Rabu, 21 Julai 2010

La Hot Spring

assalamualaikum semua..
hope semua sihat sejahtera... violet dah sihat da. alhamdulillah.. tinggal batuk ja belum baik.. ermm.. entry kali ni nak story pasal cuti semalam(20 julai).. hari berkelah yang boleh dikatekan best.. berkelah dekat kg La dekat Besut.
perjalanan dari Unisza ke sana ambil masa dua jam lebih...jalannya penuh dengan pokok2 hijau.. mmg bersihkan mata betul semalam..

rentetan peristiwa..
 hari isnin- rancang nak masak apa...siapa yang nak masak dan pkul berapa nak gi...
hari selasa, seawal 6.15 pagi.. semua chef yang ditugaskan untuk masak siapakan makanan... menu hari tersebut ialah nasi goreng kampung, sandwich, buah tembikai n jajan...

pukul 7.30 pg - semua berkumpul di hadapan blok f.. muka masing2 excited tahap gaban... huhuhu.. tak sabar ak main air agaknya... kitorang seramai 16 orang sewa van ntk gi La.. kira2 kul 8.. van pun bertolak.. dalam perjalanan.. macam2 ragam clasmate violet ni.. menyanyi lah.. bercerita.. n bersenda gurau.. boleh dikatakan sepanjang jalan tu semua tak tido.. ada ja ceritanya yang nak dikisahkan..

pukul 10.30 pagi... tiba di tempat kejadian.. hehhee.. sume dah teruja kuasa dua.. kawasan hot spring ni dalam ladang kelapa sawit felda tenang.. huhu.. baru semalam tau wujudnya felda tenang ni.. kawasan hot spring ni bersih dan ada kemudahan surau, bilik persalinan dan tandas yang ok.. ada kedai makan juga.. cuma sangat jauh dari main road.. 

first perkara.. makan2.. sebab semua bangun awal ntk siap2 jadi most of us tak sarapan.. dah dapat port yang sesuai ntk lepak.. kitorang makan dulu.. huhu.. mmg best makan ramai2.. cuma tak sempat nak suap menyuap ja.. coz masing2 dah tak igt org bila dapat makn.. hahaha.. 

next.. kitorang gerak gi kolam air panas.. kolam ni dah di simen cantik2 dah.. warna biru.. berasap2 airnya.. first time celup kaki.. muka sume berkerut.. yang menjerit panas pun ada gak.. pastu kak dayah cakap.. dah masuk dalam air jgn gerak.. duk diam2 ja.. kalau gerak .. nnt rasa sakit.. macam perit kot.. tak reti nak terangkan camne.. tapi mmg sakit la kalau gerak... even sikit ja.. mula2 rendam kaki ja.. dah lama2 rasa cam best.. masuk separuh badan pulak.. masa ni heart beat makin kencang..violet pun tak pasti kenapa.. rasa macam duk kat sauna pun ada gak.. serius best duk berendam dalam air panas ni.. nasib baik kolam tu paras pinggang ja.. kalau dalam lagi memang violet dah menyelam.. hahaha.. 

agak2 dah puas berendam dalam air panas.. sampai kulit bertukar dari brown kepada pink.. kitorang gerak pulak ke  tempat air sejuk.. nak kata waterfall tak de pun.. anak sungai lah kot.. best.. airnya sejuk sangat.. macam ais.. tapi takleh terus terjun masuk dalam air sebab baru pas rendam dalam air panas.. so.. celup2 kaki ja dulu.. bila dah hilang panas berendam td baru masuk dalam air... memang best.. sangat.. 

sesi paling best ialah bergambar..makan2 dalam air n sesi mengenakan birthday girl hari tu.. Haziqah.. kesian sey violet tengok dia kene simbah oleh clasmate2 violet.. siap kene mandi pasir sungai lagi.. mmg sporting la member yang satu ni.. layan ja kengkawan dia buat apa..ialah .. bukan selalu dapat kenekan orang kan.. hehehe.. violet pun ada gak lah saham sikit2 simbah2 air..

habis part tu... cite time balik pulak.. kalau masa nak gi semua riuh macam bertih jagung.. sekarang ni sume layan mata yang mengantuk tahap maks.. kepenatan main air.. sedar2 dah sampai kat batu rakit.. singgah beli keropok lekor dekat kedai sukaramai.. malam tu most of us yang selalunya jadi kelawar... tak jadi kelawar.. tido awal sebelum tibanya waktu tido.. hihihihi..penangan La hot spring.. well.. this is one of my best day sepanjang ada kat unisza.. tq to all my friends yang mambuatkan picnic dekat La sangat best.. next time kita gi picnic kat tempat lain lak eh.. 

......b4 i end.. ni nak bagi teka-teki..dalam dunia ni kan... ada berapa selekoh jalan? siapa dapat jawab mesej violet eh.. nnt violet belanja KFC.. lagi satu nak share kebaikan berendam dalam air panas ni boleh kurangkan tekanan darah tinggi.. baik untuk jantung dan juga baik untuk mereka2 yang mempunyai masalah kulit.. (violet dah buat eksperimen pada diri sendiri.. mmg ada kesan la..) hebatkan ciptaan Allah.. sungguh setiap sesuatu itu ada manfaatnya... sampai sini dulu.. next entry - FYP.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...