Jumaat, 4 Jun 2010

semuanya kerana Allah

salam buat semua yang aku sayang ..esp sahabat2 yang selalu bg sokongan dan selalu ada bersama tak kira susah dan senang...kali ni violet nak cerita pasal friendship.. cerita masa violet sekolah dulu... cerita masa kat matrik dan cerita masa kat u... semua yang violet jadikan kawan violet sayang kerana Allah.. violet cintakan sahabat2 violet kerana Allah dan violet membenci beberapa orang juga kerana Allah... violet tahu tak semua orang suka violet..tak semua orang selesa dengan violet.. tapi seboleh mungkin violet nak jadi kawan  yang baik kepada kawan2 violet.. nak jadi orang yang baik pada semua orang... sebab berkasih sayang tu tuntutan...berkasih sayang kerana Allah boleh dapat rahmat Allah masa hari perhitungan nanti.. maka itu lah..violet nak berkawan dengan ramai orang dan berkasih sayang dengan mereka kerana Allah..

Islam ini indah..apa sahaja yang dilakukan bila niatnya kerana Allah adalah ibadah.. dan setiap ibadah tentunya ada ganjaran pahala..maka...bila berkawan,berteman,bersahabat dan niatnya kerana Allah..maka ia akan jadi lebih indah dan membahagiakan disamping dapat pahala kerana menjalinkan silaturahim.. tapi kene ingat setiap perkara ada batas2nya..

dulu masa sek rendah..kawan2 violet ramai lelaki.. violet main..gaduh.. belajar dan selalu dengar cerita mereka.. violet berkawan dengan budak yang bermasalah.. violet berkawan dengan pelajar yang pandai.. violet belajar tentang susah hidup dengan kawan yang bermasalah..violet belajar nak jadi pandai dengan kawan yang pandai.. seronok berkawan dengan macam2 orang..macam2 boleh belajar.. tapi kawan yang baik akan menjadikan kita seorang yang baik juga.. dan kawan yang tak baik tu juga akan jadikan kita tak baik jika kita tak mampu nak kawal dan jaga diri kita.. sebaiknya bila kita berkawan dengan orang yang bermasalah.. kita mampu tolong kawan kita tu... kalau dia buat salah kita tegur.. kita tolong pulihkan.. bukan kita pulak yang jadi orang pertama nak hentam dia.. nak kutuk dia..

"dia seorang sangat aktif.. suka main.. suka mengusik kawan dan sangat suka muzik..kdg2 dia suka bercerita dan akulah yang akan jadi pendengarnya.. bukan hanya aku.. tapi ada lagi beberapa kawan lain yang sekepala dengan kami,..dari hal belajar..main.. hari sukan..gosip kawan dan ada sikit2 tentang family..semuanya dikongsi bersama...bila berkawan dengan lelaki ni.. ada banyaklah mulut2 orang yang duk mengata.. dan aku macam buat tak tahu ja apa orang kata.. yang penting aku tahu jaga diri...bila semakin besar. aku mula faham kenapa orang 2 ni sibuk sangat duk mengata.. dan aku pun dah belajar banyak tentang batas2 pergaulan.. maka aku tidak lagi berkawan dengan lelaki macam masa kecil2 dulu.. bukanlah tak berkawan langsung.. tapi boleh kira dengan jari ada berapa ja kawan lelaki yang aku betul2 baik dengan diorang.. boleh share story dan belajar sama2....masa dekat matrik.. aku kenal dengan beberapa orang muslimah yang sangat best.. mereka ni sanggup berkorban apa ja demi sahabat.. mereka ni selalu mengingatkan bila aku leka.. dan mereka ni lah juga orang2 yang selalu ada time aku sakit atau tak de duit nak makan....

pernah sekali time tu memang kebanyakan antara kami ni dah kering sangat da.. kami beli roti blueberry yang panjang tu.. share 10 orang... kadang2 beli nasi ayam sebungkus makan 4 orang.. masa tu rasa sangat ukhwah tu indah.. rasa sangat bahawa manisnya bersahabat kerana Allah.. dengan satu ikatan dan fikrah yang sama... kami tido sama2 stay up sama2... bangun qiam sama2 puasa dan berbuka sama2.. makan saling bersuap..(sesama perempuan ja ) ..soalat berjemaah dan bertadarus bersama2.. sangat best.. bila ada antara kami yang ada masalah... kami tak segan untuk bercerita.. atau megadu.. seperti tiada rahsia antara kami.. Allah hu akbar.. andaikan masa itu dapat diundur lagi.. aku ingin kembali kepada waktu itu.. bersama2 sahabat2 yang aku cintai ...

bila dah jejakkan kaki ke universiti...suasana dah berubah..macam2 yang aku tak dapat terima pada awalnya.. kejutan budaya.. hari2 menangis rindukan sahabat2 yang dulu.. alhamdulillah Allah temukan aku dengan kawan yang baik dan classmate yang juga baik.. aku mula belajar untuk terima suasana baru.. tapi bukanlah aku ikut apa yang salah.. sahabat2 di u juga banyak membantu.. alhamdulillah... aku bersyukur kerana Allah datangkan kawan2 yang baik kepadaku..."

bila semakin meningkat usia.. perasaan ingin disayangi dan dicinta mula mekar dalam diri... aku juga sama macam orang lain.. ada rasa nak disayangi dan menyayangi.. aku suka dia.. ya aku tewas dengan perasaan cinta pada manusia ini.. dan hari2 yang berlalu terasa indah.. tapi lama2 aku mula rasa hilang sesuatu.. aku rasa hilang rindu padaNya.. aku mula rasa hati ku kosong.. aku mula rasa jauh denganNya.. lalu aku.. kembali  menilai setiap yang telah berlaku kepadaku.. apa yang aku cari dan apa yang aku mahu... lalu aku tahu puncanya... dan akhirnya dia aku lepaskan dari rasa kasih dan sayang kerana sayangku padanya menjauhkan aku dari penciptaku... aku sayangkan dia.. sepenuh hati.. namun aku tak mahu menggantikan cinta dan sayangku pada Allah dengan cinta dia.. walaupun aku tahu dia sangat sayangkan aku.. tapi aku mengharapkan satu ikatan cinta yang lebih baik.. bukan hanya manis dengan ucapan2 dan bertanya khabar dan berkongsi cerita.. aku mahukan hubungan yang halal dan baik.. maka aku nyatakan padanya aku sayangkan dia tapi aku lebih sayangkan Allah dan aku takut jika sayangku padanya di dunia ini hanya akan menjadikan aku dan dia musuh diakhirat kelak.. dan aku takut sayang ku padanya hari ni akan menjadikan kami penghuni neraka ..nauzubillah..

mungkin ada yang akan kata aku ni tak moden terlalu ikut hukum.. lantaklah.... yang aku tahu hukum tetap hukum.. haram tetap haram.. yang tak baik tetap tak baik.. memang dalam dunia yang serba maju sekarang ni susah nak bermujahadah.. tapi inilah yang perlu dibuat.. sebab nabi saw sendiri pernah bersabda pada sahabat2 baginda bahawa ummat akhir zaman ni pahalanya lebih besar kerana ummat akhir zaman ini terlalu banyak cabaran.. hinggakan sahabat2 jeles.. lalu baginda jawab mereka... bahawa mereka yang beriman akan mendapat syurga... dan janji Allah itu pasti... akhirnya aku tinggalkan dia kerana Allah.. aku mendambakan sesuatu yang lebih baik daripada Allah...biarlah apa pun orang nak kata aku.. tapi aku yakin ini adalah yang terbaik untuk aku dan juga dia.. andai ada lagi jodohku dengannya.. maka aku harapkan kami ditemukan dalam suasana yang lebih baik....."

ketahuilah sahabatku  semua bahawa aku amat bersyukur kerana Allah hadiahkan aku dengan kamu... ketahuilah sahabatku semua.. aku berharap kamu akan hulurkan tanganmu jika suatu hari aku jatuh tersungkur dan kamu tariklah aku kembali kepada jalan yang benar jika satu hari aku tersasar jauh dari apa yang kita sama2 perjuangkan dan apa yang telah kita janjikan dulu.. nasihatilah aku dan janganlah sesekali kamu membenci aku jika aku  tersilap bicara atau tersalah tingkah... sesungguhnya aku ini manusia.. hamba Allah yang lemah... andai ada silapku maafkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...