Rabu, 9 Disember 2009

bila jauh di mata...


orang selalu kata biar lah jauh di mata tapi dekat dihati...huhuhu... boleh ke macam tu...?entah lah.. violet tak rasa pulak macam tu.. violet rasa jauh kat mata tapi sentiasa dalam doa lagi bagus.... sebab bila letak orang dalam hati ni tak best .. ada rasa "ingat kat dia ja".. tapi bila ingat dia dalam doa ja...rasa "ingat kat dia ja a.k.a windu @ miss  tu tak de.. bukan tak sayang ... tapi menghindarkan diri daripada maksiat hati...

bukankah jodoh ajal maut  itu dah ditetapkan di luhmahfuz?...bercinta bagai nak rak ... belum tentu nikah dengan dia... maka sayang sikit2 dah lah... cintai lah DIA sebelum kamu menicintai dia... yang mencipta cinta itu lebih layak untuk dicintai daripada yang mencintai dan yang mengharap untuk dicintai...

bukankah Allah dah berfirman La Taqrabu'zzina... janganlah kamu menghampiri zina... membenarkan zina berlaku bukan hanya pada perbuatan zahirnya zina sahaja.. tapi juga pada percakapan... setiap langkah dan bisikan hati ....yang mana mulut melahirkan ucapan berbaur "biru" a.k.a seks...tangan menyentuh  bahagian yang mengghairahkan.. mata melihat sesuatu yang boleh merangsang nafsu.. telinga mendengar perkataan dan ucapan yang "biru" dan kaki melangkah ke tempat-tempat maksiat.. dan hati berangan2 dan membenarkan perbuatan "biru" itu berlaku...

alangkah... ruginya kalau selama ini kita pernah mengalaminya ... tanpa sedar kita sebenarnya mekakukan perkara yang agama kita tak suka... bukan hanya dalam Islam malah agama lain juga menegah penganutnya melakukan perkara yang tidak baik .....Astaghfirullah... semoga Allah ampun kita semua... dan berikan hidayah untuk kita... dan semoga kita termasuk dalam orang2 yang beruntung...

violet bukanlah terlalu hebat dan bukanlah juga alim ulama' yang boleh menghukum perbuatan sesiapa.. tetapi violet hanya menyampaikan apa yang violet tahu...bukankah Nabi Muhammad saw kata ... sampaikan walau satu ayat... malah kawan2 violet pun boley amalkan sunnah nie...
menyampaikan bukan dilimitkan dengan tazkirah atau hal2 berkaitan agama sahaja...tapi semua tentang ilmu dunia dan agama... semuanya yang kita belajar kerana kita semua tahu bahawa knowladge yang kita ada ni sebenarnya hanya setitik tinta je kalau nak dibanding dengan lautan luas tu... (Ilmu Allah)....  

berbalik kepada isu kali ni...jauh dimata... tapi dalam dunia yang serba canggih ni ada banyak cara untuk kita rasa "dekat"...email,sms,dan segala macam social network site yang membenarkan kita kongsi gambar ..tengok video dan macama2...dan suka violet ingatkan diri violet ni... supaya manfaat kan semua tu untuk yang berhak dan layak je... 
selamat berfikir... yang baik tu dari Allah... dan yang buruk tu dari Allah juga tapi kerana lemah dan kurangnya Violet sendiri...

fikir2kan dan berubahlah sedikit demi sedikit...sebab Allah suka pada amalan baik yang sedikit tetapi berterusan... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...