 4 flat.. selamat berusaha. chayok...

Selasa, 11 September 2012

Bila rindu

kesibukan Anis dengan kehidupan pelajar.. dan Amar dengan tugasan kerjanya sendiri menyebabkan mereka tidak punya masa selalu berhuhbung.. ada kesempatan sekali sekala pun tak sempat bercerita panjang. masing-masing perlu rehat yang cukup untuk kelangsungan hidup mereka.. jika masa rehat yang sedikit diisi dengan perbualan yang panjang hingga habis masa rehat itu maka, binasalah. itu yang mereka faham. dan itu yang mereka sematkan agar tidak ada yang sakit dan rasa disakiti. keterbukaan itu perlu. Jarak ini yang memisahkan, masa dan juga komitment masing-masing. mereka faham itu dan rindu  itu dingin, sedingin salju..

"Allah jangan lemahkan aku dengan kerinduan ini" rintih Anis. moga tuhan dengar dan makbulkan permintaannya.semoga.

jangan jaga aku sangat

Anis rimas dengan cara Hafiz, kadang2 Hafiz terlebih ambil berat. Anis pun tak faham kenapa. kenapa nak ambil tahu sangat apa yang dia buat sedangkan Amar pun tak macam tu. Hafiz memang baik tapi Anis da anggap Hafiz macam adik ja.. tak lebih dari tu. sekarang bukan sahaja Hafiz yang selalu tanya khabar. Abang Hamka juga.. kadang2 Anis jadi rimas.. entah apa lah yang Anis dah buat sampai mereka suka sangat nak ambil tahu pasal Anis..puas Anis fikir apa yang dia harus buat untuk buat mereka faham bahawa dia tidak perlu diberi perhatian banyak sangat... cukuplah apa adanya. tak kurang dari itu bos tempat anis kerja juga baik dengan anis. sangat menjaga Anis, kadang2 Anis rimas.. tapi Anis tetap bersyukur berada di dalam orang yang menjaga dan mengambil tahu tentangnya..

bila rimas macam ni, Amar lah yang akan jadi tempat Anis mengadu. kadang2 Kak Rohaini juga selalu jadi teman setia mendengar luahan rasa Anis.. tapi Anis bukanlah jenis yang suka bercerita. Banyak perkara dipendamkan dan dibiarkan terhapus dengan tangis dalam doanya sehari-hari. Anis tahu hanya Allah tempat mengadu yang paling baik. dan Hanya Allah tempat dia memohon pertolongan. kadang kala ibu juga selalu mengadu masalah adik-adik pada Anis. kesian ibu, Anis jauh nak meneman ibu. tapi seboleh mungkin tak menyusahkan ibu apa lagi dengan masalah2 yang menimpanya. cukuplah ibu penat dengan kerenah adik-adik. Anis rasa dia masih mampu untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. cuma bila kesedihan itu terlalu mengguris, Anis terpaksa minta nasihat ibu, dan kata-kata ibu itu macam sakti, selalu menyejukkan jiwa. 

"oh Allah bantulah aku, tunjukkan aku jalan hikmah untuk merungkai kekusutan di hati mereka agar mereka faham ..agar mereka tidak mendatangi aku dengan cara begini" "jangan jaga aku sangat... aku tahu jaga diriku sendiri.." jeritan itu hanya terluah di hati Anis...

hari yang cekal

perjalanan dari shah alam ke ampang, ampang ke shah alam. tujuan nak gi kedutaan mesir. serius sangat cekal rasanya hari tu. pagi2 dah ambik komuter ke KL Central sorang2... dan tukar naik LRT ke Masjid Jamek dan tukar laluan ke Ampang.. kos perjalanan shah alam ke KL central  RM2.50 dan dr KL central ke Ampang 4.10.. so total gi  balik ialah RM13.40.. then dari LRT Ampang ke kedutaan Mesir  dengan teksi RM 15. total RM28.40. Dah sama dengan harga tiket bas Shah Alam ke Kuantan sampai ke rumah... huhuhu.. dan perjalan g balik hari tu hampir 4 jam.. naik bas ke kuantan memang dah sampai rumah dah tu... 

