Isnin, 28 Disember 2009

Melayuku "MELAYU"...

salam sejahtera buat pembaca semua... semoga tahun baru hijrah 1431 dan beberapa hari lagi menjelang tahun baru 2010 menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua...InsyaAllah... kali ni violet nak share story masa gi shah alam baru2 ni... sebenarnya  gi program IKTIRAF.. program apakah itu? IKTIRAF neumonik kepada Ikatan Hati Warga Felda... yang di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia "tercinta" Dato' Najib. banyak aktiviti sepanjang  karnival IKTIRAF berlangsung...ada konvensyen... expo.. sukan dan rakaman bual bicara yang akan disiarkan di astro AWANIS dan lain2...

sepanjang berada di UITM Shah Alam .. macam2 kerenah orang yang violet jumpa... cuma yang agak menyedihkan ialah melihat keletah anak2 melayu yang berugama Islam seperti hilang jati diri... dah tak rupa anak melayu lagi dah... kalau anak2 felda tu rasanya dah tak macam anak2 felda.. bukan maksud violet nak kata anak2 felda ni sopan santun... pakai baju tutup aurat je sume ... tak.. tapi selama violet membesar dan bersekolah bersama2 kawan yang ada kat felda ni mereka ni tak lah seteruk yang violet jumpa kat program hari tu... pakai tudung tapi nampak rambut.. pakai baju tapi ketat giler... pakai seluar tapi fit.. pakai kain tapi jarang ...yang free hair tu free hair lah... tapi sedih nya,warna rambut dah tak ori.. yang hitam jadi merah...oren dan entah apa warna lagi tah... hermmm... siapalah violet nak kutuk2 kan... tapi kesian kat mak ayah diorang... hantar anak2 ke tempat2 maju+moden @ universiti yang gah namanya nak suruh jadi orang yang kenal jati diri yang bijak pandai yang tahu hukum hakam ...lain pulak jadinya....

violet pun terfikir.. hebet benar pengaruh persekitaran ni terhadap seseorang.. violet bersyukur sebab dikelilingi kawan dan ahli keluarga yang sangat2 menjaga nilai2 murni dan menitik beratkan hukum-hakam... tapikan.... violet tak salahkan budak2 tu.. mungkin juga family diorang tak kisah... maklum lah dunia Islam liberal... menghalalkan apa je yang diorang rasa betul... huhuhu...sedih kan....melihat melayu yang kian "MELAYU" dengan segala kelebihan yang disediakan oleh "kerajaan".....

ermm... tapi kata ustaz dalam forum hal ehwal Islam masa karnival IKTIRAF tu anak melayu mestilah MELAYU dalam erti kata:

M- memimpin dan memandu masyarakat ke arah kemajuan dan perkara2 yang positif
E - erat hubungannya dengan Allah, dengan rasulullah dengan ibu bapa,pemimpin masyarakat,orang2 berilmu  dan mengabil tahu hal2 yang berlaku dalam masyarakat.
L- luas ilmu pengetahuan- anak melayu mestilah berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang yang bermanaat untuk agama, bangsa dan negara.
A- akhirat dan dunia mesti seimbang- amalan yang dilaksanakan mestilah memberatkan kedua2 dunia dan akhirat.
Y- yakin pada kekuatan dan kebolehan diri sendiri
U- unggul di peringkat diri, keluarga, bangsa, negara dan dunia...

kesimpulannya ... istilah "MELAYU" sangat hebat..tinggal saja kita anak2 melayu tak kiralah jati ke, celup ke... jawa ke apa ke... yang akan merealisasikan MELAYU itu ....nie pesanan untuk korang2 yang membaca dan juga untuk diri violet sendiri.... semoga perkongsian nie dapat memberikan kita semua sesuatu untuk difikirkan....sebab bangsa yang maju tidak hanya menunggu masalah diselesaikan oleh orang lain ... sebaliknya mereka akan mencari masalah dan memikirkan cara untuk selesaikan masalah tersebut... nak jadi orang yang maju tak???? kalau nak jom sama2 fikir dan renungkan dan sama2 cari penyelesaian ... sebab sabda nabi..

kalau kita nampak perkara yang tidak disukai oleh Allah(mungkar) kita kene tegur dengan tangan...kalau tak mampu tegur dengan tangan (kuasa) tegurlah dengan mulut(kata nasihat/teguran) kalau tak mampu juga ... maka tegur je dalam hati... dan selemah2 iman adalah dengan menegur dengan hati....

dan sampai bila kita nie nak jadi orang yang imannya lemah ja????

