Jumaat, 21 September 2012

Dia dan lagu-lagunya

semalam... pulang dari aktiviti seharian..Anis kepenatan..tapi kerana tekanan emosi.. Anis keluar dengan kak rohaini... menapak ke PKNS... seronok betul jalan tepi tasik.. teringin nak naik kayak tapi takde kawan yang sudi meneman.. kak rohaini takut naik kayak sebab pernah terbalik. Anis tak, Anis dulu aktif kokurikulum, aktif dengan aktiviti lasak. Anis rindu nak masuk hutan, daki gunung jerai.. berkayak dilaut dan flying fox.. huh... tak padan dengan perempuan.. bukan suka aktivi perempuan.. suka yang lasak-lasak..

bagi Anis lasak tu cabaran yang akan buat kita rasa bersemangat untuk melakukannya.. lasak mengajar erti kental dan cekal.. kita takkan tahu kita mampu daki bukit hinggalah kita sampai puncak.. serius gunung jerai memberi inspirasi yang tak terhingga buat Anis.. pengalaman mendaki gunung jerai sampai melecet kaki... sampai hilang suara sebab sejuk sangat... rasa seluk tangan dalam air mendidih yang tak melecurkan .. sungguh.. Maka nikmat tuhan kamu yang mana kah yang kamu dustakan..Anis teringat Amar. Amar ke Tioman.. jeles Anis dengan Amar.. dapat tengok laut.. dapat scuba.. dapat bermain dengan ikan.. dapat mendengar bunyi ombak.. 

kata Amar, suatu masa nanti mereka akan ke sana... Anis senyum.. faham. terima Kasih Amar, terima kasih kerana memahami.. terima kasih kerana tidak memaksa.. 

semalam Amar meluah rasa... Amar selalu begitu..dia tidak pandai bicara terus.. dia selalu dengan lagu-lagunya... dia selalu dengan puisi dan madahnya... itu yang buat Anis tidak mengiakan apa yang di rasa.. Amar periang.. dia jarang serius dalam membicarakan sesuatu.. Amar dan kegilaanya.. dan semalam dia menyanyi.. meluahkan apa yang ada dijiwa.. mamai katanya... dan Anis tidak mudah untuk percaya... cukup menjadi pengubat jiwa seketika sahaja.. bukan tidak menerima apa yang di kata.. tapi berwaspada.. lidah tidak bertulang.. dan kata2 selalunya manis...

terima kasih Amar, biar begini sementara.. kerana kita masih punya cita-cita.. dan cinta.. nanti bila masanya sesuai.. cinta itu datang sendiri...

bila ku pandang kau
hati aku tenang
jiwa ku lapang
bahagia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...