buat apa gi ampang.. hehhe, tujuannya gi ambik passport dan ic untuk adik yang akan terbang ke bumi ambiya' Mesir 16 September nanti... sampai dekat kedutaan, que memang panjang dan semuanya lelaki... dalam hati terdetik, Ya Allah kuatkan semangat aku... siapa tak takut bila ramai2 macam tu aku sorang je perempuan.. hampir setengah jam sampai juga turn aku. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. untuk urusan mendapatkan visa ke mesir korang perlu bawa salinan passport, gambar ukuran passport, passport asal dan wang tunai RM67. then kene isi borang.. pastu hantar semua2 yang diperlukan tu.. proses siap dalam seminggu dari tarikh korang hantar borang yang siap diisi dengan keperluan td tu...

tapi memang kene que panjang. heheheh mohon bersabar sbb ada satu je kaunter yang buka.apa pun perjalanan hari itu menjadikan aku tahu bahawa kebergantungan diri dengan Allah itu sangat perlu. Allah yang jaga aku sepanjang perjalanan dan segala urusan pada hari itu di mudahkan. Alhamdulillah. aku tahu, aku mampu untuk lakukannya dan berdikari.. walaupun tersalah naik train.. hahahah.. lupa mana satu train ke masjid jamek... dan pening nak naik lrt mana dari Ampang.. padahal memang jelas ada satu tu je lrt dari ampang ke masjid jamek.. bila ingat2 semula, kelakar pun ada.. tapi allah bagi mulut untuk tanya, mata untuk baca sign bord. Alhamdulillah, aku dah manfaatkan nikmat yang Allah bagi tu.. Alhamdulillah aku selamat sampai rumah.. 

doakan perjalan balik kuantan hari sabtu ini juga di mudahkan dan perjalan dari kuantan ke KLIA esoknya juga di mudahkan.. InsyaAllah..:)

Isnin, 10 September 2012

Gila kopi --- new favorite drinks

lately, sangat suka kopi.. KOPI k, bukan nescefe tau.. dont know la y.. sangat menikmati kopi.... hehehehe .. dan untuk pengetahuan korang.. kopi ada kebaikan nya tersendiri tau.. dulu2 tok suke minum kopi kate tok, kopi buat mata jadi cerah.. ye ke??? hehehe itu hanya tok dan peminum kopi je yang percaya..

now, aku suka kopi o ice.. yang pekat, manis dan sejuk.. serius sangat sedap.. nikmat.. nak tau kelebihan kopi...? baca la kat sini.. dan sini.. hehehe.. entry ni di taip ketika sedang menikmati kopi o ais yang dingin lagi sedap itu.. sila jangan jeles..:)


Aku, kau dia

ada dua lagu yang violet duk layan now.. lirik dia ada makna yang related dengan violet now.. nak tau? dengar k...lirik korang boleh ambik kat sini

dejavu
Aku, kau dan dia

pertemuan yang diaturkan

Allah itu Maha Pemurah dan Allah tahu apa yang terbaik unytuk hambanya.. cuti semester berlalu dengan baik. dirumah bersama keluarga memberikan Anis kekuatan yang luar biasa. Anis mengambil masa berhari-hari untuk menerangkan kepada bonda tentang Asraf dan dia dan siapa Fakar seperti yang ditanya ibu. kata ibu tak perlu sedih2 pun. kata ibu Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk Anis.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dia untuk siapa?

Sebulan sebelum puasa 

-"Amar, Amar kat kelantan lagi?, apa khabar? sihat? " soal Anis memulakan perbualan telefon.
+"Sihat, aah, kat kelantan lagi, eam. dah nak habis dah ."
-"Amar masih dengan yang dulu?" ingin tahu.
+"tak dah.. dia tak jujur"
-"owhh.. bila nak balik kuantan?"
+"habis exam nanti balik la, kenapa sedih ja nie? Anis ok?"
-"hurmm.. tak ok, dia dah tak nak Anis"
+"kenapa macam ni? Anis buat apa sampai jadi macam ni?"
-"jodoh tak panjang Amar. tak pelah... cuma Anis nak cakap sesuatu."
+"apa?"
-"selepas ni, kalau Anis cakap benda2 berkaitan dengan kita, Anis betul2 maksudkan dan Anis harap Amar faham dan terima seadanya"
+"jangan buat keputusan melulu Anis, fikir, istikharah dulu. jangan buat keputusan nak lari dari masalah. jangan, nanti makan diri" pesan Amar tegas.
-"Anis tak larat dah Amar," separuh menangis."Anis sayang dia, Anis bagi hati Anis, tapi akhirnya macam ni. kenapa? salah Anis ke kalau Anis nak berdikari, nak bebas sementara belum jadi hak milik sesiapa?"
+"Hurmm, salah tu tak lah, tapi Anis dah pilih dia, sepatutnya Anis hormat dia, Anis jaga hubungan Anis dengan dia, bukan curang."
-"Amar, Anis berkawan, Anis tak menduakan sesiapa..Dia juga berkawan dan Anis tak halang pun. Anis tak salahkan dia pun.. Anis faham kenapa dia buat keputusan macam tu. cuma Anis rasa kosong sangat ...Anis rasa apa yang Anis jaga selama ni sia-sia"
+"Sabar, ujian bukan untuk lemahkan kita, tp ujian untuk kuatkan kita Anis. Anis kan ada ramai kan, ada Amar, dah tak mau sedih-sedih k"
-"Amar, jangan buat macam dia buat Anis eyh. janji"
+"ok, tapi Amar tak nak Anis lemah macam ni. hidup kita panjang lagi Anis. jangan sia-siakan sebab dia"
-"thanks Amar,"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

