Jumaat, 30 Julai 2010

Bila Hati Rasa Tak Best =(


Disebabkan serabut dengan fyp.. hehehe.. tak la serabut mana pun ..cuma dateline dah dekat dan hormon perempuan yang sedang bergelora.. emosi agak sedikit terganggu.. maka aku  merajinkan diri untuk mencantikkan dinding bilik aku.. huhu.. dan hasilnya adalah seperti di atas


dah macam taman bungan pulak.. ihihi :p ada rama2.. sampai ralit pulak duk mengadap dinding tu.. bercakap dengan rama2 dan bunga2 tu semua - serius... tengah rasa tak best tahap maks...


apa pun.. hidup perlu diteruskan.. mana boleh layan sangat jiwa... tak rock la jiwang2 ni kan... tapi fitrah tetap fitrah.. mana ada manusia yang boleh lawan sunnatullah dan fitrah hidup sebagai manusia.. betul tak...? betul lah tu.. baik korang ckap betul... ermm..


to my beloved bro.. MFI... aku doakan semuanya berjalan lancar esok.. selamat lah majlis merisik merangkap bertunang tu...semoga kekal sampai nikah nanti dan nanti dah nikah.. akan kekal pulak sampai hujung nyawa....


----->fyp<----- Ya Allah kuatkanlah hati dan semangatku.. peliharalah imanku agar aku tidak tewas dengan pujuk rayu syaitan yang selalu mengganggu...

Khamis, 29 Julai 2010

The Corporate language!!

"We will do it" 
means 
“You will do it" 
  

"You have done a great job" 
means 
"More work to be given to you" 

"We are working on it" 
means 
"We have not yet started working on the same" 
 
"Tomorrow first thing in the morning" 
means 
"Its not getting done... At least not tomorrow !". 


"After discussion we will decide - I am very open to views" 
means 
"I have already decided, I will tell you what to do" 


"There was a slight miscommunication" 
means 
"We had actually lied" 

"Lets call a meeting and discuss" 
means 
"I have no time now, will talk later" 

"We can always do it" 
means 
"We actually cannot do the same on time" 


"We are on the right track but there needs to be a slight extension of the deadline" 
means 
"The project is screwed up, we cannot deliver on time." 


"We had slight differences of opinion" 
means 
"We had actually fought" 


"Make a list of the work that you do and let's see how I can help you" 
means 
"Anyway you have to find a way out no help from me" 

 
"You should have told me earlier" 
means 
"Well even if you told me earlier that would have made hardly any difference!" 


"We need to find out the real reason" 
means 
"Well I will tell you where your fault is" 


"Well... family is important, your leave is always granted. Just ensure that the work is not affected" 
means 
"Well you know..." 

"We are a team" 
means 
"I am not the only one to be blamed" 

 
"That's actually a good question" 
means 
"I do not know anything about it" 

 
"All the Best" 
means 
" You are in trouble"

p/s credit to husna.. pindah masuk kat violetnye blog from gmail...

Khamis, 22 Julai 2010

FYP... tajuk dah ada ke?

salam semua... semoga sihat sejahtera n happy je selalu... so.. seperti yg telah diberitahu dalam entry yang dulu tu.. kali ni nak story pasal final year projek a.k.a fyp... ermm.. alhamdulillah dah dapat jumpa supervisor dan supervisor pun suka dengan tajuk yang violet propose.. tinggal cuma nak tunggu confirmation dari beliau sama ada boleh proceed tak dengan tajuk tu atau kene tukar tajuk lain.. harap2 tak kene tukar la... dah kering otak nak fikir tajuk lain.... 

apa tajuk fyp violet..? yang tu tunggu supervisor approve dulu eh.. dah confirm lulus nnt violet bagitau..sementara tu asgment dah mula menimbun.. huhu.. semalam dah start aktiviti menjadi kelawar semula.. kul 2.30 pagi baru lah bersiap sedia untuk tidur.. lenanya pukul berapa pun tak pasti.. ermm...violet tak kesah sgt pasal tido... dapat tido kejap pun tak pe dah.. janji tido yang tidak diganggu oleh anasir jahat... 

esok hari jumaat nak balik kuantan.. rindu kat family... serius.. rindu kat diorang sume yang kat rumah.....ermm..k.. cau dulu.. ada rezeki nnt kita share cerita lagi k... sayang u all semua.. assalamualaikum..

