Jumaat, 18 Februari 2011

Kecil ja dunia ni

ermm.. semalam dan hari2 yang berlalu rasa macam sekejap je.. pejam celik, pejam celik.. pejam tak celik2.. haip.. celik semula..:) dan sedar2 sekarang dah 23 tahun.. eh salah.. 24 tahun hidup atas muka bumi Allah ni.. alhamdulillah masih lagi bernyawa.. merepek apa pun aku tak tau.. apa kaitan tah dengan tajuk kat atas tu...ceriata nya begini .. 

dulu zaman kecik2 .. kalau ada bestfriend tetibe pindah.. yang jadi penghubung time tu hanya surat2 cinta.. ngee.. tak pun telefon talian tetap a.k.a Telekom punye line.. tu pun kalau rajin nak menulis dan menelefon.. kalau tak .. kenang daku dalam doamu je la.. :

sekarang ni.. nak apa.. petik jari ja dapat.. yeke? try petik tengok dapat tak? dapat ke? haih.. tak dela semuadah tu kan.. tapi tadi aku telah terajin mengesan beberapa nama kat en.google,en.yahoo dan pn.bing. dan hasilnya buat aku senyum lebar dan juga buat aku rasa bahaya juga teknologi canggih manggih zaman sekarang ni.. kau nak cari apa... semua ada.. dari sekecik2 hal sampailah sebesar2 alam.. taip je kat search engine tu.. adalah maklumat yang korang nak tau tu.. cuma aku tidaklah menjamin kesahihannya.. mungkin ada betul dan mungkin totally salah.. yang penting.. yang mencari maklumat tu tau nak membezakannya.. yang baik tu buat pedoman.. yang dah kompem salah tu jangan lah buat amalan tetap pulak ye..

yang merisaukan aku .. sejauh mana maklumat peribadi dan tak peribadi kita secure? aku search nama sendiri td tetibe ada satu site ni siap display profile lengkap aku..bukan nama samaran tau.. real name.real biografi.. walhal aku tak pun aktifkan profile aku untuk di view sesuka hati .. huh..bahaya.. walaupun aku bukanlah jutawan atau manusia terkaya kat malaysia ni.. tapi aku risau kalau ada makhluk kat planet bumi ni nak buat jahat kat aku dan orang2 terdekat dengan aku.. maklumat2 yang ada tu dengan senang ja.. boleh di manipulasikan.. so, kepada semua yang kat luar tu.. yang suka sangat isi2 borang, join affiliate le forum lah dan entah apa lagi.. make sure maklumat anda tu dihide atau tak yah isi betul2 sangat pun kecuali dah sah2 maklumat tu private and confidential.. macam bank account.. isi bila perlu ja k..

dengan segala macam tools, skils dan lain.. even kat youtube pun ada ajar cara nak hack.. berhati2lah.. tapi jangan lah nak secure sampai taknak gune kemudahan teknologi yang ada ni k.. Menu utama yang aku nak cakap kat entry ni ialah... DUNIA NI TAK BESAR MANA PUN..... lari lah sejauh mana.. menyoroklah kat celah batu pun.. AKU DAH JUMPA ...:P kalau hilang lagi jejak .. cari lagi.. dan yakin akan tetap jumpa.. kecuali yang dicari tu JUMUD dan terlalu ZUHUD..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tak sangka

Alhamdulillah, tak sangka ramai anak-anak sebut Subhanallah bila tonton Little Ammar di Durioo+! 🧑 Banyak lagi pengajaran dan teladan yang ...