sebulan berlalu, hari ini 18 ogos 2012, Amar datang menerangi hidup dengan caranya sendiri, dia tidak memanjakan, tidak mengiayakan, dia, malah dengan selambanya menegur, memberi semangat dan dengan sesuka hati dia datang dan pergi. baginya Anis boleh hadapi semua itu dengan tabah. baginya Anis bukan seperti yang lain yang perlu di beri perhatian sentiasa. Amar tahu Anis bagaimana dan mereka berjanji untuk tidak mengongkong dan saling bertolak ansur.. pada mereka, jodoh maut ajal pertemuan itu ditangan tuhan.

Dia untuk siapa? Dia untuk Anis??? Anis untuk dia?

Biar waktu dan masa yang tentukan.

Ahad, 9 September 2012

kekosongan itu terisi 2

sedang mengemas buku-buku di rak, ada mesej masuk. Anis capai Blackberry nya. Fakar

"Anis, buat apa?"
"Mengemas..")"
"Anis ok?"
"Dia dah tak de awak, sy rasa kosong"
"Saya ada, beri saya peluang untuk isi kekosongan tu"
"Saya tak bersedia, maaf"

Anis tak nak Fakar simpati sahaja padanya.. bagi Anis, cukuplah sekadar berkawan dahulu. Namun dia  tidak menolak takdir andai Fakar ditakdirkan untuk dia. cuma sekarang Anis mahu lebih matang membuat keputusan. tidak terburu-buru. pengalamannya dengan Asraf membuatkan dia lebih berhati-hati. Anis tahu Fakar sangat baik padanya. Fakar banyak membantu semasa keberadaannya di kampus. Terima kasih Fakar. Anis tak nak kehilangan kawan sebaik Fakar, maaf Anis tak bersedia untuk gantikan tempat Asraf dengan sesiapa pun.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sejak dari tahu keadaan Anis, Fakar selalu bertanya khabar, hati mana tidak tersentuh bila ada orang yang selalu ambil tahu. Anis rasakan tidak adil baginya jika dia tidak memka peluang untuk lelaki benama Fakar. dan cuti semester menjadi masa untuk anis dan Fakar menilai adakah mereka sepatutnya mengubah hubungan kawan itu kepada sesuatu..dan kisah baru pun bermula...

Namun bukan mudah untuk memberi hati kepada orang bilamana hati masih pada yang lama. dugaan sangat banyak. Anis kuatkan hati untuk terus sabar demi sebuah kehidupan yang baru di bina. masih juga sibuk dengan tugasan sama seperti sebelumnya, memang tak banyak masa juga sama seperti sebelumnya untuk diluangkan kepada Fakar. jika kebetulan ada di Fakulti dan berpeluang jumpa, itulah sahaja masa. selebihnya dengan Yahoo messenger, itu pun tak la kerap. Anis bersyukur kerana Fakar faham kesibukannya walaupun rasa rindu itu bertandang juga..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tapi ada banyak soalan yang Anis selalu tak dapat jawapan, Anis rasa Fakar seolah-olah merahsiakan banyak perkara tentang keluarganya. Anis tak tahu apa yang Fakar suka, Anis tak tahu banyak sangat perkara tentang Fakar, dan Anis tak dapat merasakan keselesaaan untuk berkongsi lebih banyak cerita dengan Fakar seperti mana Anis dengan Asraf dulu. Anis tidak sepatutnya membandingkan mereka berdua, memang takkan sama. cara Asraf dengan Fakar memang tak sama langsung. Anis cuba utuk faham fakar tapi makin lama makin rasa tak selesa. Fakar adakalanya cemburu tak tentu. Fakar adakalanya tak faham Anis. Fakar adakalanya tak sabar dengan kedegilan Anis. 