Rabu, 21 Julai 2010

La Hot Spring

assalamualaikum semua..
hope semua sihat sejahtera... violet dah sihat da. alhamdulillah.. tinggal batuk ja belum baik.. ermm.. entry kali ni nak story pasal cuti semalam(20 julai).. hari berkelah yang boleh dikatekan best.. berkelah dekat kg La dekat Besut.
perjalanan dari Unisza ke sana ambil masa dua jam lebih...jalannya penuh dengan pokok2 hijau.. mmg bersihkan mata betul semalam..

rentetan peristiwa..
 hari isnin- rancang nak masak apa...siapa yang nak masak dan pkul berapa nak gi...
hari selasa, seawal 6.15 pagi.. semua chef yang ditugaskan untuk masak siapakan makanan... menu hari tersebut ialah nasi goreng kampung, sandwich, buah tembikai n jajan...

pukul 7.30 pg - semua berkumpul di hadapan blok f.. muka masing2 excited tahap gaban... huhuhu.. tak sabar ak main air agaknya... kitorang seramai 16 orang sewa van ntk gi La.. kira2 kul 8.. van pun bertolak.. dalam perjalanan.. macam2 ragam clasmate violet ni.. menyanyi lah.. bercerita.. n bersenda gurau.. boleh dikatakan sepanjang jalan tu semua tak tido.. ada ja ceritanya yang nak dikisahkan..

pukul 10.30 pagi... tiba di tempat kejadian.. hehhee.. sume dah teruja kuasa dua.. kawasan hot spring ni dalam ladang kelapa sawit felda tenang.. huhu.. baru semalam tau wujudnya felda tenang ni.. kawasan hot spring ni bersih dan ada kemudahan surau, bilik persalinan dan tandas yang ok.. ada kedai makan juga.. cuma sangat jauh dari main road.. 

first perkara.. makan2.. sebab semua bangun awal ntk siap2 jadi most of us tak sarapan.. dah dapat port yang sesuai ntk lepak.. kitorang makan dulu.. huhu.. mmg best makan ramai2.. cuma tak sempat nak suap menyuap ja.. coz masing2 dah tak igt org bila dapat makn.. hahaha.. 

next.. kitorang gerak gi kolam air panas.. kolam ni dah di simen cantik2 dah.. warna biru.. berasap2 airnya.. first time celup kaki.. muka sume berkerut.. yang menjerit panas pun ada gak.. pastu kak dayah cakap.. dah masuk dalam air jgn gerak.. duk diam2 ja.. kalau gerak .. nnt rasa sakit.. macam perit kot.. tak reti nak terangkan camne.. tapi mmg sakit la kalau gerak... even sikit ja.. mula2 rendam kaki ja.. dah lama2 rasa cam best.. masuk separuh badan pulak.. masa ni heart beat makin kencang..violet pun tak pasti kenapa.. rasa macam duk kat sauna pun ada gak.. serius best duk berendam dalam air panas ni.. nasib baik kolam tu paras pinggang ja.. kalau dalam lagi memang violet dah menyelam.. hahaha.. 

agak2 dah puas berendam dalam air panas.. sampai kulit bertukar dari brown kepada pink.. kitorang gerak pulak ke  tempat air sejuk.. nak kata waterfall tak de pun.. anak sungai lah kot.. best.. airnya sejuk sangat.. macam ais.. tapi takleh terus terjun masuk dalam air sebab baru pas rendam dalam air panas.. so.. celup2 kaki ja dulu.. bila dah hilang panas berendam td baru masuk dalam air... memang best.. sangat.. 

sesi paling best ialah bergambar..makan2 dalam air n sesi mengenakan birthday girl hari tu.. Haziqah.. kesian sey violet tengok dia kene simbah oleh clasmate2 violet.. siap kene mandi pasir sungai lagi.. mmg sporting la member yang satu ni.. layan ja kengkawan dia buat apa..ialah .. bukan selalu dapat kenekan orang kan.. hehehe.. violet pun ada gak lah saham sikit2 simbah2 air..

habis part tu... cite time balik pulak.. kalau masa nak gi semua riuh macam bertih jagung.. sekarang ni sume layan mata yang mengantuk tahap maks.. kepenatan main air.. sedar2 dah sampai kat batu rakit.. singgah beli keropok lekor dekat kedai sukaramai.. malam tu most of us yang selalunya jadi kelawar... tak jadi kelawar.. tido awal sebelum tibanya waktu tido.. hihihihi..penangan La hot spring.. well.. this is one of my best day sepanjang ada kat unisza.. tq to all my friends yang mambuatkan picnic dekat La sangat best.. next time kita gi picnic kat tempat lain lak eh.. 

