Sabtu, 29 September 2012

HILANG

untuk ke sekian kalinya 
entah kali ke berapa
entah kenapa rasa ke"HILANG"an

apa yang hilang?
apa yang menghilang?
atau apakah ia sengaja dihilangkan?
atau apakah takdirnya begitu..
HILANG... dan rasa itu ..
buat aku makin keliru..

terus hidup seperti biasa,
terus melangkah seperti biasa..
tetap jua dia ku kenang
kerana apa?
kerana budi.. kerana rasa itu
kerana apa?
kerana kasih sayang...limpah ruah

tapi itu cerita dulu..
cerita yang terpaksa dihilangkan dari pandangan dan kenangan
cerita yang perlu dilupakan..
cerita sejuta rasa seribu makna...
andai aku mampu ..
andai aku mampu..
aku ingin bebas dari belenggu kenangan
aku ingin bebas dari mengenangkan..
aku ingin bebas dari tekanan dan bebanan

cerita sekarang,
cerita cita-cita dan perjuangan
cerita baru yang aku lakarkan
cerita baru yang penuh harapan...

aku harap tidak akan lagi ada yang HILANG
aku harap tidak ada lagi rasa yang perlu diHILANGkan
aku harap tidak ada lagi hati yang akan terpaksa mengenangkan aku dalam jiwanya
aku harap aku dapat berbakti dan tidak meninggalkan apa-apa kenangan buat sesiapa..

biar hadirku HILANG di bawa hembus angin
biar hadirku HILANG di bawa kitaran masa
biar rasa HILANG yang aku tanggung ini tidak mereka rasakan
biar rasa HILANG yang ku tanggung ini tidak mendatangi kehidupan mereka malah sesiapa..

hiduplah aku yang baru!!!..
sudah lelah berbekam rasa..
sudah mengah... sudah penat di cengkam duka ..
hiduplah aku yang baru..
biar HILANG semua yang telah berlaku dan biar berlalu
semua yang dulu...

hari ini.. akan jadi semalam..
dan esok yang datang akan jadi sekarang
akan aku mulakan untuk sesuatu yang aku harapkan
takkan hilang lagi... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...