Isnin, 10 September 2012

Dia untuk siapa?

Sebulan sebelum puasa 

-"Amar, Amar kat kelantan lagi?, apa khabar? sihat? " soal Anis memulakan perbualan telefon.
+"Sihat, aah, kat kelantan lagi, eam. dah nak habis dah ."
-"Amar masih dengan yang dulu?" ingin tahu.
+"tak dah.. dia tak jujur"
-"owhh.. bila nak balik kuantan?"
+"habis exam nanti balik la, kenapa sedih ja nie? Anis ok?"
-"hurmm.. tak ok, dia dah tak nak Anis"
+"kenapa macam ni? Anis buat apa sampai jadi macam ni?"
-"jodoh tak panjang Amar. tak pelah... cuma Anis nak cakap sesuatu."
+"apa?"
-"selepas ni, kalau Anis cakap benda2 berkaitan dengan kita, Anis betul2 maksudkan dan Anis harap Amar faham dan terima seadanya"
+"jangan buat keputusan melulu Anis, fikir, istikharah dulu. jangan buat keputusan nak lari dari masalah. jangan, nanti makan diri" pesan Amar tegas.
-"Anis tak larat dah Amar," separuh menangis."Anis sayang dia, Anis bagi hati Anis, tapi akhirnya macam ni. kenapa? salah Anis ke kalau Anis nak berdikari, nak bebas sementara belum jadi hak milik sesiapa?"
+"Hurmm, salah tu tak lah, tapi Anis dah pilih dia, sepatutnya Anis hormat dia, Anis jaga hubungan Anis dengan dia, bukan curang."
-"Amar, Anis berkawan, Anis tak menduakan sesiapa..Dia juga berkawan dan Anis tak halang pun. Anis tak salahkan dia pun.. Anis faham kenapa dia buat keputusan macam tu. cuma Anis rasa kosong sangat ...Anis rasa apa yang Anis jaga selama ni sia-sia"
+"Sabar, ujian bukan untuk lemahkan kita, tp ujian untuk kuatkan kita Anis. Anis kan ada ramai kan, ada Amar, dah tak mau sedih-sedih k"
-"Amar, jangan buat macam dia buat Anis eyh. janji"
+"ok, tapi Amar tak nak Anis lemah macam ni. hidup kita panjang lagi Anis. jangan sia-siakan sebab dia"
-"thanks Amar,"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

sebulan berlalu, hari ini 18 ogos 2012, Amar datang menerangi hidup dengan caranya sendiri, dia tidak memanjakan, tidak mengiayakan, dia, malah dengan selambanya menegur, memberi semangat dan dengan sesuka hati dia datang dan pergi. baginya Anis boleh hadapi semua itu dengan tabah. baginya Anis bukan seperti yang lain yang perlu di beri perhatian sentiasa. Amar tahu Anis bagaimana dan mereka berjanji untuk tidak mengongkong dan saling bertolak ansur.. pada mereka, jodoh maut ajal pertemuan itu ditangan tuhan.

Dia untuk siapa? Dia untuk Anis??? Anis untuk dia?

Biar waktu dan masa yang tentukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...