Anis bukanlah perempuan yang bila bercinta mesti selalu berhubung, mesti hari-hari call, mesti 24 jam lapor diri. tidak  Anis bukan jenis macam tu. Anis suka bebas, Anis suka dihargai dengan cara menghormati kehidupan masing-masing tp dalam masa yang sama Anis mahu orang yang sayangkannya menjaga, menegur dan menasihatinya, seperti yang Asraf buat. Bukan lelaki yang tidak pernah membantah apa jua kehendak Anis. Anis tak nak bercinta dalam keadaan dia harus berlakon jadi seorang yang sangat sempurna dan baik. kerana jiwanya tidak begitu.

kekosongan tempat Asraf diganti, memang Anis bahagia sekejap. tapi Anis mula rimas bila isu-isu kecil menjadi satu perkara yang besar dan menyebabkan rasa dingin yang lebih menyakitkan berbanding ditinggalkan Asraf. Anis terkesan dengan tindakan terburu-buru Fakar bila menentukan sesuatu keputusan dan tindakan. Anis sangat kesal. Anis cuba perbaiki hubungan mereka.. Fakar juga berusaha sedaya mungkin untuk pertahankan hubungan itu. tapi nyata ada kesilapan besar yang berlaku menyebabkan hati Anis tawar untuk kembali senyum dengan kehidupan. Anis melepaskan Fakar pergi dengan hati yang sangat terguris dengan apa yang terjadi.Dia tidak salahkan Fakar atas tindakan Fakar, dia langsung tidak membenci Fakar. Tapi Anis tak mungkin terima semula Fakar. cukup setakat kawan biasa. memadailah sebagai kawan. Anis kembali suram dan diam.. hanya sesekali dia senyum, bila dia tahu dia perlu bangun untuk teruskan hidupnya.

Kekosongan itu terisi

kekosongan itu memuncak rasanya bila siang terasa malam dan malam terasa siang.. makan seperti tidak makan , tdo termimpi.. sujud dan doa sentiasa berlinang air mata. hanya tuhan yang tahu resah sedih duka dan luka saat itu.. dua bulan berlalu...hidup dengan jiwa yang sakit.. tiada rasa.. fokus pada pengajian terganggu.. ape lagi pada diri sendi.. sakit..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

tak mampu nak terus macam ni, Anis cuba bangkit.. setiap hari dia cuba hapuskan satu demi satu rasa kasih dan sayang yang ada untuk Asraf. Anis tahu itu tidak mungkin.Bukan senang untuk dia lupakan lelaki itu. Bukan senang. hari itu Anis, menyiapkan tugasannya seperti biasa. biasanya setiap kali buat tugasan sambil online. Yahoo messenger dan skype memang selalu on.

buzz..
"Ade orang tak" . tegur Abang Amin.
Anis senyum kelat, tangan nye pantas menaip di keyboard..

"Abang Amin, Asraf dah takde... Asraf nak Anis dengan dia jadi kawan je"
"kenapa macam tu?, korang bergaduh ke?". soalan yang tak tahu bagaimana nak dijawab.
"tak, tak bergaduh pun. Asraf nak macam tu"
"kenapa buat keputusan terburu-buru macam tu"
"jodoh tak panjang ,mungkin"
"cube cerita kenapa"

sesi luahan itu berakhir dengan.." Anisa sabar k, jangan lemah macam ni. Hidup Anis masih jauh, masih banyak yang perlu Anis buat" pesan Abang Amin.

"Ye, Anis sedang cuba untuk kuat, terima kasih Abang" .. dan senyum kelat tadi bertukar senyuman lapang.. lega sekejap dapat bercerita dengan abangnya. walaupun bukan abang kandung. tapi Abang Amin da macam abang sendiri.. Abang Amin selalu memberi nasihat dan mendorong semangat.

Terima Kasih Allah, kau datang kan orang yang dapat mendengar dan membantu..

Sabtu, 8 September 2012

Hyper_Act

Bicara mimpi itu,
Mengheret ku ke dasar,
Gelap tangannya menggapai tangan ku.
Dan munculnya dirimu,
Dipinggir laman itu,
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo..

Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..

Dan angin kan memanggil,
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji,
Mungkin seketika,
Ku merasa cintanya,
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini,
Tak bererti dan bersemi,
Tiada indah tanpamu disini.
Dan ku jejaki,
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo..

Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya.

Hyper


rindu semakin jauh

beberapa bulan berlalu, terakhir kali bertemu Asraf sebulan dulu semasa karnival IKS di PWTC, pertemuan yang tak dirancang.. perjalan pagi itu terasa longlai. Anis ke PWTC dengan komuter. dia ditemani Fakar. Anis sendiri tidak tahu kenapa Fakar terlalu baik dengannya.. Anis sendiri tidak tahu mengapa dia rasa selesa Fakar menjadi kawannya.. mungkin kerana rindu yang jauh atau mungkin kerana Fakar yang kadang kala sangat baik hati ingin membantu.

Anis tidak pernah menganggap Fakar lebih dari kawan, malah Anis sendiri telah jelaskan bahawa dia tidak boleh mempunyai perasaan lebih dari kawan walaupun Anis suka Fakar.. Bagi Anis kasih sayangnya hanya untuk Asraf. Asraf yang dulu datang dalam hidupnya, Asraf lelaki yang pertama mengajar Anis erti cinta dan setia, Asraf , lelaki yang pertama berani menegur kesalahan Anis, Asraf yang berani menegah perbuatan Anis, Asraf lelaki pertama yang benar-benar mengajar Anis bahawa hidup ini tidak indah seperti yang diharapkan. Anis takkan biarkan apa yang Asraf berikan, kepercayaan dan sayang Asraf padanya hilang kerana sikapnya.. namun Anis juga tidak mampu melawan takdir.. sekuat mana pun Anis berusaha untuk setia dan menjaga hubungan yang ada, pastinya tidak akan mampu jija hanya dia yang berharap begitu..

mungkin salah Anis kerana akhir2 ini dia selalu soalkan hal pernikahan mereka pada Asraf.. Anis sebenarnya tak sanggup berjauhan dan tak sanggup lagi mengeluh kerana hanya mampu mendengar sahaja luahan masalah Asraf. Dia mahu ada bersama-sama Asraf bila Asraf susah, dia mahu membantu apa yang mampu. Tapi Asraf tidak pernah berikan peluang untuk membantu itu. Asraf manjakan Anis, Asraf jaga Anis sampai Anis tak pernah rasa susah sedikit pun selama mereka bersama. Asraf rasa Anis mendesak, mungkin.. tapi niat Anis bukan untuk menambah beban Asraf.. tidak.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Petang itu, Anis kepenatan... dia berbaring sebentar melepas lelah. badan mula terasa seram sejuk, nak demam barangkali, atau mungkin pre menstural syndrom(PMS), dia barkira2 hendak BBM Asraf, rindu. Hampir 2 minggu tidak berhubung langsung.. tiada panggilan telefon, ada BBM pun selang 2-3 hari, rindu.. " Abang, Anis rindu" detik hatinya... merenung skrin Blackberry, mengharapkan panggilan dari Asraf.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hampir terlelap,  dering telefon berbunyi membangunkan Anis, "Abang" , anis hampir menjerit, senyum terukir..
 " Abang, Assalamualaikum.."
"Anis. Waalaikumussalam, Anis buat apa? Anis sihat?"
"Anis ok, rindu.." dengan nada riang .
"ermm..Anis, abang nak cakap sesuatu... Anis dengar apa abang nak cakap dulu eyh"
"ok, abang nak cakap apa ye?" teruja nak tahu..
" Anis, abang minta maaf, abang rasa abang nak kita jadi kawan ja. Abang minta maaf, abang tak nak Anis tunggu abang. Abang tak nak buat Anis macam ni lama-lama"
"kenapa ni?, kenapa cakap macam ni? Abang marah Anis ke? Abang tak sayang Anis?"
"Abang sayang anis lah abang pilih untuk kita berkawan ja" perbualan mereka berlarutan dalam tangis.. Anis menangis bersungguh-sungguh..di sealik sana, Asraf juga begitu. Anis tahu itu satu keputusan yang sangat berat dan besar dalam hidup Asraf. Anis tahu Asraf telah fikir sebaik-baiknya. Anis tahu itu yang terbaik untuk merek masa ini. Anis rasa jiwanya kosong, remuk.. air mata mencurah tanpa mampu dihalang.. puas di seka, masih juga berjurai.. 

