Isnin, 24 Mei 2010

cerita kita berakhir di sini....

aku khusyuk membaca ayat2 cinta.. ada ketika aku senyum.. ada ketika aku menangis malah ada ketika tertawa sendiri.. berjaya penulis novel ni bermain dengan perasaan aku... hinggalah ada satu part di mana watak heroin dalam novel tu sanggup melakukan apa sahaja untuk selamatkan suaminya daripada terus dihukum penjara..suaminya menegah perbuatan isterinya dengan sebab dia tidak mahu termasuk dalam golongan yang saling berkasih-sayang di dunia ini semahunya etapi di akhirat nanti mereka saling membenci.. dan sisuami mahu isterinya itu tetap menjadi isterinya diakhirat nanti.. lalu mereka saling menangis.. 

dan aku terpana seketika.. apa yang aku dan dia dah lalui selama ini adalah rasa kasih yang dikongsi.. saling menjaga dan sentiasa cuba untuk memahami.. malah dapat aku katakan dia adalah yang terbaik dari yang terbaik.. namun aku tiba2 menjadi takut dengan apa yang baru sahaja aku baca.. walaupun hanya cerita seorang penulis.. tapi mesej yang di sampaikan itu jelas... aku mengasihi dia sepenuh hatiku.. maka aku tidak sanggup menjadikan dia musuhku dengan apa yang telah aku ..dia dan perasaan yang ada ini.. lalui.. Allah ampunkan lah kami.. ampunilah dosa2 kami yang kelmarin.. ampunilah dosa2 kami yang semalam.. dan hari ini jika ada dalam hati2 kami perasaan yang tidak baik antara kami dan KAMU..

aku relakan perpisahan ini.. aku harus menetapkan hati dengan apa yang aku mahu.. hari2 yag berlalu tanpa dia adalah amat pelik.. jiwa yang tenang dengan keputusan yang dibuat kadang2 terusik jua dengan kenangan2.. masa2 yang belalu adakalanya tak mampu melarikan rasa rindu yang ada ini bersama-samanya..dan mataku berkaca-kaca.. ada ketika hujan lebat membasah hati... Allah kuatkanlah hati2 kami agar apa yang aku putuskan ini tidak menjadi penyabab kami lebih jauh dariMu.. Allah berikanlah kekuatan kepada hati2 kami.. moga yang hilang akan berganti... namun jauh di sudut hati aku tetap mengharapkan dia... andai ada lagi jodohku dengannya aku harapkan ia dalam suasana yang lebih baik...jika bukan lagi jodoh kami.. aku titipkan doa agar dia,Allah hadiahkan teman yang baik hati .. yang memahami dan mencintainya sepenuh hati kerana dia sangat baik terhadap aku.. Allah.. hanya engkau yang tahu bagaimana rasa hati dan perasaan kami saat ini...

Allah...tunjukkanlah jalan yang benar kepada  kami...sesungguhnya kami sesat tanpa petunjuk dan hidayah dariMu....

untuk dia... insan yang pernah bertakhta dan beraja di hati  ini.. aku harapkan dia tabah dan tetap bersemangat dalam menjalani kehidupan... aku doakan agar kehidupannya bertambah baik dan bertemu dengan pengganti yang lebih sesuai dan lebih memahami.. selamat tinggal sayangku... semoga ini terbaik buat kita... sesungguhnya Islam itu sangat indah.. yang  merosakkan Islam itu bukanlah syariat hukum dan amalan kehidupan penganutnya.. sebaliknya indah islam kian sirna kerana sikap dan akhlak penganutnya itu sendiri..bukan susah hidup berlandaskan hukum.. hanya aku insan yang lemah dan hina ini adakalanya terlalu sombing tidak mahu mengikut aturan dan hukum tuhan.. Allah ampun kanlah aku...tiada lagi dia dalam hidupku.. yag ada hanya kenangan dan banyak pengajaran dan nasihat....dari dia dan juga dari peristiwa2 yang pernah berlaku antara aku ..dia..dan hubungan kami....dan ini akan aku ingat hingga hujung nyawa.. moga jadi pedoman buatku agar aku dan dia tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama untuk kali kedua kerana orang beriman tidak melakukan kesilapan kedua kali...InsaAllah...

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...