......b4 i end.. ni nak bagi teka-teki..dalam dunia ni kan... ada berapa selekoh jalan? siapa dapat jawab mesej violet eh.. nnt violet belanja KFC.. lagi satu nak share kebaikan berendam dalam air panas ni boleh kurangkan tekanan darah tinggi.. baik untuk jantung dan juga baik untuk mereka2 yang mempunyai masalah kulit.. (violet dah buat eksperimen pada diri sendiri.. mmg ada kesan la..) hebatkan ciptaan Allah.. sungguh setiap sesuatu itu ada manfaatnya... sampai sini dulu.. next entry - FYP.. 

Jumaat, 16 Julai 2010

first week at UNISZA

salam semua.. semoga semua sihat.. dan tolong doakan aku cepat recover dari demam selsema yang sedang bermaharaja lela dalam badan aku sekarang..:(  ntk entry kali ni nak share tentang sem baru.. rumah baru.. suasana belajar yang baru n nama universiti yang baru...dulu masa first masuk u.. daftar as student universiti Darul Iaman Malaysia.. now ni masuk sem 7 dah jadi student universiti Sultan Zainal Abidin pulak.. huhu UDM ---> UNiSZA. dah lah UDM orang tak berapa nak tau kat mana,ni tukar jadi UNiSZA lagi lah tak tau.. senang2 aku cakap ja aku budak KUSZA..


masalah juga bila cakap aku budak KUSZA, mesti ramai yang ingat aku budak pengajian Islam.. ermm dengan karekter aku yang agak sopan ni mmg org tak kan assume aku dak IT.. takpe lah orang ingat yang baik2 tu kan bagus..:)Islam ni kan best.. tak semestinya jadi IT profesional tak leh jadi ustazah kan?..hehe:)


sem ni dapat hostel jauh sikit dari tempat kuliah.. maka lepas ni dah takleh da nak bangun lambat macam dulu.. dan rumah sekarang lebih tinggi dari yang dulu.. jadinya makin malas la nak turun g kafe.. dan akan makn kurus la aku.jadi aku dah buat stok bekalan untuk satu sem kat rumah baru sekarang.. huhu.. sampai my mom pun terkejut tengok aku membeli barang b4 balik ke kampus hari tu... mom said macam da taknak balik kuantan ja gaya nya...hehehe.. aku sengeh ja.. cakap kat mak .. malas la nak excercise turun naik tangga selalu.. aku bukan sihat sangat nak aktif sangat... baru seminggu duk sini pun dah demam..kalau tak reti nak duk diam agak2 jadi guane la aku kat sini..


sem ni ada satu subjek.. data mining yang belajar sekali gn junior.. ramai lah jadinya dalam kelas tu.. hermm lagi lah kene bg tumpuan yang berganda supaya tak hilang masa kuliah..dan subjek2 lain sumenya memerlukan kerajinan kuasa dua untuk mengeksplore dan mencari maklumat.. belajar security lagi.. suka.. cumanya akan banyak kerja.. tapi tak pe dah sem last.. kene usaha lebih banyak pun tak pe.. sem depan dah takde da nk mengadap buku2 ni sume..


pejam celik dah tiga tahun lebih rupanya kt universiti.. sekejap ja masa brlalu...ni dah syaban.. nnt nak puasa pulak.. alhamdulillah dah habis ganti puasa.. korang dah habis? kalau belum ganti cepat2 eh.. nnt tak sempat ganti kene bayar fidyah pulak.. bukan senang  nak cari fakir miskin kat negara Malaysia yang kaya-raya ni.:p lagi apa ek? haaa.. aku perasan budak2 yang baru masuk sume cute2... heheh beriman ja sume.. hehhehhe.. skema.. bagus la tu kan.. kekalkan apa yang baik ada pada korang eh.. jangan nanti dah masuk sem dua tudung pun melayang entah ke mana... jangan tershock culture da le.. sayang kalau apa yang baik tu berubah kepada yg tak baik.. nak ikut arus moden pun jgn smp gadai maruah agama.... 


sem ni last da kat kampus.. hope sem ni da tak de adegan nangis2 ..gaduh2 benci membenci.. kutuk mengutuk antara kita sesama kita .. huhuhu.. semoga ramadhan akan datang jadikan titik mula untuk kita berubah kepada yang lebih baik..aku doakan kalian.. n doakanlah aku juga.. doa2 sahabat n kengkawan ni berkat dan mustajab tau.. who knows nnt kat sana kengkawan n sahabat2 ni lah yang akan selamatkan kita... InsyaAllah.. sampai sini dulu..tata.. jumpa lagi nnt.assalamualaikum...

