Sabtu, 8 September 2012

semalam yang berlalu

Anis sedar, sejak mula sambung belajar, banyak masa dihabiskan dengan tugasan kuliah.. ada kalanya tertidur depan laptop yang tak shut down.. ada masa tertidur dalam keadaan nota, jurnals dan tugasan yang berselerak di katil... ada kala tak sempat makan, sekadar alas perut dengan biskut atau roti itu pun sambil membaca, sambil menyiapkan tugasan.. Anis sedar masanya untuk Asraf semakin kurang. malah Asraf sendiri juga semakin sibuk dengan kerjanya.. ada masa sampai seminggu tidak dengar khabar. adakala bila Asraf call, Anis tak sempat nak jawab, ada kala bila Asraf BBM Anis tak sempat nak reply.. selalu bila dah sselesai tugasan, dah selesai kerja baru Anis call Asraf semula... tp Asraf pula yang sibuk..

Maka masing-masing memendam rasa. rindu yang dulu telah sedia ada sekarang semakin terbeban. 
"Abang, maafkan Anis.. sekarang selalu tak berkesempatan nak berbual, nak berkongsi cerita, jumpa apatah lagi. "

"takpe sayang, abang pun minta maaf sebab sibuk,"perbualan itu berterusan dengan pelbagai lagi cerita lain. banyak yang di bualkan.. hingga tak sedar dua-dua tertidur. begitu la bila sekali sekala berpeluang untuk bercerita.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Anis. kenapa ada macam-macam status dekat wall FB anis? Anis marah abang?. kenapa Anis".. soal Asraf bertubi-tubi pada Anis.." status tu bukan untuk abang.. anis cuma luahkan apa yang anis rasa umum.." jantung anis berdegup kencang, dia tahu Asraf merasa tidak selesa dan terancam dengan isu itu jika tidak tentu Asraf tidak akan bertanya. Anis tahu akan ada sesuatu terjadi nanti. Anis tahu dia telah abaikan Asraf, Anis juga tahu ada banyak perkara yang dia membelakangkan Asraf.. bukan kerana Anis tak mahu Asraf membantu, tapi Anis tau Asraf sibuk dan terbeban dengan kerjanya, Anis cuma mahu berdikari.. Anis cuma mahu belajar buat keputusan sendiri.." Maafkan Anis, Abang" dan luka di hati dibiarkan terubat sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...