Ahad, 9 September 2012

kekosongan itu terisi 2

sedang mengemas buku-buku di rak, ada mesej masuk. Anis capai Blackberry nya. Fakar

"Anis, buat apa?"
"Mengemas..")"
"Anis ok?"
"Dia dah tak de awak, sy rasa kosong"
"Saya ada, beri saya peluang untuk isi kekosongan tu"
"Saya tak bersedia, maaf"

Anis tak nak Fakar simpati sahaja padanya.. bagi Anis, cukuplah sekadar berkawan dahulu. Namun dia  tidak menolak takdir andai Fakar ditakdirkan untuk dia. cuma sekarang Anis mahu lebih matang membuat keputusan. tidak terburu-buru. pengalamannya dengan Asraf membuatkan dia lebih berhati-hati. Anis tahu Fakar sangat baik padanya. Fakar banyak membantu semasa keberadaannya di kampus. Terima kasih Fakar. Anis tak nak kehilangan kawan sebaik Fakar, maaf Anis tak bersedia untuk gantikan tempat Asraf dengan sesiapa pun.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sejak dari tahu keadaan Anis, Fakar selalu bertanya khabar, hati mana tidak tersentuh bila ada orang yang selalu ambil tahu. Anis rasakan tidak adil baginya jika dia tidak memka peluang untuk lelaki benama Fakar. dan cuti semester menjadi masa untuk anis dan Fakar menilai adakah mereka sepatutnya mengubah hubungan kawan itu kepada sesuatu..dan kisah baru pun bermula...

Namun bukan mudah untuk memberi hati kepada orang bilamana hati masih pada yang lama. dugaan sangat banyak. Anis kuatkan hati untuk terus sabar demi sebuah kehidupan yang baru di bina. masih juga sibuk dengan tugasan sama seperti sebelumnya, memang tak banyak masa juga sama seperti sebelumnya untuk diluangkan kepada Fakar. jika kebetulan ada di Fakulti dan berpeluang jumpa, itulah sahaja masa. selebihnya dengan Yahoo messenger, itu pun tak la kerap. Anis bersyukur kerana Fakar faham kesibukannya walaupun rasa rindu itu bertandang juga..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tapi ada banyak soalan yang Anis selalu tak dapat jawapan, Anis rasa Fakar seolah-olah merahsiakan banyak perkara tentang keluarganya. Anis tak tahu apa yang Fakar suka, Anis tak tahu banyak sangat perkara tentang Fakar, dan Anis tak dapat merasakan keselesaaan untuk berkongsi lebih banyak cerita dengan Fakar seperti mana Anis dengan Asraf dulu. Anis tidak sepatutnya membandingkan mereka berdua, memang takkan sama. cara Asraf dengan Fakar memang tak sama langsung. Anis cuba utuk faham fakar tapi makin lama makin rasa tak selesa. Fakar adakalanya cemburu tak tentu. Fakar adakalanya tak faham Anis. Fakar adakalanya tak sabar dengan kedegilan Anis. 

Anis bukanlah perempuan yang bila bercinta mesti selalu berhubung, mesti hari-hari call, mesti 24 jam lapor diri. tidak  Anis bukan jenis macam tu. Anis suka bebas, Anis suka dihargai dengan cara menghormati kehidupan masing-masing tp dalam masa yang sama Anis mahu orang yang sayangkannya menjaga, menegur dan menasihatinya, seperti yang Asraf buat. Bukan lelaki yang tidak pernah membantah apa jua kehendak Anis. Anis tak nak bercinta dalam keadaan dia harus berlakon jadi seorang yang sangat sempurna dan baik. kerana jiwanya tidak begitu.

kekosongan tempat Asraf diganti, memang Anis bahagia sekejap. tapi Anis mula rimas bila isu-isu kecil menjadi satu perkara yang besar dan menyebabkan rasa dingin yang lebih menyakitkan berbanding ditinggalkan Asraf. Anis terkesan dengan tindakan terburu-buru Fakar bila menentukan sesuatu keputusan dan tindakan. Anis sangat kesal. Anis cuba perbaiki hubungan mereka.. Fakar juga berusaha sedaya mungkin untuk pertahankan hubungan itu. tapi nyata ada kesilapan besar yang berlaku menyebabkan hati Anis tawar untuk kembali senyum dengan kehidupan. Anis melepaskan Fakar pergi dengan hati yang sangat terguris dengan apa yang terjadi.Dia tidak salahkan Fakar atas tindakan Fakar, dia langsung tidak membenci Fakar. Tapi Anis tak mungkin terima semula Fakar. cukup setakat kawan biasa. memadailah sebagai kawan. Anis kembali suram dan diam.. hanya sesekali dia senyum, bila dia tahu dia perlu bangun untuk teruskan hidupnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...