Sabtu, 27 November 2010

kenapa masih...

dah empat bulan berlalu.. dan alhamdulillah aku telah dapatkan semula apa yang pernah aku lepaskan dahulu.. bukan kerana aku tidak malu.. tapi inilah takdir yang ditentukan buat aku.. peluang kedua itu selalunya lebih dihargai.. kehilangan mengajar erti menghargai apa yang sebelumnya tidak dihargai..dan kebahagiaan tidak tergambar lagi dengan kata-kata..

namun disebalik semua yang indah masih juga ada kenangan yang pahit dalam ingatan.. ada hutang yang seakan tidak selesai.. ada suatu penjelasan yang masih aku tunggu.. sedangkan aku sendiri tahu tak perlu pun mengharapkan apa-apa penjelasan dari dia.. entahlah.. tapi aku masih rasa terbeban dengan perkara ni.. aku rasa tak tak puas hati selagi aku tidak tahu cerita sebenarnya.. masih terdetik dalam hati ni rasa kecewa dengan apa yang terjadi.. bukan salah dia.. malah tiada lagi rasa untuk orang seperti dia.. hanya doa-doa sahaja.. doa agar dia bahagia dengan apa yang ada padanya sekarang dan semoga cerita satu episod aku dengan dia tidak akan berulang pada sesiapa pun..

namun keadaan adakalanya membuatkan aku selalu bersangka buruk.. kerana dia juga teman kepada temanku yang lain.. dan mungkin ada cerita yang tak sepatutnya sampai kepada mereka.. dan itu amat2 aku risaukan.. mungkin juga tidak.. ermm.. Ya Allah jagalah hatiku ini agar aku tidak bersangka buruk lagi pada sesiapa.. dia malah sesiapa pun.. Ya Allah hilangkanlah dia dari ingatan agar ketenangan ini tidak lagi tergugat..

dia temanku.. teman masa kecil yang pernah aku sirnakan dari ingatanku.. teman yang datang semula dengan cerita kenangan.. dan teman yang pernah mengajar erti hidup.. tidak banyak pun yang di ajar.. satu perkara ja.. tapi memadai untuk buat aku berfikir.. teman yang selalu aku doakan.. dan akhirnya tidak lagi menjadi teman.. oh Allah.. luputkanlh ingatan aku padanya..kerana aku menyayangi orang yang menyayangiku kini..melebihi sayangku pada dia temanku..kerana aku bimbang kenangan itu akan terus menghantui mimpi2ku..dan menggugat ketenangan hatiku lagi.. saat ini mataku berkaca-kaca.. dada ini sebak menahan rasa.. kenapa masih ada dia ... kenapa masih lagi hati ini tidak melupakan apa yang terjadi... aku tidak mahu cintanya dan sayangnya dan apa pun dari dia.. yang aku tunggu hanya satu janji.. yang aku nantikan penjelasan yang akan meleraikan kekusutan yang ada..hanya itu.. tapi mungkin takkan ku peroleh... ermm.. moga hati ini akan lebih kuat dan tetap kuat untuk mengikis semua yang pahit itu ..semoga dia sentiasa tenang dengan kehidupannya.. dan semoga kebaikan selalu bersamanya.. kerana aku takut jika aku terus begini aku mendoakan keburukan dan kesusahan.. namun siapalah aku untuk menghukum dia... tapi siapa juga dia.. dan kenapa dia menghukum aku dan mengganggu tenang yang aku miliki dan akhirnya pergi.. 

Isnin, 22 November 2010

lagi masalah air

untuk kesekian kalinya masalah air berulang... kali ni bukan kolej kediaman aku ja.. tapi juga penduduk sekitar kampung pasir berdengung.. hehehe.. Allah nak uji tahap kesabaran budak2 UNiSZA la ni..ermm.. semoga aku dan makhluk2 yang tinggal di bumi UNiSZA ni termasuk dalam kumpulan yang boleh sabar dengan masalah air ni.. bukan salah universiti bila kolej kediaman pelajar tak de air.. mungkin ada masalah dengan bekalan dan sistem saliran air sekitar Gong Badak ni.. bo la wak dosa duk nyumpoh mereka2 tu.. mgkin betul mereka tidak bersalah.. kite ni ha yang rugi sebab menambah dosa jadi berkarung2 guni dek kerana mengumpat , mengata.. menyumpah dan menjerit tak tentu hala.. ketahuilah.. perbuatan itu adalah antara perbuatan yang amat di sukai oleh syaitan yang di rejam...hiduplah dengan tenang.. ambik positif setiap perkara.... semuanya akan baik.. bukannya kita biarkan masalah tu menimpa kita.. tapi kita sepatutnya lebih bijak dan bersiap sedia dengan cara yang lebih matang untuk hadapi masalah ni...

kepada penduduk bumi UNiSZA.. nnt dah ada air jangan lupe tadah dalam baldi kosong ek.. simpan le untuk kecemasan.. :) dan nnt bile dah ada air jangan dok membezir pulak.. ingat membazir itu amalan siapa? amalan syaitan kan...jadi jangan membazir dan siapkan payung sebelum hujan..

