Jumaat, 22 Julai 2016

Tukang cat dan kerja-kerja mengecat

Assalamualaikum, 
rindu, dah lama tak mengarang.korang rindu tak?
sihat? semoga sihat. dah lama duk peram je blog nie daripada silent readers, ermm
dah tak nak peram dah ,violet open untuk kongsi apa yang baik supaya lebih ramai yang dapat manfaat. InsyaAllah.post entry yang lama-lama tu, violet tak padam, biar jadi pengajaran dan peringatan untuk violet dan sesiapa yang terasa nak ambil pengajaran. tapi jangan tanya pulak siapa manusia-manusia dalam cerita-cerita violet tu ya. cerita tu violet dah closed.

berbalik kepada tajuk, kenapa tukang cat ? violet beli rumah ke?  emm, bukan. sebenarnya bukan nak cat rumah. bukan juga nak cat bangunan. Tukang cat adalah kiasan bagi orang yang datang dalam kehidupan dan mewarnai kehidupan violet biarpun violet tak pernah kenal dan tak pernah jumpa, waima tak pernah pun bercakap. kalau jumpa pun mungkin kebetulan.

tukang cat ialah orang yang ada memberi sokongan saat violet perlu dan beraura positif. tukang cat tu lelaki ke? oh, tak semestinya lelaki, ada juga perempuan, dalam dunia kan ada lelaki dan perempuan, dan pembawakan kedua-dua gender ni berbeza. sikap keterbukaan dan cara pendekatan dua-dua gender ini pun berbeza, maka perlu meraikan kedua-duanya. tidak boleh cenderung kepada satu gender sahaja, kita belajar untuk positif daripada persekitaran. jika kita sangat choosy dan hanya memilih untuk satu gender yang sama dengan kita sahaja, mungkin ada yang akan terlepas pandang atau mungkin akan ada cerita berat sebelah.

apapun, semuanya Allah yang tentukan. Allah datangkan orang yang baik-baik dan Allah berikan yang baik-baik. InsyaAllah.

cukup lah untuk permulaan cerita "come back" ni. sebab ramai macam tertanya-tanya siapa tukang cat tu kan... siap kata calon suami bagai.. hahahhaa..tapi dalam ramai-ramai tu adalah seorang dua manusia yang faham apa yang violet sampaikan. cerdik betul. ermm.. 

jom, sama-sama mulakan cerita baru ini dengan warna-warni pelangi. Insyaallah kita sama-sama berusaha untuk jadi baik dan jadi yang terbaik.. kita sama-sama baiki apa yang kurang, dan kita sama-sama usaha untuk memberi manfaat kepada yang perlu. InsyaAllah.

hingga jari bertemu keypad lagi,
jaga iman, jaga solat, jaga hati, jaga kesihatan.

salam sayang,
LazuardyViolet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...