Isnin, 31 Disember 2012

Last day in 2012

hari ni hari terakhir di tahun 2012.... hari ni kerja untuk hari terakhir di tahun 2012.. lagi 2 minggu lagi nak habis semester 2 Master ni.. alhamdulillah walaupun banyak halangan masih juga mampu menghadapinya dengan baik.. semoga segala usaha dan penat lelah ni akan terbayar dengan senyum puas kerana berjaya menghadapi semuanya walaupun tidak lah sehebat mana..

awal 2013 akan sibuk dengan kerja2 akhir sebagai pelajar sarjana.. kemudian urusan majlis pernikahan adik ...dan seterusnya.. sekarang dah satrt cari kerja juga..doa-doakan supaya dapat lah kerja yang bersesuaian... insyaAllah...

Selasa, 18 Disember 2012

akan berulang kah ?

akan berulangkah cerita lama... akan berulangkah? Allah kuatkan hati aku... kuatkan hati aku...

Hadapi Dengan Senyuman - Dewa 19 (lirik)




Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

rasa release dengar lagu nie... hadapi dengan senyum....

Ahad, 16 Disember 2012

aku yang tak faham atau dia yang lupa

seharian... senyap.... senyap je... tak tahu ke mana hilang.. msj tak reply.. call tak angkat...bukan tak reply tak delivered pun... bukan tak angkat takde servis.. pelik... takkan lah charge hp sampai 16 jam.. dah kenapa pulak macam ni... siapa yang ade masalah aku ke dia.. kenapa buat aku macam ni.. mesej aku.. pastu senyap.... nak main uji kaji lagi ke apa...salah ke kalau cakap sepatah nak kemana.. aku tak la macam orang gile risaukan dia.. kenapa nak kene risaukan dia.. bukan laki aku.. memang bukan laki aku pun.. tapi aku tetap risau... kot lah jadi apa2... kalau ye pun sebok je memanjang... takkan lah tak leh inform bgtau takde masa untuk aku.. aku boleh faham lah.. buat aku macam kayu.. ye lah.. tak sengaja.. memang sebok sangt tak sempat nak bgtau.. ok.. aku assume je memang takde masa nak bgtau.. ok aku terima..

dah tu dah ade masa nk cntct aku tibe2 je kata baru keluar dari hutan... tak say sorry pun kan.. tak rasa tu salah .. memang tak salah pun nak g masuk hutan ke nak keluar dengan kawan ke apa ke... buat lah sesuka hati pun .. atleast bgtau lah... ckp sorry bz.. pun dah cukup untuk faham.. sorry taknak diganggu.. ok.. aku boleh faham.. senyap je tiba2 ingat aku ni apa? ke akku je yang sebok nak jaga relationship ni.. tolong lah hati.. sila sabar... 

sabar.. sebab sayang kan kau lah aku macam ni.. kalau tak sayang  suke hati lah nak buat apa pun... kali ni memang aku terluka.. tak dalam.. tapi cukup buat aku menangis setelah berapa lama aku senyum... terima kasih buat aku nangis... 

dingin.. perang dingin.... aku ke yang tak faham ? mungkin.. semoga setia.. semoga...

Akim Stacy-Kembali Lirik HD


Jumaat, 14 Disember 2012

bukan mudah untuk lupakan

setiap yang pernah ada dalam hidup aku tak kan mudah aku lupa.. aku tak menggantikan dia yang pernah ada dalam hati aku.. dia tetap dia yang aku sayang.. dan akan aku sayang sampai bila-bila.. aku tak membenci dia malah tidak pernah membuang dia dari hidup aku.. bagi aku.. setiap yang datang ada cerita dan kisah sendiri ada pengajaran n pengalaman yang menjadikan aku manusia seperti mana aku hari ini... 

aku hargai perhatian dan kasih sayang yang diberi.. tapi maafkan aku kerana aku takkan mampu untuk kembali seperti dulu.. malah maafkan aku kerana aku tak mampu untuk menerima kehadiran untuk kali kedua biarpun sebagai teman... cukuplah kenalan biasa-biasa sahaja.. hati ini sekalipernah sangat sayang pada seorang bernama lelaki,... sekali itu... benar.. sangat sayang.. tapi cerita dan jodoh tak panjang.. pun tetap kita berteman.. apa yang boleh dikongsi dikongsi... namun... batasnya ada.. dan aku pernah terkesan dengan terbatasnya keterbatasan itu...

sekarang aku ada dia.. kawan juga lawan.. cermin suka dan duka.. takkan sama... memang takkan sama.. cerita kali ini cerita baru buat aku.. buat dia yang baru .. pun begitu aku tak berniat menjadikan dia pengganti.. biar dia datang dalam hidup aku untuk melengkapkan apa yang kurang,melengkapkan  apa yang perlu... cinta aku bukan milik dia.. cinta aku milik tuhan.. aku serahkan cinta aku pada tuhanku.. biar kali ini aku tidak mengulang salah yang dulu...