Ahad, 21 November 2010

SSL configuration ....

salam buat semua.. hope semua sihat dan sentiasa dibawah naungan ALLAH.. dah lama tak update blog ni.. rindu sangat nak menaip tapi masa sangat2 jeles.. tak bagi  ruang untuk lepak kat ruang maya ni lama2.. alhamdulillah semuanya dah selesai tinggal nak hantar report fyp dan exam ja lagi.. alhamdulillah sangat2..berbalik kepada cerita SSL yang pernah aku cerita dulu..14 november hari tu kitorang present le projek subjek aplikasi web terjamin ni.. dengan jayanya? ermm.. dengan jayanya walaupun sedikit kecelaruan berlaku...

aku..cik ain  dan cik alang buat dekat linux.. kitorang gune VM ja sebab laptop kitorang mmg defaultnye windows.. cik izzah n cik huda buat kat windows.. part report pulak kita buat sama2... kepada sesiapa yang mungkin kene buat assignment yang sama cam kitorang ni nnt.. aku boleh bagi tips untuk linux...first korang kene jadikan pc korang as server..using VM masa firs install tu kene select menu server sekali.. pastu just follow guide yang ada dekat howtoforge.org. dekat howtoforge.org tu.. korang leh search cara nak configure SSL berdasarkan OS yang korang gune kat VM tu... 

ada macam2 tutorial lain yang related dengan linux kat howoforge.org tu.. thanks tu En.Nik yang bg url web site tu kat aku.. ermm.. that was the last group's asgment for this semester.. huhuhu.. aku akan merindui masa2 bersama mereka2 yang memang sangat best ni.. next sem dah kene internship.. internship for 6 months..waa.. dah kene kerja.. da takde buku2 tebal.. tapi lagi ramai orang yang akan aku kenal.. hurmm..boleh ke aku harung 6 bulan tu ? doakan ek..aku harap terus dapat kerja kat tempat prakikal tu.. :) hihihi... kerja dan kerja sementara tak kawin lagi.. sementara tak de orang nak jadikan aku isteri dia.. ahaks..gatal.. well.. sampai sini dulu.. next entry cite pasal exam dan perancangan masa depan pulak ... tata... jumpa lagi semua.. Assalamualaikum..:)

Isnin, 1 November 2010

....kapal kertas...

 hujan turun membasahi bumi telah menyebabkan ruang2 yang boleh menakung air mula melimpahkan air dari ruangan tersebut.. begitulah juga yang berlaku di bumi UNISZA.. hujan yang turun semenjak dua tiga ha ri ini telah menyebabkan semua lopak2 air termasuk juga longkang dan parit besar yang ada kat UNISZA ni dah melimpahkan air hujan.. melihat situasi ni aku teringat masa kecik2 dulu suka main kapal kertas bila hujan.. masa tu main dengan adik aku ja.. setiap kali hujan aku akan buat kapal kertas.. pastu aku main kat lopak air.. tak pun aku letak kapal kertas tu dalam longkang yang airnya mengalir deras.. seronok bila tengok kapal tu belayar menyusur parit tu.. lagi seronokk kalau ada pertandingan kapal kertas.. heheh

tapi tu cerita dulu.. dan tadi entah kenapa teringin nak ulang cerita lama tu.. teruja pulak tengok air yang mengalir deras tu.. haih.. tak padan dengan "tua " aku ni... dan akhirnya aku dan sorang lagi member yang seakan kanak2 ribena macam aku ni telah merancang ekspidisi melayarkan kapal kertas.. hehehe.. sebenarnya dua2 tengah kepeningan melayan FYP.. jadi dengan cara ni telah memberikan keseronokan dan telah mengurangkan sedikit tekanan jiwa.. 

so.. kepada sesiapa yang tengah tension tahap gaban masa nie.. try la korang ingat balik zaman kevik2 korang yang penuh warna warni suka2 tu.. serius korang akan senyum..malah ketawa sampai guling2.... kalaupun masa kecik korang dulu korang rasa tak best.. tapi aku yakin yang amat.. bahawasanya korang mesti ada satu peristiwa dan satu perkara yang korang sangat suka buat masa korang kecik dulu.. yang mana bila korang buat perkara tu korang rasa best.. dan itu semua akan buat korang rasa bahagia.. walaupun untuk sekejap. sebanarnya ia sudah memadai bagi memulihkan perasaan tertekan korang tu..:)

jadi.. bila korang rasa stress.. buatlah sesuatu.. jangan biarkan tekanan tu yang kawal hidup korang.. hidup ni peraturannya bukanlah susah sangat.. hadapi dengan tenang.. bergantung harap dengan Allah.. dan berusaha menyelesaikan masalah dengan cara berhikmah.. takde masalah yang tak boleh diselesaikan pun.. yang penting.. kita perlu sentiasa positif... ingat. Allah tak ubah nasib seseorang hambanya selagi hambanya tidak mengubah nasib mereka sendiri...:)

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...