Sabtu, 8 September 2012

rindu semakin jauh

beberapa bulan berlalu, terakhir kali bertemu Asraf sebulan dulu semasa karnival IKS di PWTC, pertemuan yang tak dirancang.. perjalan pagi itu terasa longlai. Anis ke PWTC dengan komuter. dia ditemani Fakar. Anis sendiri tidak tahu kenapa Fakar terlalu baik dengannya.. Anis sendiri tidak tahu mengapa dia rasa selesa Fakar menjadi kawannya.. mungkin kerana rindu yang jauh atau mungkin kerana Fakar yang kadang kala sangat baik hati ingin membantu.

Anis tidak pernah menganggap Fakar lebih dari kawan, malah Anis sendiri telah jelaskan bahawa dia tidak boleh mempunyai perasaan lebih dari kawan walaupun Anis suka Fakar.. Bagi Anis kasih sayangnya hanya untuk Asraf. Asraf yang dulu datang dalam hidupnya, Asraf lelaki yang pertama mengajar Anis erti cinta dan setia, Asraf , lelaki yang pertama berani menegur kesalahan Anis, Asraf yang berani menegah perbuatan Anis, Asraf lelaki pertama yang benar-benar mengajar Anis bahawa hidup ini tidak indah seperti yang diharapkan. Anis takkan biarkan apa yang Asraf berikan, kepercayaan dan sayang Asraf padanya hilang kerana sikapnya.. namun Anis juga tidak mampu melawan takdir.. sekuat mana pun Anis berusaha untuk setia dan menjaga hubungan yang ada, pastinya tidak akan mampu jija hanya dia yang berharap begitu..

mungkin salah Anis kerana akhir2 ini dia selalu soalkan hal pernikahan mereka pada Asraf.. Anis sebenarnya tak sanggup berjauhan dan tak sanggup lagi mengeluh kerana hanya mampu mendengar sahaja luahan masalah Asraf. Dia mahu ada bersama-sama Asraf bila Asraf susah, dia mahu membantu apa yang mampu. Tapi Asraf tidak pernah berikan peluang untuk membantu itu. Asraf manjakan Anis, Asraf jaga Anis sampai Anis tak pernah rasa susah sedikit pun selama mereka bersama. Asraf rasa Anis mendesak, mungkin.. tapi niat Anis bukan untuk menambah beban Asraf.. tidak.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Petang itu, Anis kepenatan... dia berbaring sebentar melepas lelah. badan mula terasa seram sejuk, nak demam barangkali, atau mungkin pre menstural syndrom(PMS), dia barkira2 hendak BBM Asraf, rindu. Hampir 2 minggu tidak berhubung langsung.. tiada panggilan telefon, ada BBM pun selang 2-3 hari, rindu.. " Abang, Anis rindu" detik hatinya... merenung skrin Blackberry, mengharapkan panggilan dari Asraf.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hampir terlelap,  dering telefon berbunyi membangunkan Anis, "Abang" , anis hampir menjerit, senyum terukir..
 " Abang, Assalamualaikum.."
"Anis. Waalaikumussalam, Anis buat apa? Anis sihat?"
"Anis ok, rindu.." dengan nada riang .
"ermm..Anis, abang nak cakap sesuatu... Anis dengar apa abang nak cakap dulu eyh"
"ok, abang nak cakap apa ye?" teruja nak tahu..
" Anis, abang minta maaf, abang rasa abang nak kita jadi kawan ja. Abang minta maaf, abang tak nak Anis tunggu abang. Abang tak nak buat Anis macam ni lama-lama"
"kenapa ni?, kenapa cakap macam ni? Abang marah Anis ke? Abang tak sayang Anis?"
"Abang sayang anis lah abang pilih untuk kita berkawan ja" perbualan mereka berlarutan dalam tangis.. Anis menangis bersungguh-sungguh..di sealik sana, Asraf juga begitu. Anis tahu itu satu keputusan yang sangat berat dan besar dalam hidup Asraf. Anis tahu Asraf telah fikir sebaik-baiknya. Anis tahu itu yang terbaik untuk merek masa ini. Anis rasa jiwanya kosong, remuk.. air mata mencurah tanpa mampu dihalang.. puas di seka, masih juga berjurai.. 

"Ya Allah kuatkan aku.." rintih Anis. Seminggu hanya berlalu bisu, mata mula nampak bengkak, rasa sebak, haru dan sedih bercampur.. 

18 Julai 2009 - April 2012 (2 tahun 8 bulan) ~~~~~~~ kenangan terindah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...