Sabtu, 27 November 2010

kenapa masih...

dah empat bulan berlalu.. dan alhamdulillah aku telah dapatkan semula apa yang pernah aku lepaskan dahulu.. bukan kerana aku tidak malu.. tapi inilah takdir yang ditentukan buat aku.. peluang kedua itu selalunya lebih dihargai.. kehilangan mengajar erti menghargai apa yang sebelumnya tidak dihargai..dan kebahagiaan tidak tergambar lagi dengan kata-kata..

namun disebalik semua yang indah masih juga ada kenangan yang pahit dalam ingatan.. ada hutang yang seakan tidak selesai.. ada suatu penjelasan yang masih aku tunggu.. sedangkan aku sendiri tahu tak perlu pun mengharapkan apa-apa penjelasan dari dia.. entahlah.. tapi aku masih rasa terbeban dengan perkara ni.. aku rasa tak tak puas hati selagi aku tidak tahu cerita sebenarnya.. masih terdetik dalam hati ni rasa kecewa dengan apa yang terjadi.. bukan salah dia.. malah tiada lagi rasa untuk orang seperti dia.. hanya doa-doa sahaja.. doa agar dia bahagia dengan apa yang ada padanya sekarang dan semoga cerita satu episod aku dengan dia tidak akan berulang pada sesiapa pun..

namun keadaan adakalanya membuatkan aku selalu bersangka buruk.. kerana dia juga teman kepada temanku yang lain.. dan mungkin ada cerita yang tak sepatutnya sampai kepada mereka.. dan itu amat2 aku risaukan.. mungkin juga tidak.. ermm.. Ya Allah jagalah hatiku ini agar aku tidak bersangka buruk lagi pada sesiapa.. dia malah sesiapa pun.. Ya Allah hilangkanlah dia dari ingatan agar ketenangan ini tidak lagi tergugat..

dia temanku.. teman masa kecil yang pernah aku sirnakan dari ingatanku.. teman yang datang semula dengan cerita kenangan.. dan teman yang pernah mengajar erti hidup.. tidak banyak pun yang di ajar.. satu perkara ja.. tapi memadai untuk buat aku berfikir.. teman yang selalu aku doakan.. dan akhirnya tidak lagi menjadi teman.. oh Allah.. luputkanlh ingatan aku padanya..kerana aku menyayangi orang yang menyayangiku kini..melebihi sayangku pada dia temanku..kerana aku bimbang kenangan itu akan terus menghantui mimpi2ku..dan menggugat ketenangan hatiku lagi.. saat ini mataku berkaca-kaca.. dada ini sebak menahan rasa.. kenapa masih ada dia ... kenapa masih lagi hati ini tidak melupakan apa yang terjadi... aku tidak mahu cintanya dan sayangnya dan apa pun dari dia.. yang aku tunggu hanya satu janji.. yang aku nantikan penjelasan yang akan meleraikan kekusutan yang ada..hanya itu.. tapi mungkin takkan ku peroleh... ermm.. moga hati ini akan lebih kuat dan tetap kuat untuk mengikis semua yang pahit itu ..semoga dia sentiasa tenang dengan kehidupannya.. dan semoga kebaikan selalu bersamanya.. kerana aku takut jika aku terus begini aku mendoakan keburukan dan kesusahan.. namun siapalah aku untuk menghukum dia... tapi siapa juga dia.. dan kenapa dia menghukum aku dan mengganggu tenang yang aku miliki dan akhirnya pergi.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...