Jumaat, 14 Disember 2012

dia yang tiada pengganti...emak...

macam mana marah sekalipun aku.. merajuk or saje taknak balik rumah.. jauh di sudut hati ni sangat rindukan mak aku... kalau pun aku terasa hati dengan mak.. mak tetap tiada pengganti... orang tua adakalanya tak sedar apa yang dicakap tu buat kita anak ni sangat terkecil hati.. dan kita yang muda ni pun kadang tak perasan apa yang kita cakap buat mereka yang tua tu terasa hati... apa pun mak memang takde galang ganti.. mak satu-satunya wanita yang paling aku sayang dalam dunia ni.. memang mak garang pun.. tapi kerana garangnya mak la aku berjaya jadi manusia seperti sekarang... kerana garangnya mak aku boleh mengaji dengan baik.. kerana garangnya mak aku reti buat kerja rumah dan kerana garangnya mak juga lah aku hidup dengan agamaku....kerana mak aku tahu solat.. aku tahu susahnya hidup.. kerana mak aku boleh berdikari... kerana mak...

terima kasih mak.. along sangat terhutang budi.. tak termampu pun nak balas semua tu.. kalau along bagi segunung emas pun takkan sama dengan semua yang mak dah buat untuk besarkan along selama ni..... 


sangat rindu mak... serius.. sangat...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...