Selasa, 18 September 2012

semalam yang sekejap

"Amar, boleh keluar sekejap tak... ? nak jumpa sekejap boleh?"
Anis sangat teruja. masa yang ada sekejap ni nak jumpa Amar, dah lama tak jumpa Amar.
"Boleh, jumpa kat tempat biasa k."
"ok.. tapi Anis ada masa sekejap je..."
"Takpe nis, bukan selalu dapat jumpa kan... jumpa nanti"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

perbualan petang itu terisi dengan macam-macam cerita, hal pelajaran, kerja, keluarga , soal hati dan juga perasaan. Anis selesa dengan Amar, dia tidak pernah mendesak Anis, malah tidak mengawal hidup Anis. Dia hanya selalu memberi ingatan agar selalu beringat. jangan sakiti hati sesiapa. jaga dia baik-baik dan belajr sungguh-sungguh. itulah Amar. Amar juga pesan jangan samakan sesiapa yang Anis suka dengan Asraf. jangan sekali-kali mencari pengganti Asraf yang sama macam Asraf kerana itu tidak mungkin. terima apa adanya sesiapa pun yang nanti akan ganti tempat Asraf. jika Amar mengganti,, terima Amar seadanya Amar bukan membandingkan Amar dengan Asraf. 

Anis tahu tak sewajarnya dia membandingkan sesiapapun dengan Asraf, ya Asraf memang lelaki yang paling memahami Anis, tapi Asraf bukan untuk Anis. dan Anis telah melepaskan Asraf pergi maka Anis perlu buang segala kenangan yang ada agar hidupnya lebih tenang...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Fakar nak call... Anis jadi pelik kenapa nak call.. nak cakap apa lagi .. kenapa mesti ungkit lagi cerita lama.. kenapa? Anis penat dengan benda-benda mendesak macam ni. jodoh maut ajal pertemuan dan perpisahan itu bukan  suka-suka berlaku. 

"berhenti berharap Fakar. teruskan hidup kau dengan kerja dan kehidupan baru. jangan fikir aku ... jangan tunggu aku untuk peluang kedua, takkan ada lagi ruang untuk kedua kali selepas yang berlaku dulu" 
"maafkan aku Fakar, aku tak mampu membuka hati untuk terima kau menggantikan Asraf....maafkan aku.. cukup lah sebagai kawan. itu pun bila rasa di hati kau untuk aku tiada. maafkan aku. ini memang kejam. tapi tuduhan kau dulu lebih kejam, cara kau dan cara aku tak sama dan aku bukan yang terbaik untuk orang sebaik kau.." Anis tidak ungkapkan ini pada Fakar, itu hanya terluah di hati...

"Ya Allah kuatkan hati aku, hati Fakar. Gantikan aku dengan yang lebih baik untuk Fakar... jangan biarkan dia terus menanti sesuatu yang tak pasti..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...