Apabila kau pandang Dan lihat Aku,
Aku lihat kau menahan getar jiwa Dan kesedihan
Aku lihat kau menahan keinginan untuk bersuara Dan melepaskan betapa kau rindu Dan rindu
Aku senyum,
Aku rasa
Aku diam, aku tidak teruja
Bukan kerana aku benci
Bukan kerana aku tidak punya deria
Aku melihat
Aku tahu
Aku nampak
Aku bisu
Perjalanan hidup kita tidak sama
Kau ada haluan sendiri
Sedang aku masih mencari laluan
Kau punya zulaikha
Sedang aku hanya mampu melirih bahagia
Kau yang memilih dengan izin tuhan
Dan aku bukan yang terpilih
Itu yang terakhir Kali,
Aku tidak sedikit pun benci
Malah aku telah menang dengan sepi,
Aku hidup
Aku senyum
Aku tidak sunyi
Cerita kita,nokhtah
Khabarkan pada dia, aku bukan perampas
Khabarkan pada dia, aku tidak memburu kau
Aku tidak menanti dan
Tidak mengharapkan kau yang tidak pasti,
Redha, dan lepaskan aku pergi
Simpan sayang dan kasihmu untuk Zulaikha,
Didik Zulaikha sebaiknya seperti mana yang kau mahu.
Berikan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya
Jangan pernah lagi bayangi aku
Dan apabila kau ucap "aku sayang kamu"
Tidak sampai rasa itu ke aku
Aku hanya senyum, tanda terima kasih
Aku bukan siapa-siapa
Terima kasih kerana sudi sayang aku,
Maaf, aku pilih jalanku.
Kau bukan tujuan.
Semoga esok,
zulaikha...
akan padam semua ingatan kau pada aku,