Isnin, 12 Julai 2010

family day at gambang....



salam semua.. semoga sihat2 ja semuanya.. entry kali ni nak share pasal main air kat gambang water park..actually bukanlah best sangat.. sebab adik2 tak semua ada... tapi yang jadikannya agak best.. jumpa cik Atiqah.. x-schoolmate.. happy sgt.. dapat kongsi cerita macam2 pasal sekolah dan kehidupan sekarang.. tak sangka dapat jumpa tiqah.. sempat gak main air sesama.. hehehe.. main air gn kakak.. ambik gambar ckit2 pastu barulah balik rumah packing barang nak ke kampus.. macam nak pindah rumah pun ada.. byk sangat barang...

lagi yang best.. dapat makan dengan mak abah sesama... mak abah ni dua2 kerja.. jarang dapat makn sesama.. so bila dapat makan sesama ni.. byk lah yang best2 dapat dibuat.. bercerita dan gurau2.. huhuhu.. bukan tak pernah makan sesama.. cuma jarang.. ermm.. meh tengok sikit gambar kat gambang...

tag gambang water park
violet n kakak...adik syafiq n kak yam takde... kalau diorang ada mesti lagi best...
bday boy yang hensem..kebetulan sehari sebelum tu bday adik hensem ni.. mak kate.. gi gambang tu selain ntj family day felda wilayah zon timur.. g la selebrate bday adik hensem ni sekali...
kakak yang comel...kakak tak de geng hari tu.. sebab kak yam sekolah.. jadi dia tak aktif sangat.. kesian kakak... 
                     violet... muka dah merah tak tahan panas.... susah nak senyum.. heheheh...
ni lah..x- schoolmate violet... best dapat share story n have fun main air dengan dia n kakak.mulanya tiga2 tak nak main air.. sebab kitorang pakai baju bukan untuk main pun ..saja nak jalan ja..last2 tiga2 basah kuyup.... si kimi tu plak.. memang hilang dengan kengkawan dia ja...mmg main sampai puas adik yg sorang tu... balik rumah kepenatan.. lama sangat duk main kat sana... apa pun.. ni kira rehlah yang menyeronokkan lah juga sepanjang cuti sem ni...b4 balik kampus cakap gnabah nnt ada cuti dan rezeki lebih nak abah bawa satu family gi sana... cuma nnt kak cah je lah yang tak de sebab kak cah kat mesir.. lagi 4 tahun baru hbs belajar.. takkan nk tunggu dia balik pulak kan...:)

so.. ntuk sesiapa yang nak cari tempat lepak dengan family.. leh r datang cini..

Selasa, 6 Julai 2010

berjaya! first time masak ketam :)

balik dari sekolah.. saja ikut mak keluar ke bandar untuk beberapa urusan.. kemudian membeli belah sedikit. hehe beli barang nak balik kampus...dalam kereta kami berbual tentang macam2... mak bagitau tau cara nak masak ketam masak lemak cili api.. masak puding buah.. dan lain2... yang kelakar cara nak masak nasi pun mak ajar tadi... hehhe macam la violet tak pandai masak nasi.. .. (mmg tak pandai pun)

sampai kat rumah... terus tukar baju n bersih diri sikit.. pastu masuk dapur... kebetulan tadi gas habis.. jadi sebelum masak kenelah tukar gas dulu.. tak reti juga .. tapi buat2 reti..alhamdulillah selamat.. dapat tukar gas dan dapat masak.. violet sediakan semua bahan yang perlu untuk masak ketam.. masa kupas2 bawang adala nyanyi2 sikit.. pastu teringat kalau nyanyi kat dapur nnt kawin dengan org tua.. huhuhu.. apa lah kan .. takkanlah nyanyi sambil masak boleh jadi sebab kawin dengan orang tua...:)

lupakan pasal nyanyi... kita cerita pasal masak... lepas kupas bawang.. bersihkan ketam..masukkan ketam dalam kuali...panaskan kuali.. violet pun kisar lah semua bhn yang kene kisar.. pastu masukkan bhn kisar dalam kuali tu... masuk santan dan kacau rata.. heheh seronok pulak tengok ketam tu berubah jadi merah2.. lama sikit bau ketam dan bahan kisar dah naik.. sedap tu... hehhe.. kira berjaya la ni kan.. first time masak ketam...tengok ketam yang dah nak masak tu.. rasa seronok semakin melonjak.. tak sabar nak tunggu mak rasa dan komen...

mak kate sedap... dan paling best bila mak kata dah lulu dah nak jadi isteri orang.. hahahha. sape lah nak kawin dengan budak comot macam violet ni.. masak pun tak reti... :)ape pun violet happy sangat sebab dapat masak tadi...