untuk kamu yang pernah ada di hati ku... seketika itu sangat aku hargai... maafkan aku kerana aku tidak mampu mengulang cerita manis itu .. hati terlanjur terluka.... dan aku tak mahu terluka itu terasa lagi.. aku doa kamu sentiasa tenang..pergilah ke tempat baru.. carilah tenang disana.. pergilah menjauh dari kenangan.. jangan terus hidup dalam kenangan.. hiduplah dengan tenang... aku bukan bidadari.. tak perlu menunggu dan merebuat cinta ku.. kerana itu takkan terjadi.. rebutlah cinta tuhan... tuhan tidak kejam... cintailah tuhan melebihi kasihmu untuk aku.... dan tuhan akan hadiahkan cinta bidadari yang baik untuk kamu...pergilah .. carilah tenang untuk hidup... dan aku juga akan bahagia bila kamu senyum bahagia....

dia yang tiada pengganti...emak...

macam mana marah sekalipun aku.. merajuk or saje taknak balik rumah.. jauh di sudut hati ni sangat rindukan mak aku... kalau pun aku terasa hati dengan mak.. mak tetap tiada pengganti... orang tua adakalanya tak sedar apa yang dicakap tu buat kita anak ni sangat terkecil hati.. dan kita yang muda ni pun kadang tak perasan apa yang kita cakap buat mereka yang tua tu terasa hati... apa pun mak memang takde galang ganti.. mak satu-satunya wanita yang paling aku sayang dalam dunia ni.. memang mak garang pun.. tapi kerana garangnya mak la aku berjaya jadi manusia seperti sekarang... kerana garangnya mak aku boleh mengaji dengan baik.. kerana garangnya mak aku reti buat kerja rumah dan kerana garangnya mak juga lah aku hidup dengan agamaku....kerana mak aku tahu solat.. aku tahu susahnya hidup.. kerana mak aku boleh berdikari... kerana mak...

terima kasih mak.. along sangat terhutang budi.. tak termampu pun nak balas semua tu.. kalau along bagi segunung emas pun takkan sama dengan semua yang mak dah buat untuk besarkan along selama ni..... 


sangat rindu mak... serius.. sangat...


Khamis, 13 Disember 2012

gaduh

+ammar... ape ni ungkit2 salah anis... anis tak faham... anis jawab soalan ammar bukan anis nak sakitkan hati amar pun....

-dah banyak kali ammar pesan kan.. jangan sakitkan hati ammar... 

+anis jawab soalan pun salah ke? 
-salah kalau kata2 tu nak menyakitkan hati je... cube fikir dulu sebelum cakap...

anis membisu.. lama... petang tu perpisahan yang merentap rasa bahagia... hilang separuh jiwa...Anis tak faham apa yang Ammar nak... Ammar tak tahu nak pujuk Anis...

GADUH...SENYAP... SEPI....
***************************************************************************
+Ammar.. nasib baik jauh tau tak. kalau tak dah kene lenyek2 dah tau.. gerammmmmnya..... orang cakap baik2 nak api2 kan orang lagi kan... nak sakit hati sangat kan.. ambik.. ambik semua... sakit kan?

-kenapa ni Anis?
+Geram tau tak geram.... eeeeyyyyiiiiiii
-nak lenyek??
+aahh lenyek macam lenyek pisang nak buat jemput tu....

-kan best macam nie...:)
+apa yang best?aahh best.. jemput pisang memang best... cicah denga susu manis tu lg berganda2 bestnya...

-bukan lah sayang...kan best tak gaduh.. kan..
+sape suruh garang... padan muka... rindu Anis kan?
-taaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk weerk..

+serius tak? betul ke?
-hehehe gurau je...

kembali berbunga ,,,,,, alhamdulillah... anis senyum... terima kasih Ammar..

Rabu, 12 Disember 2012

warkah cinta berbau syurga

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah

Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Chorus:

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu

Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan

takkan pernah tewas dengan kekerasan]

Cintaku ini...

Ahad, 2 Disember 2012

perempuan vs lelaki

perempuan sangat serius bila da declare dia suka seseorang.... 
lelaki ada kala macam buat tak kesah

perempuan suka cerita pasal hidup dan masa depan
lelaki lebih suka cerita apa yang ade sekarang

perempuan rasa gembira bila lelaki mula tanya pasal pernikahan
lelaki mu pening kepala bila perempuan tanya pasal perkahwinan

perempuan sangat mudah cair dengan pujuk rayu
lelaki sangat cepat kalah dengan hawa nafsu

perempuan susah nak buat2 tak tahu
lelaki dengan senang kata abaikan je

perempuan sangat cepat perasan
lelaki sangat lambat memahami

ohhh... ye ke macam nie?????mungkin ye mungki tak... aku???