tepuk dada tanyalah iman ya... jangan tanya selera(nafsu) sebab ia hanya akan mendorong kita untuk bersikap nafsi-nafsi ja....

sesungguhnya yang baik tu dari Allah dan yang kurang tu dari Allah juga tapi kerana kelemahan violet sendiri...selamat berfikir dan selamat bertindak...:)

Rabu, 9 Disember 2009

bila jauh di mata...


orang selalu kata biar lah jauh di mata tapi dekat dihati...huhuhu... boleh ke macam tu...?entah lah.. violet tak rasa pulak macam tu.. violet rasa jauh kat mata tapi sentiasa dalam doa lagi bagus.... sebab bila letak orang dalam hati ni tak best .. ada rasa "ingat kat dia ja".. tapi bila ingat dia dalam doa ja...rasa "ingat kat dia ja a.k.a windu @ miss  tu tak de.. bukan tak sayang ... tapi menghindarkan diri daripada maksiat hati...

bukankah jodoh ajal maut  itu dah ditetapkan di luhmahfuz?...bercinta bagai nak rak ... belum tentu nikah dengan dia... maka sayang sikit2 dah lah... cintai lah DIA sebelum kamu menicintai dia... yang mencipta cinta itu lebih layak untuk dicintai daripada yang mencintai dan yang mengharap untuk dicintai...

bukankah Allah dah berfirman La Taqrabu'zzina... janganlah kamu menghampiri zina... membenarkan zina berlaku bukan hanya pada perbuatan zahirnya zina sahaja.. tapi juga pada percakapan... setiap langkah dan bisikan hati ....yang mana mulut melahirkan ucapan berbaur "biru" a.k.a seks...tangan menyentuh  bahagian yang mengghairahkan.. mata melihat sesuatu yang boleh merangsang nafsu.. telinga mendengar perkataan dan ucapan yang "biru" dan kaki melangkah ke tempat-tempat maksiat.. dan hati berangan2 dan membenarkan perbuatan "biru" itu berlaku...

alangkah... ruginya kalau selama ini kita pernah mengalaminya ... tanpa sedar kita sebenarnya mekakukan perkara yang agama kita tak suka... bukan hanya dalam Islam malah agama lain juga menegah penganutnya melakukan perkara yang tidak baik .....Astaghfirullah... semoga Allah ampun kita semua... dan berikan hidayah untuk kita... dan semoga kita termasuk dalam orang2 yang beruntung...

violet bukanlah terlalu hebat dan bukanlah juga alim ulama' yang boleh menghukum perbuatan sesiapa.. tetapi violet hanya menyampaikan apa yang violet tahu...bukankah Nabi Muhammad saw kata ... sampaikan walau satu ayat... malah kawan2 violet pun boley amalkan sunnah nie...
menyampaikan bukan dilimitkan dengan tazkirah atau hal2 berkaitan agama sahaja...tapi semua tentang ilmu dunia dan agama... semuanya yang kita belajar kerana kita semua tahu bahawa knowladge yang kita ada ni sebenarnya hanya setitik tinta je kalau nak dibanding dengan lautan luas tu... (Ilmu Allah)....  

berbalik kepada isu kali ni...jauh dimata... tapi dalam dunia yang serba canggih ni ada banyak cara untuk kita rasa "dekat"...email,sms,dan segala macam social network site yang membenarkan kita kongsi gambar ..tengok video dan macama2...dan suka violet ingatkan diri violet ni... supaya manfaat kan semua tu untuk yang berhak dan layak je... 
selamat berfikir... yang baik tu dari Allah... dan yang buruk tu dari Allah juga tapi kerana lemah dan kurangnya Violet sendiri...

fikir2kan dan berubahlah sedikit demi sedikit...sebab Allah suka pada amalan baik yang sedikit tetapi berterusan... 

Selasa, 1 Disember 2009

Jom Test minda dan mata...


Ini adalah satu lagi ujian untuk kita tahu sama ada apa yang kita fikir itu sama dengan apa yang kita lihat.Di atas ini ada titik-titik berwarna merah jambu sentiasa berpusing-pusing.klik pada gambar tersebut...Sekarang cuba renung tanda + yang berada di tengah-tengah gambar itu untuk beberapa ketika. Apa yang anda nampak?Jika anda bernasib baik, anda akan nampak bahawa titik merah jambu yang berpusing itu bertukar menjadi warna hijau. Nampak atau tidak?Memang anda pun tahu bahawa tidak ada satu pun titik berwarna hijau di situ dan sebenarnya titik warna merah jambu itu tidak hilang pun.SELAMAT MERENUNG... 8) ??? :-\

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...