Jumaat, 14 Disember 2012

bukan mudah untuk lupakan

setiap yang pernah ada dalam hidup aku tak kan mudah aku lupa.. aku tak menggantikan dia yang pernah ada dalam hati aku.. dia tetap dia yang aku sayang.. dan akan aku sayang sampai bila-bila.. aku tak membenci dia malah tidak pernah membuang dia dari hidup aku.. bagi aku.. setiap yang datang ada cerita dan kisah sendiri ada pengajaran n pengalaman yang menjadikan aku manusia seperti mana aku hari ini... 

aku hargai perhatian dan kasih sayang yang diberi.. tapi maafkan aku kerana aku takkan mampu untuk kembali seperti dulu.. malah maafkan aku kerana aku tak mampu untuk menerima kehadiran untuk kali kedua biarpun sebagai teman... cukuplah kenalan biasa-biasa sahaja.. hati ini sekalipernah sangat sayang pada seorang bernama lelaki,... sekali itu... benar.. sangat sayang.. tapi cerita dan jodoh tak panjang.. pun tetap kita berteman.. apa yang boleh dikongsi dikongsi... namun... batasnya ada.. dan aku pernah terkesan dengan terbatasnya keterbatasan itu...

sekarang aku ada dia.. kawan juga lawan.. cermin suka dan duka.. takkan sama... memang takkan sama.. cerita kali ini cerita baru buat aku.. buat dia yang baru .. pun begitu aku tak berniat menjadikan dia pengganti.. biar dia datang dalam hidup aku untuk melengkapkan apa yang kurang,melengkapkan  apa yang perlu... cinta aku bukan milik dia.. cinta aku milik tuhan.. aku serahkan cinta aku pada tuhanku.. biar kali ini aku tidak mengulang salah yang dulu...

untuk kamu yang pernah ada di hati ku... seketika itu sangat aku hargai... maafkan aku kerana aku tidak mampu mengulang cerita manis itu .. hati terlanjur terluka.... dan aku tak mahu terluka itu terasa lagi.. aku doa kamu sentiasa tenang..pergilah ke tempat baru.. carilah tenang disana.. pergilah menjauh dari kenangan.. jangan terus hidup dalam kenangan.. hiduplah dengan tenang... aku bukan bidadari.. tak perlu menunggu dan merebuat cinta ku.. kerana itu takkan terjadi.. rebutlah cinta tuhan... tuhan tidak kejam... cintailah tuhan melebihi kasihmu untuk aku.... dan tuhan akan hadiahkan cinta bidadari yang baik untuk kamu...pergilah .. carilah tenang untuk hidup... dan aku juga akan bahagia bila kamu senyum bahagia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...