Khamis, 31 Mac 2016

Kenapa

Semalam yang tersakiti masih lagi terasa
Kelmarin yang indah masih terbayang dimata
Luka itu menghiris
Belum pun sembuh semula

Cuma mata tidak lagi menangis
Cuma jiwa tidak lagi merintih
Pun kecewa itu ada
Pun derita tertipu dan tersakiti masih terasa

Memaafkan, ya dimaafkan
Melupakan, ya , bersungguh jiwa ini Cuba dan terus Cuba
Membisu, diam dan menjauh?
Perlahan-lahan dilakukan

Jiwa sedih
Tapi kenapa masih rasa kasih
Jiwa pedih
Tapi kenapa masih ada belas dan perasaan

Aku yang masih mengharap atau dia yang tidak melepaskan?
Aku yang masih berdoa, atau dia yang masih lagi sayang
Dan aku dimana letak padanya?
Dan aku, dimana letak diriku

Ketakutan datang
Kerisauan membayangi
Cinta aku, dikhianati
Pun masih aku tidak mampu melupakan
Kenapa?

Lepaskanlah jika aku tiada dalam perjalanan
Lepaskanlah, jangan gantung kasih Ku
Lepaskanlah
Kenapa perlu ditahan sayang itu
Lepaskan, biar aku bebas.
Jika tiada cita cita aku milik kamu
Biar jiwaku tenang meniti takdirku

Sabtu, 20 Februari 2016

Memilih bukan untuk dipilih

Kerana cinta ITU bukan hanya memiliki
Maka, Aku memilih bukan untuk dipilih
Aku hanya ingin bahagia, selamanya.

Jumaat, 12 Februari 2016

Dan kesedihan itu kian sirna

Tersenyum Aku dalam sendu
Melayan rasa sayu hatiku
Tersenyum Aku mengenang cinta
Pada dia seorang manusia

Bukan dia jasad itu
Lalu deraian hujan membasah pipi
Jujurnya Setia tidak ke mana
Kecewa sendiri mengharap kasihnya

Ku seka wajah,
Ku laung azimat
Tuhan, air mata ku bukan untuk manusia
Tuhan, kasihku bukan murah
Maka hapuskanlah sedihku
Padamkanlah duka luka hatiku

Terjeda dalam ruangku sendiri
Aku senyum
Puas, tanpa sesal
Telah Aku berikan yang terbaik.

Sesungguhnya, cinta itu bukan memiliki
Tetapi cinta itu menguatkan apabila lemah
Cinta itu menyihatkan apabila sakit
Cinta itu bahagia saat derita
Cinta itu penawar kala ada luka

Dan akhirnya Aku senyum
Kerana Aku memahami cinta yang abadi
Hanya yang Khaliq berhak memiliki
Dan hanya yang Khaliq lebih mengetahui
Siapa jasad itu

Yang tangannya bakal memimpin Aku
Menyusur jalan kehidupan
Bersama sama jatuh bangunku
Bersama sama membina mahligai dalam syurga
Bersama sama merebut cinta yang ESA

Terima kasih tuhan,
Tiada hikmah tidak terungkap
Masa dan jalannya akan ada
Bila esok bahagia datang
senyum itu kembali semula.
Dan kesedihan itu kian sirna

Isnin, 8 Februari 2016

Its now or never

Work hard
Work smart
Work on plan
If A fails
Go for B,C,D.....Z

You are the one who create success
Fortune come according your action

Keep fighting laziness
Work smart
Enjoy your work
And wait for the success to come
Raining you with joy n happiness.

Selasa, 26 Januari 2016

hingga hujung nyawa.

selama berjuang untuk orang lain, aku tidak pernah menyesali apa pun yang telah Allah aturkan untukku. walaupun dalam hati ada suka dan duka, aku tetap bersyukur kerana aku yakin Allah tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia. 

maha suci Allah yang menunjukkan segala jalan keluar untuk setiap permasalahan dan apa sahaja yang selalu aku tertanya-tanya. percaturan Allah sangat cantik.Subhanallah.

Aku senyum, Aku gembira,alhamdulillah

Ahad, 24 Januari 2016

Ahad, 27 Disember 2015

Tinggal tanda tanya

Mengapa aku Yang Terakhir
Dibias Berita Cintamu Padanya
Adakah Kita Tak Serupa
Serasi Bersama Tinggal ku Tertanya

Senyumku Yang Dulu Kau Puja
Hilang Mekarnya Di Senjakala
Permata Kau Memilih Kaca
Hingga Meledakkan Hati Yang Setia

Di Depanmu aku Dijagamu Dia
Di Matamu aku Di Hatimu Dia
Siang dan Malamku Terusan Bertanya
Sampai Bilakah Engkau Dengannya

Bila Bulan Berubah Warna
Mimpi Ngeri Menjadi Nyata
Sekali Kuucap Cinta Untuk Selamanya
Namun Kau Cuba Untuk Menduga Asmara
EngKau Tahu aku Kan Terus Setia

Adakah Kita Tak Serupa
Serasi Bersama Kuterus Tertanya

rindu

 Rindunya... lama sungguh tinggalkan blog ni bersawang, setahun lebih.... rindu nak bererita, berkongsi dan memberi, tapi zaman ini. masih a...