Abaikan je ,,,,,

aku rasa dia buah hati aku.. dia juga kawan baik aku... aku punyalah tengah serabut.. dia serabutkan lagi jiwa aku dengan soalan yang akhirnya dia suruh aku abaikan... apa nie? kenapa buat aku macam ni...

tanya balik aku kenapa jadi camni... aku cerita.. cerita sebagai kawan sebab aku tahu aku takkan boleh cerita kalau aku letak dia sebagai buah hati aku.. memang fikir nak jaga hati dia je.. so aku cerita sebagai kawan.. dengan penuh jiwa aku cerita dia boleh cakap cerita tu tak logik... ok... fine tak logik... aku tak reka cerita la,, aku jujur dengan dia.. agaknya bodoh sangat aku ni jujur..

abaikanlah aku.. abaikanlah semua yang aku rasa nie.. abaikanlah apa yang aku dah buat.. abaikan.. aku tak de hati nak fikir pasal sesapa sementara waktu ni.. kalau dia rasa aku abaikan dia pun terpulang.. aku ni yang dah memang sedia terabaikan aku tak kecoh pun... aku merungut ade dia kesah? aku tension pun dia takde dengan aku... entahla.. bukan aku tak faham dia.. faham sangat.. bukan tak pernah diabaikan pun.. selalu kot.. tapi bila kejujuran aku dianggap tak logik aku jadi.. huh... ni ke yang dia nak sangat aku jujur.. jujur aku tu tak logik... fine... aku takkan cerita dah hal aku... dia nak cerita hal dia cerita lah aku sudi je dengar.. aku sudi je nak meringankan beban jiwa dia.. aku? biar aku dan tuhan aku je yang tahu.. cukup lah... aku ada tuhan aku.. memang kali ni aku tegar.. tegar sangat.. lemas tau tak lemas... semua "DIA" yang wujud dalam hidup aku nak difahami je.. ok faham lah sangat .. memang faham pun.... terima kasih seksa jiwa  aku macam nie... terima kasih banyak.... 

dah buat lah kerja korang.. abaikan je aku... aku tau lah nak hidup.. selama ni pun aku hidup je kalau takde dia.. ego? memang aku ego pun.. penat dah lah mengalah.. penat berbagi rasa.. aku beri, aku  tatang macam minak penuh... aku dapat apa.. ? kasih sayang? aku tak rasa... takpela... ini takdir aku.. aku redha..

diam lebih baik

setiap malam mendengar perbualan orang ditelefon berabang sayang buatkan aku rimas.. oh sampai dah boleh hafal apa yang di bualkan.. senak rasa otak aku dengan perkatan cinta yang memuakkan rasa... tak hormat privacy orang langsung... jujurnya semua yang ada dalam ruang lingkup hidup aku sekarang semuanya baik2 jaga bab soalat dan tadarus alhamdulillah... itu dah cukup baik bagi aku supaya aku tak leka.. tapi aku serabut otak dengan perbualan2 yang begitu.. nak bercinta pun bercintalah tak yah lah nak satu rumah dengar apa yang korang nak bualkan.. aku nak rehat nak tidur nak belajar nak baca nak buat kerja pun tak senang... otak aku jadi sakit... nak pindah rumah. hurmm memikirkan kewangan aku yang tak berapa nak stabil ni memang aku terpaksa bertahan duduk kat sini.. 

mencari masa yang sesuai untuk buat semua kerja aku.. kadang stress dengan bende2 bodoh macam ni buat aku sendiri jadi bodoh... aku dah kate aku tak suka bising2 kecoh... entah apa lah susah sangat nak faham.. bukanlah tak leh ade bunyi langsung.. tapi agak2 lah.. tak perlu kot nak tarik perhatian semua orang... dah tu banyak betul pantang larang... ni tak boleh tu tak boleh... rimas.. rimas sangat... 

so aku diam.. diam sediam-diamnya, cakap bile perlu ja.. aku buat hal aku, buat tak tahu je hal orang lain... aku layan kerja aku aku biarkan je mereka dengan kebisingan dan keriuhan mereka... sakit otak.. tak suka lah nak marah2 masing2 dah besar.. sepatutnya tau lah hormat privacy orang.. aku tak pernah kot bangun pepagi riuh2 .. aku seboleh mungkin nak buat kerja dengan senyap... tak nak sesape pun terganggu.. bukan susah pun.. tapi adat lah hidup reramai macam ni... oh.. manusia.. macam2....

aku bukanlah baik sangat... seriusly aku tak baik sangat pun.. tp aku letih jd bodoh.. letih otak aku  ni tau tak???? kadang-kadang rasa nak stepler je mulut yang kecoh2 tu.. oooooooohhhhhhhhhh... tekanan ni buat aku jadi orang bodoh... tolong lah.,. aku nak jadi bijak pandai yang bahagia dan tenang tanpa ada benci2 orang.... ohhh....DIAM LEBIH BAIK.......

Sabtu, 1 Disember 2012

so sad

today is very bad day.. i've done nothing except lay down on my bed.. sleeping.. sleeping and sleeping.. fever make me weak..

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧡 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...