Anakku
Melihat kau di depan mata
Membesar dengan sempurna.
Ibu cuba segala usaha
Agar anak sentiasa selesa
Anakku
Walau susah derita berair mata
Ibu cuba tidak berduka
Kalaupun ibu sakit
Ibu mahu segera bangkit
Demimu duhai anak.
Anakku
Kelak dewasamu
Jadilah manusia yg punya jiwa
Rendah hati dan sentiasa cakna
Peka pada suasana
Sedia menghulur tenaga
Anakku
Semakin dewasa dirimu
Ibu doa kau sempurna
Sempurna iman dan amal
Sempurna budi dan akhlak
Sempurna tingkah dan perlakuan
Jadi imam buat ibu
Jadi imam buat ummah
Anakku
Kalau tiada ibu disisi
Ketahuilah ibu titipkan kamu padaNya
Tuhan yang sentiasa ada
Tuhan yang sentiasa melindungi
Tuhan yang sentiasa mengawasi
Jadilah dirimu permata pada hati
Jauhari pada jiwa
Pada yang melihatmu
Tenang dan lapang di dada.
Sungguh ibu sayang
Sunggu ibu kasih
Dan kerana itulah
Ibu mahu kamu menjadi anak ibu
Anak yang berbakti
Anak yang baik hati.
Kelak wahai anakku
Andai kamu diuji
Ibu doakan kamu anakku
Segera diberkati dan di naungi
Semoga Allah. Tuhan kita
Perkenan semua doa ibu buat kamu
Agar nanti kamu anakku
Mampu berdiri berdikari biarpun sendiri.
LazuardyViolet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan