Jumaat, 19 Julai 2013

terlerai kemelut jiwa

dan semalam yang berlalu tanpa sedar memberi seribu makna... tuhan tunjukkan siapa dia sebenarnya.. bukan siapa dia dengan cara yang tidak seharusnya... tapi dengan kerelaan hatinya sendiri menceritakan semuanya.... apa, siapa dan mengapa cerita2 itu disimpan begitu lama hingga semalam... terima kasih tuhan kerana memberi peluang untuk aku tahu cerita sebenarnya sebelum aku terus berani dengan langkah dan niat hati...

bagi ku, apa yang diceritakan itu kisah silamnya... cukuplah dia dihukum dengan rasa bersalahnya sendiri, siapa pula aku untuk menambah beban jiwanya yang selama ini telah menghalang dia dari bebas menghirup udara atas kesalahannya yang lalu.... dia yang ada sekarang adalah dia yang baru.... aku lihat dia sehabis mungkin berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik.. biarpun belum pasti ada jodoh antara aku dan dia...

dia juga meleraikan kemelut dijiwanya.. katanya dia cuba untuk meletakkan aku ditempat yang sewajarnya... cuma kadangkala dia tewas dengan jarak dan kekangan masa yang ada antara kami... bagi aku... jarak dan masa bukanlah penghalang.. apa sahaja boleh terjadi ... dan aku tidak pula kecewa atau terkilan dengan apa yang dinyatakan kerana dari mula aku tahu.... apa yang ada di antara jiwa2 kami sebatas teman mesra... langkah seterusnya itu ketentuan takdir... bohonglah kalau aku langsung tidak sayang padanya... ya sayang... tapi sekadarnya sahaja.. malah dia juga berulang kali menyatakan hal yang sama.... itu sudah cukup untuk buat aku senyum sementara ini... siapalah aku untuk mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.... dan apa pula dayaku untuk memaksa jiwa dan perasaannya untuk menerima kehadiran aku sedang hatinya masih pada yang lain.....

memahami, memberi, mengasihi dan mengerti..... aku senang dengan apa yang kumiliki sekarang.. aku bahagia begini..tuhan tidak kejam padaku.. malah tuhan memberi apa yang aku perlu.... semoga hati ini tidak lagi menangis untuk sesuatu yang tidak pasti... tuhan tahu apa yang ada di jiwa aku... tuhan juga tahu apa yang ada di jiwanya dia.... malah rasa yang ada ini juga takdir tuhan... bukan sehari menyulam rasa... bukan setahun... maka bukan sesuatu yang sukar untuk aku hadapi dan jalani ujian kali ini... Andai ini yang ditakdirkan... maka terlerailah kemelut jiwaku.. terlerai jua beban jiwanya..... semoga dia lebih selesa untuk berterus terang dalam banyak hal lagi selepas ini... dia sangat tabah... dan dia juga mengajar aku untuk menjadi tabah...

dia, mengingatkan aku... setiap kali buntu... tuhan ada mendengar... cari tuhan dahulu sebelum cari dia.... dan aku... seolah2 diketuk rasa malu sendiri... mengapa aku yang begini dan dia yang begitu... tetapi dia yang selalu mengingatkan aku... sedarlah aku... tuhan datangkan hikmah dalam pelbagai cara yang tak disangka-sangka.... dia melihat aku bukan seperti mereka melihat aku... dia melihat aku yang lain.. maka dia mampu menjerkah, marah dan menegur bila perlu... kerana dia tahu aku siapa.. maka dia menerima kurang yang aku ada.... terlerai kemelut jiwa... moga hujungnya kekal bahagia... doakan aku..doakan dia... doakan kami... agar jalan ini jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku, dia dan kami..... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...