Selasa, 11 September 2012

jangan jaga aku sangat

Anis rimas dengan cara Hafiz, kadang2 Hafiz terlebih ambil berat. Anis pun tak faham kenapa. kenapa nak ambil tahu sangat apa yang dia buat sedangkan Amar pun tak macam tu. Hafiz memang baik tapi Anis da anggap Hafiz macam adik ja.. tak lebih dari tu. sekarang bukan sahaja Hafiz yang selalu tanya khabar. Abang Hamka juga.. kadang2 Anis jadi rimas.. entah apa lah yang Anis dah buat sampai mereka suka sangat nak ambil tahu pasal Anis..puas Anis fikir apa yang dia harus buat untuk buat mereka faham bahawa dia tidak perlu diberi perhatian banyak sangat... cukuplah apa adanya. tak kurang dari itu bos tempat anis kerja juga baik dengan anis. sangat menjaga Anis, kadang2 Anis rimas.. tapi Anis tetap bersyukur berada di dalam orang yang menjaga dan mengambil tahu tentangnya..

bila rimas macam ni, Amar lah yang akan jadi tempat Anis mengadu. kadang2 Kak Rohaini juga selalu jadi teman setia mendengar luahan rasa Anis.. tapi Anis bukanlah jenis yang suka bercerita. Banyak perkara dipendamkan dan dibiarkan terhapus dengan tangis dalam doanya sehari-hari. Anis tahu hanya Allah tempat mengadu yang paling baik. dan Hanya Allah tempat dia memohon pertolongan. kadang kala ibu juga selalu mengadu masalah adik-adik pada Anis. kesian ibu, Anis jauh nak meneman ibu. tapi seboleh mungkin tak menyusahkan ibu apa lagi dengan masalah2 yang menimpanya. cukuplah ibu penat dengan kerenah adik-adik. Anis rasa dia masih mampu untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. cuma bila kesedihan itu terlalu mengguris, Anis terpaksa minta nasihat ibu, dan kata-kata ibu itu macam sakti, selalu menyejukkan jiwa. 

"oh Allah bantulah aku, tunjukkan aku jalan hikmah untuk merungkai kekusutan di hati mereka agar mereka faham ..agar mereka tidak mendatangi aku dengan cara begini" "jangan jaga aku sangat... aku tahu jaga diriku sendiri.." jeritan itu hanya terluah di hati Anis...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...