Isnin, 5 Julai 2010

padaMu ku bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

 Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

pada-MU

Jumaat, 2 Julai 2010

Bijaknya mereka....


salam buat semua.. dah lama tak cerite panjang2 kat blog ni kan... ermmm kering idea sekejap.. huhu.. sebenarnya tak dapat sentuh keypad.. n takde internet connection.. hehe.. kesempatan yang ada ni nak kongsi pendapat sikit pasal isu yang dah lama di hebahkan oleh media dan sampai sekarang pun berlambak2 ada dalam paper.. macam jadi kebiasaan pulak orang buang anak merata2.. main judi sampai ada yang sanggup tipu duit keluarga.. pastu kisah perebutan harta selepas orang tua mati.. kesah cerita2 kat malaysia yang banyak sangat mengarut dan merapu pasal unsur2 mistik dan hantu.. lagi pasal drama2 yang dah macam la2 bolywood n hollywood.. yang semuanya jelas menunjukkan betapa moral dan mentaliti masyarakat sekarang berada di tahap kelas ketiga.. (jangan marah eh..)

aku kadang2 tak faham kenapa ada manusia bijak memberikan cadangan disediakan tempat khas untuk sesiapa ja yang rasa nak buang anak dia.. lepas tu lagi tak faham kenapa ada juga pemimpin yang sangat bijak mengeluarkan malah memberi kelulusan untuk berjudi.. dan lagi semaki celaru jadinya bila segala macam bentuk hiburan sepertinya dihidangkan kepada rakyat jelata.. adakah negara yang tercinta  ni akan maju membangun dengan kebijaksanaan itu...


dan lagi.. masa nelajar geografi dulu.. selalu dapat A.. hahah:)  tq cikgu Khadzijah,cikgu Ain dan cikgu Azlan.. kerana berjaya mengaja subjek tersebut sampai aku terlebih faham... dan dapat A.. ermm tapi bukan tu yang nak cerita.. yang nak cerita.. dulu kan alku pelik .. negara malaysia ni sangatlah banyak hasil pertanian.. bukan tu aja.. ada minyak petroleum lagi.. ada gas asli juga..tapi yang menghairankan kenapa malaysia mempunyai hutang terlalu banyak.. sampaikan setiap anak yang baru dilahirkan kat bumi malaysia ni kene tanggung hutang tu juga..? ada sesiapa yang boleh bagi jawapan? takkan lah takde langsung duit hasil jualan ..import dan eksport segala macam buah dan petrol tu kan? malah negara kita yang baik hati ni juga bagi bekalan air bersih kepada jiran sebelah 


entah la.. dulu masa tanya kat cikgu.. cikgu kata.. semua duit tu digunakan untuk membangunkan negara.. tapi yang aku nampak bukan semua negeri pun yang membangun sepenuhnya.. dah 50 tahun.. agaknya masih muda lagi la tu untuk menilai taraf pembangunan negara ni kan..?


yang nak dinyatakan di sini ialah.. betapa bijaknya orang2 yang merasakan mereka ini bijak dalam menguruskan negara.. jika aku diberikan peluang untuk menguruskan sebuah negara aku juga tidak mampu.. tapi aku yakin aku mampu lakukan sesuatu agar masa depan bangsa dan agamaku sekarang lebih terbela.. dan korang juga boleh buat benda yang sama.. iaitu.. pilih pangkah lah nama calon YB yang betul masa pilihanraya nanti... hehehhe.. aku dah daftar da.. korang dah ke? jadilah manusia yang berbakti kepada agama dan bangsa walaupun hanya dengan sedikit usaha.. sebab Allah tak tanya berjayakah  sesuatu tindakan itu.. tapi Allah tanya apa yang kita buat.. dan ingatlah Allah tak ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya... hingga jumpa lagi..tata

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧡 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...