Sabtu, 3 September 2016

Melepaskan cinta

Melepaskan cinta yang satu ini, kesakitannya lambat benar pulih.
Pun jua, hati kupaksa jadi kering. Merelakan. Tiada yang perlu diragukan, tiada yang perlu disesalkan, kesedihan demi kesedihan. Tiada lagi air mata
Hanya senyum dan senyum,
nafas Ku hela.

Pertemuan yang kelmarin, sengaja Ku uji. Mana bukti kata², sampai bila lagi harus disembunyikan apa yang tersirat. Jiwa mendesak ingin tahu.

Ya, tindakan diluar kawalan, Tanpa berfikir panjang, kereta mulusur laju, mencari destinasi, dan akhirnya dia meluahkan , membuat tafsiran sendiri. Bahawa Aku tidak percaya, bahawa Aku mengundang kecaman dan ancaman.

Terdiam, tiada kata. Jiwa terjentik. Itukah sayang? Setakat itu? Dan dimana letaknya Aku? Lalu Ku hela nafas, perlahan², rindu yang ada terlerai, hati menangis. Salah mungkin tindakan Aku,

Tapi pilihan apa yang Aku ada?
Tiada jawapan yang tepat untuk Aku,
Yang ada hanya harapan dan janji

Aku tahu ada usaha, Aku melihat ada Setia
Pun hati ini tetap kecewa, kesakitan itu lukanya masih terasa
Puas Ku DOA, Ku minta tuhan sembuhkan
Telah ada kesembuhan, tapi masih belum sepenuhnya, parut luka
Adakala berdarah semula

Aku lari, jauh, Aku diam, teguh
Aku sepi, Aku pergi dan menjauh.
Aku doakan kebahagian demi kebahagian
Aku doakan kemudahan , aku doakan kekuatan demi sebuah kehidupan.

Memiliki adalah rahmat
Mencintai adalah pengorbanan
Kasih sayang yang bukan sedikit,
Semoga hati ini seteguh karang.
Rahsia tuhan, jodoh dan ketentuan.

Bertabahlah duhai hati,
Senyumlah dalam setiap keperitan dan kesedihan
Sedang ada sesuatu yang tuhan susunkan,
Nikmatilah cinta yang Baru
Hargai kasih yang tertumpah
Belajarlah melupakan
Lepaskan yang berlalu
Genggamlah yang didepan mata.

Dan kerana cinta itu
Aku, merelakan

Dan kerana aku juga berhak bahagia
Aku pilih untuk bercinta, Setia dan sentiasa ada dengan
Dia, yang tuhan takdirkan untuk aku.

Catatan cinta
LazuardyViolet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...