Rabu, 30 November 2016

Seminggu yang bisu

Terusik juga hati bila membaca setiap pesanan dia untuk aku,
Hati nekad, diam lebih baik, biarkan sahaja pesanan itu tidak berbalas
Lalu kenapa tidak aku blok sahaja semua akses?
Senyum, biarlah. Aku tidak mahu menambah kesakitan dan kesedihan sedia ada. Aku pernah melalui dan aku tahu betapa sakitnya ditinggalkan dan dikhianati. Maka perlu apa aku lakukan apa yang pernah dia lakukan?
Bukan niat untuk membalas apa-apa, sedikitpun tidak ada niat untuk menyakitkan, Malah ruang yang sedikit itu aku harap memberi dia ketenangan.
Dan aku? Mengapa mesti mengambil tahu? Tidak, aku sekadar melihat. Apakah sudah bahagia dan saling membahagiakan. Jika senyum yang terlihat masih tawar, maka aku faham. Masih ada aku dalam kenangan.
Dan aku akan doakan, semoga padam dan hilang, satu demi satu perasaan dan ingatan itu.
Aku tidak melupakan, aku juga tidak membenci. Aku cuma ingin hidup, dengan hati dan jiwa bahagia. Dengan kasih dan cinta yang tidak menduakan, dengan Setia dan keikhlasan.
Maka, yang pernah ada harus aku lepaskan supaya yang baru dapat aku genggam. Dan aku juga berharap, yang pernah ada turut juga merelakan, kerana bukan aku yang disisi, kerana bukan aku yang dinikahi,
Lepaskanlah,
Aku ingin terbang tinggi

Selasa, 29 November 2016

As the time fly

Banyak perkara berlaku dalam tempoh hampir 3 bulan,
Alhamdulillah, kehidupan semakin baik.
Ya, ada beberapa ujian dan kesusahan.

Itu pengalaman, Alhamdulillah. Pengalaman yang mengajar until lebih kuat dan berdikari.

Apa yang pasti perjalanan seterusnya, insyaAllah akan lebih mudah.
Semoga Allah bantu, semoga Allah berkati.

Aku dan pakir kereta

Antara beberapa perkara yang aku kadang² lupa ialah pakir kereta.
Selalunya kalau keluar seorang, memang aku akan ada masalah nak ingat kat mana pakir. Dan lepas tu, mulalah tawaf tempat pakir tu, pernah sampai rasa macam nak menangis banyak Kali pusing tempat sama , tapi tak juga jumpat mana letak kereta.

Siapa lagi ada masalah macam aku? Hahaha, entahlah, aku je lot spesis tak ingat letak kereta kat mana ni. Eksperimen yang aku buat ke atas diri aku sendiri untuk cari punca kenapa tak ingat tu membuktikan bahawa: aku tak ingat sebab

1) tak ambik perhatian kawasan yang aku pakir
2) banyak sangat fikir hal kerja
3) tak ambik gambar lokasi pakir
4) fikir nk gi cari barang or ke tempat yang aku nak je,
5) entah, aku pun tak tau,😜

Jadi, semenjak dua menjak ni, aku akan pastikan aku pakir kereta dekat dengan lokasi yang aku nk singgah beli barang atau makan. Kemudian, aku juga mula ambil gambar kat mana aku pakir,

Lepas tu , kalau agak2 macam tak jumpa kereta, aku akan tekan button alarm pada kunci kereta, supaya aku boleh trace kereta berdasarkan bunyi alarm tu. Heee, maaflah kalau kereta aku memekak. Aku cuma nak cari kereta aku je. 😫

Ermm, korang ada cara tak nak ingat kat mana park? Nanti kongsikan ya. Tak baik simpan ILMU sorang², kene kongsi,Baru berkat. Hee..

Baca sampai habis ke? 😝😜😘😍
Mood tengah demam ni, mengada² lebih, Manja pun lebih.doakan aku sihat ya. Tq .korang pun take care tau. Muaah ciked. Sikit je, kang jangkit pulak demam.

Jumpa lagi nnt, sayang korang.
Daaaa.....

With Love,
LazuardyViolet

Khamis, 24 November 2016

dan kamu pun mengerti

entah kenapa jujur itu menyakitkan
ya amat menyakitkan
pada hati yang pernah aku sayang
pada jasad yang pernah aku kasihi

lalu,
kenapa tidak lagi kini?
kerana cerita itu telah berlalu

aku ingin terbang tinggi,
tanpa mahu melihat kebelakang,
tanpa mahu melihat ke bawah

aku ingin pergi jauh berlari
meninggalkan kenangan 
meninggalkan harapan yang tidak mampu aku capai

lalu,
aku nyatakan. walaupun aku terluka
dan kamu juga lebih terluka

siapa yang punya angkara?
bukan siapa-siapa

kerana cinta itu tidak terpaksa dan memaksa
cuma, saat ini tidak ada kisah itu dalam bab sekarang
mungkin dalam bab akan datang ada

tapi sekarang tidak,
maka mengertilah bahawa aku ingin terbang bebas

dan aku pun tidak pasti selama mana aku mahu di awan
akan ada nanti masanya aku turun merendah
bertenggek di dahan 
berteduh di rendang pohon

hiduplah kesayang-kesayangan
hiduplah dalam kehidupan yang sebenar.
aku doakan bahagia kalian

izinkan aku terbang dan bebas.
izinkan aku memilih dan mencintai dia yang aku mahu

izinkan aku kasih pada dia yang akan datang
bukan kamu
bukan kamu
bukan kamu

fahamilah, kasih itu melemaskan aku
menyeksa batin dan jasadku.

kasihanilah aku, aku juga ingin bahagia

dan kamu pun semakin mengerti.
semoga kamu melepaskan aku pergi.

Rabu, 16 November 2016

Tiada Jodoh Antara Kita

Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Di hujung pertemuan..

Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tanganmu...

Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mengganggu..
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya...

Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya..

Walau tidak di sini
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doa kupohonkan
Moga diperkenankan
Dipertemukan suatu masa nanti...
(Suatu masa nanti..oh..oh..)


Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...