Isnin, 1 November 2010

....kapal kertas...

 hujan turun membasahi bumi telah menyebabkan ruang2 yang boleh menakung air mula melimpahkan air dari ruangan tersebut.. begitulah juga yang berlaku di bumi UNISZA.. hujan yang turun semenjak dua tiga ha ri ini telah menyebabkan semua lopak2 air termasuk juga longkang dan parit besar yang ada kat UNISZA ni dah melimpahkan air hujan.. melihat situasi ni aku teringat masa kecik2 dulu suka main kapal kertas bila hujan.. masa tu main dengan adik aku ja.. setiap kali hujan aku akan buat kapal kertas.. pastu aku main kat lopak air.. tak pun aku letak kapal kertas tu dalam longkang yang airnya mengalir deras.. seronok bila tengok kapal tu belayar menyusur parit tu.. lagi seronokk kalau ada pertandingan kapal kertas.. heheh

tapi tu cerita dulu.. dan tadi entah kenapa teringin nak ulang cerita lama tu.. teruja pulak tengok air yang mengalir deras tu.. haih.. tak padan dengan "tua " aku ni... dan akhirnya aku dan sorang lagi member yang seakan kanak2 ribena macam aku ni telah merancang ekspidisi melayarkan kapal kertas.. hehehe.. sebenarnya dua2 tengah kepeningan melayan FYP.. jadi dengan cara ni telah memberikan keseronokan dan telah mengurangkan sedikit tekanan jiwa.. 

so.. kepada sesiapa yang tengah tension tahap gaban masa nie.. try la korang ingat balik zaman kevik2 korang yang penuh warna warni suka2 tu.. serius korang akan senyum..malah ketawa sampai guling2.... kalaupun masa kecik korang dulu korang rasa tak best.. tapi aku yakin yang amat.. bahawasanya korang mesti ada satu peristiwa dan satu perkara yang korang sangat suka buat masa korang kecik dulu.. yang mana bila korang buat perkara tu korang rasa best.. dan itu semua akan buat korang rasa bahagia.. walaupun untuk sekejap. sebanarnya ia sudah memadai bagi memulihkan perasaan tertekan korang tu..:)

jadi.. bila korang rasa stress.. buatlah sesuatu.. jangan biarkan tekanan tu yang kawal hidup korang.. hidup ni peraturannya bukanlah susah sangat.. hadapi dengan tenang.. bergantung harap dengan Allah.. dan berusaha menyelesaikan masalah dengan cara berhikmah.. takde masalah yang tak boleh diselesaikan pun.. yang penting.. kita perlu sentiasa positif... ingat. Allah tak ubah nasib seseorang hambanya selagi hambanya tidak mengubah nasib mereka sendiri...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...