Rabu, 28 Disember 2016

no title

kadang kala aku rasa aku tersalah buat pilihan, tapi aku tak nak mengalah dengan apa yang aku dah pilih. memang banyak dugaan, aku sendiri pun kadang-kadang tak pasti kenapa aku tak boleh nak move on dengan cepat. mungkin ada halangan-halangan dan aku sendiri tak berusaha untuk keluar daripada kelompok keselesaan tu.

tapi aku nak buktikan bahawa aku boleh berjaya dan mampu berjaya, sekurang-kurangnya aku nak ada aset sendiri dan tak menyusahkan orang lain, lari daripada keselesaan hidup dan buat benda yang aku sebenarnya tak berkemahiran pun nak buat adalah cabaran besar. 

tapi kalau aku tak mulakan sesuatu yang baru dalam hidup aku, aku akan tetap selesa dengan apa yang aku ada sekarang. now aku struggle untuk hidup. aku rasa ada lagi orang yang lebih susah daripada aku kot, tengah struggle juga. malah mungkin aku lebih beruntung, sekurang-kurangnya aku ada tempat berteduh, boleh lagi hidup macam biasa walaupun tersepit sedikit.

Alhamdulillah.
tapi aku kira aku masih lagi belum dapat apa yang aku mahu. ada lagi hutang-hutang yang aku belum selesaikan untuk diri aku sendiri dan orang lain juga.,

apa aku nak buat untuk 2017? banyak benda, tapi first aku kene ubah mindset aku dan perangai aku juga. aku kene ubah diri aku dulu sebelum aku boleh ubah apa yang aku ada. doakan aku mampu jadi manusia yang lebih baik eyh. terima kasih atas doa-doa korang semua selama ni. aku hargai sangat-sangat. doakanlah lagi yang baik-baik untuk aku. aku pun akan selalu doakan yang baik-baik untuk korang,

hidup ni, kadang-kadang dilanda ribut, kadang-kadang gersang kering kontang. tanpa redha dan izin Allahdoa-doa dan sokongan manusia lain disekeliling, aku takkan mampu nak bangun melangkah dan angkat muka pun. semua kita saling berkait.

jika aku pernah menyakiti hati korang, maafkanlah aku. aku mungkin tak perasan atau tak tersengaja bercakap kasar, mengabaikan atau tidak memberi perhatian, sebab aku sendiri pun kadang-kadang terabai dan diabaikan. banyak benda nak fikir dan buat. jadi maafkanlah kecuaian aku selaku manusia yang lemah dan tidak sempurna ni. aku cuba untuk jadi yang lebih baik selepas ni. doakan aku eyh. kita sama-sama jadi yang lebih baik, Insyaallah. 

okey, cukup dulu membebel, aku luahkan kat sini sebab aku dah tak larat nak simpan sorang-sorang. ya Allah ada, Allah mendengar, aku tidak menafikan Allah lebih mengetahui, cuma aku berkongsi rasa aku sekarang dengan harapan ada yang sudi mendoakan kebaikan buat aku. sebab doa adalah senjata yang sangat kuat, doa adalah sumber kekuatan. insyaallah sama-sama doakan kebaikan demi kebaikan untuk semua. 

jaga diri, jaga solat, jaga iman.
salam sayang , sayang sungguh-sunguh .

Lazuardy Violet

Sabtu, 3 Disember 2016

Kerana cinta itu

Dengan berat hati
Kelmarin terlerai juga
Berjuraian air mata
Hati beku

Dengan berat hati
Ku tega melafazkan
Selamat tinggal kekasih yang pernah aku dambakan

Dengan berat hati
Aku, pergi. Menjauh Tanpa menoleh lagi

Aku doakan
Hatinya kuat

Aku doakan
Bahagia dan bahagia
Milik aku

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...