"Ya Allah kuatkan aku.." rintih Anis. Seminggu hanya berlalu bisu, mata mula nampak bengkak, rasa sebak, haru dan sedih bercampur.. 

18 Julai 2009 - April 2012 (2 tahun 8 bulan) ~~~~~~~ kenangan terindah

semalam yang berlalu

Anis sedar, sejak mula sambung belajar, banyak masa dihabiskan dengan tugasan kuliah.. ada kalanya tertidur depan laptop yang tak shut down.. ada masa tertidur dalam keadaan nota, jurnals dan tugasan yang berselerak di katil... ada kala tak sempat makan, sekadar alas perut dengan biskut atau roti itu pun sambil membaca, sambil menyiapkan tugasan.. Anis sedar masanya untuk Asraf semakin kurang. malah Asraf sendiri juga semakin sibuk dengan kerjanya.. ada masa sampai seminggu tidak dengar khabar. adakala bila Asraf call, Anis tak sempat nak jawab, ada kala bila Asraf BBM Anis tak sempat nak reply.. selalu bila dah sselesai tugasan, dah selesai kerja baru Anis call Asraf semula... tp Asraf pula yang sibuk..

Maka masing-masing memendam rasa. rindu yang dulu telah sedia ada sekarang semakin terbeban. 
"Abang, maafkan Anis.. sekarang selalu tak berkesempatan nak berbual, nak berkongsi cerita, jumpa apatah lagi. "

"takpe sayang, abang pun minta maaf sebab sibuk,"perbualan itu berterusan dengan pelbagai lagi cerita lain. banyak yang di bualkan.. hingga tak sedar dua-dua tertidur. begitu la bila sekali sekala berpeluang untuk bercerita.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Anis. kenapa ada macam-macam status dekat wall FB anis? Anis marah abang?. kenapa Anis".. soal Asraf bertubi-tubi pada Anis.." status tu bukan untuk abang.. anis cuma luahkan apa yang anis rasa umum.." jantung anis berdegup kencang, dia tahu Asraf merasa tidak selesa dan terancam dengan isu itu jika tidak tentu Asraf tidak akan bertanya. Anis tahu akan ada sesuatu terjadi nanti. Anis tahu dia telah abaikan Asraf, Anis juga tahu ada banyak perkara yang dia membelakangkan Asraf.. bukan kerana Anis tak mahu Asraf membantu, tapi Anis tau Asraf sibuk dan terbeban dengan kerjanya, Anis cuma mahu berdikari.. Anis cuma mahu belajar buat keputusan sendiri.." Maafkan Anis, Abang" dan luka di hati dibiarkan terubat sendiri.

Jumaat, 7 September 2012

Permulaan hidup yang baru

Tawaran kemasukan ke UiTM Shah Alam untuk program sarjana buat aku teruja semula. Meneruskan kehidupan dengan status pelajar adalah sesuatu yang aku tunggu.Bukan tak suka denan kerja, bukan tak suka jadi pendidik, suka sangat suka. Tapi demi masa depan yang lebih baik, aku gagahkan untuk terus belajar. Alhamdulillah, impian itu tercapai. dalam diri berjanji akan usahakan yang terbaik. Asraf yang mula-mula dapat khabar gembira ni, tapi Asraf tak gembira.. ada nada kesayuan masa tu.Aku dah jangka, itu akan berlaku. Aku faham, aku faham kenapa Asraf rasa macam tu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

perjalanan dari pahang ke shah alam terasa lama, berat hati nak tinggalkan rumah mungkin, apa pun aku tahu sesuatu yagn baru bakal bermula. Asraf ada sama hari ni, Asraf yang beria membantu aku menguruskan pendaftaran dan mencari rumah, semua barang keperluan dan macam."terima kasih abang, tak tau macam mana anis nak balas" "takpe,anis belajar je rajin2, abang doakan anis berjaya" dan mereka berbalas senyum...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Khamis, 6 September 2012

AsRaR - cita-cita dan cinta

Perbualan antara aku dan senior petang itu telah membuatkan jiwa untuk bercerita seperti dulu berkobar-kobar.. idea datang macam limpahan coklat di ladang gandum... maka terdetik Cita-cita dan Cinta.. aku lakarkan watak Asrar sebagai seorang gadis biasa yang sedang mengejar cita-cita dan menunggu cintanya tertaut pada yang sepatutnya.. kehidupan sebagai mahasiswa, anak, kakak dan kawan.. menjadikan Asrar berhati2... dia banyak menyimpan rasa yang dirasai demi bahagia orang2 disekelilingnya..

