Khamis, 14 Ogos 2014

cerita hari ini

kadangkala kita tak perasan ada kata-kata kita yang menyebabkan orang sekeliling kita terasa. kadang-kadang kita rasa sesuatu perkara atau isu itu kecil tapi bagi sesetengah orang isu itu mungkin besar dan mengganggu emosi mereka.

maka berhati-hatilah kita dalam berkata-kata. Macam orang tua dulu-dulu kata, cakap siang pandang-pandang. cakap malam dengar-dengar. begitulah kita sepatutnya.. bukan sesuka hati sahaja nak bercakap macam-macam kan....

memang susah nak ubah diri jadi lebih baik.. mujahadah itu memang pahit sebab syurga itu manis.. maka marilah kita sama-sama usaha jaga percakapan kita... jaga pergaulan kita .. jaga akhlak dan perlaku kita.. bukan kerana kita nak menangkan hati manusia, tapi kerana kita nak dapatkan redha Allah.. redha Allah lebih utama.. bila Allah redha, semua makhluk yang lain akan juga redha.. tapi bila manusia dan makhluk sahaja yang redha belum tentu Allah juga redha....



hingga jari bertemu keybord lagi... jaga diri, jaga solat...

salam sayang ,

Lazuardy Violet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...