Jumaat, 15 Ogos 2014

Rezeki itu Allah bagi

Habis je belajar, semua orang sibuk fikir nak kerja apa, cukup ke kalau gaji sikit je nak hidup.. gaji pertama nak beli macam-macam yang dulu simpan pendam je dalam hati nak beli... dalam kepala dah berkira-kira, dah berangan nak kerja di mana, lokasi kerja, skop kerja dan macam-macam...

tapi kita perlu sedar bahawa semua itu Allah dah tentukan,. tapi bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik dan cukup untuk keperluan kita... rezeki itu Allah yang bagi.. jangan sesekali pernah meletakkan sesuatu perkara yang kita perolehi itu sebab kejayaan kita dalam pelajaran, sebab kita ada bakat tertentu atau apa sahaja yang bersandarkan kepada diri kita. kerana yang menentukan semua itu adalah Allah.

tidak kiralah apa jawatan kita sekarang, tidak kira lah berapa gaji kita sekarang, dan tidak kiralah dimana kita bekerja, dekat dari keluarga mahupun jauh dari keluarga, semua itu ketentuan Allaa... tapi jangan pula kerana bergantung sepenuhnya dengan ketentuan Allah, kita sanggup gadaikan maruah agama, sanggup ketepikan keluarga sanggup bergelumang dosa.. pilihlah kerja yang dibenarkan dalam agama, yang bersesuaian dengan syariat. jangan terlalu memilih hingga menyebabkan pengangguran dan akhirnya membawa kepada masalah dan bebanan kepada orang lain terutamya keluarga..

yakinlah, Allah tidak zalim.. cepat atau lambat kita dapat bekerja, mahal atau murah gaji yang dibayar... semua itu tentunya ada hikmah, kerana Allah tahu apa yang kita perlu...

selamat berusaha untuk terus berjaya .. berjaya dunia, berjaya akhirat juga...


hingga jari bertemu keynord lagi,jaga diri, jaga solat, 

Salam Sayang,

Lazuardy Violet,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...