aku jga lakarkan watak Amar..teman sekolah Asrar yang mengenali Asrar lebih dari kawan2 yang lain, yang memahami luka hati Asrar. aku lakarkan juga watak abang Amin, Zhafri, Hamka dan beberapa lagi yang lain.... jua nanti akan ada susuk cerita tentang kak Rohaini, Zahra, dan yang lain.. 

hala tuju cerita ini bukan aku yang tentukan.. tapi masa dan keadaan, yang pastinya tidak semua cerita akan bahagaia dan tidak semua kesedihan dan kesakitan akan berakhir dengan kematian dan kesempitan yang tak berkesudahan... hidup, hujan panas, jatuh bangun, suka dan duka itu lah sunnah dan fitrahnya.. 

cerita ini kisah pembangunan jiwa, ambillah pengajarann dan jadikan iktibar..

  
Asrar - Cita-cita dan Cinta


semester 2 bakal bermula

assalamualaikum.. semoga sentiasa dalam naungan dan jagaan Allah :) semester 2 bakal bermula isnin depan.. insyaAllah.. semester ni akan ada 4 subjek.. 2 core dan 2 elektif.. bermakna kene bekerja keras lagi semster ni.. gambate!!!   adatlah kan,, belajar.. selagi tak habis, selagi tu kene usaha.. berjuang sehabis-habisnya.. semoga kali ni segalanya berjalan dengan baik dan lancar... :)

dan semoga aku lebih matang dalam menguruskan kehidupanku... untuk dia.. aku tinggalkan dulu.. semoga dia faham.. semoga dia mengerti rasa ini ku pendam untuk satu cita-cita yang belum tercapai, semoga dia faham bahawa rasa ini ku pendam untuk sesuatu yang lebih baik.. 

untuk selainnya.. doaku agar semuanya baik sahaja.. semoga kehidupan kali ini lebih baik. InsyaAllah...

Selasa, 4 September 2012

boneca - tunjukkan aku


Musik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis

Belum ku selami
Caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai?

Oh…

Soalan tersendu
Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu?

Tunjukkan aku
Tunjukkan aku

Apa bisa ku cinta
Kamu seperti mana
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku?
Beda dari diriku?
 Aku pun tak menahu

Aku pun tak menahu
Aku pun tak menahu

Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?

Tuhan, tunjukkan aku

Boneca - Cela


Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa …..
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa…
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

pasca ramadhan

salam syawal semua.. semoga roh ibadah ramadhan masih lagi ada... yang baik kita kekalkan.. yang buruk sila campak ke longkang... heee =) dah sangat lama aku tidak berblog.. cuti panjang buat aku tak berkesempatan menaip... now ni dah kembali kepada profession lama aku.. PELAJAR MASTER.. hahaha..

ape cerita raya? dah 2 minggu berlalu.. dah ada yang habis puasa 6 pun. aku je baru nak mula...semoga sempat habis 6 hari puasa di bulan syawal ni.. InsyaAllah.. =)  hurmm, untuk yang suka nak tahu apa dah terjadi dan apa yang aku dah buat .. sila baca entry ni sampai habis... panjang tak agak2.. hahahha  takde lah panjang sangat... biasa2 je..

kalau sebelum ni cerita pasal ditinggalkan dan meninggalkan.. sekarang, aku bahagia apa adanya aku.. aku buktikan aku boleh hidup berdiri sendiri, aku tak perlu dia, dan dia... Alhamdulillah, Allah gntikan dengan yang lebih baik.. bersyukur sangat2... =) 

raya this year tak meriah sangat, abah and 2 adik lelaki kerja di hari raya.. jadi meriah tu kurang.. takde lah gambar fullhouse.. ape pun aku tetap gembira.. semua baik2 je.. jumpa kawan2.. jumpa pengganti.. jumpa sedara-mara.. Alhamdulillah...=)

doaku.. semoga dia dan dia berjaa dalam apa jua yang dikerjakan... doa ku aku berjaya dalam apa yang aku ceburi.. insyaAllah.. sedang membina kekuatan dan sedang berusaha kepada yang lebih baik.. doa-doakan eyh.. thanks..

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧡 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...