Rabu, 30 November 2016

Seminggu yang bisu

Terusik juga hati bila membaca setiap pesanan dia untuk aku,
Hati nekad, diam lebih baik, biarkan sahaja pesanan itu tidak berbalas
Lalu kenapa tidak aku blok sahaja semua akses?
Senyum, biarlah. Aku tidak mahu menambah kesakitan dan kesedihan sedia ada. Aku pernah melalui dan aku tahu betapa sakitnya ditinggalkan dan dikhianati. Maka perlu apa aku lakukan apa yang pernah dia lakukan?
Bukan niat untuk membalas apa-apa, sedikitpun tidak ada niat untuk menyakitkan, Malah ruang yang sedikit itu aku harap memberi dia ketenangan.
Dan aku? Mengapa mesti mengambil tahu? Tidak, aku sekadar melihat. Apakah sudah bahagia dan saling membahagiakan. Jika senyum yang terlihat masih tawar, maka aku faham. Masih ada aku dalam kenangan.
Dan aku akan doakan, semoga padam dan hilang, satu demi satu perasaan dan ingatan itu.
Aku tidak melupakan, aku juga tidak membenci. Aku cuma ingin hidup, dengan hati dan jiwa bahagia. Dengan kasih dan cinta yang tidak menduakan, dengan Setia dan keikhlasan.
Maka, yang pernah ada harus aku lepaskan supaya yang baru dapat aku genggam. Dan aku juga berharap, yang pernah ada turut juga merelakan, kerana bukan aku yang disisi, kerana bukan aku yang dinikahi,
Lepaskanlah,
Aku ingin terbang tinggi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...